Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all 2516 articles
Browse latest View live

Pengalaman Menyeronokkan Di Farm In The City, Seri Kembangan

$
0
0
Pengalaman Menyeronokkan Di Farm In The City, Seri Kembangan | As-Salam.. Rasanya dari tahun lalu lagi dapat invite dari Farm In The City dari Mr. Rajagopal cuma uzu tak berkesempatan nak reply sebab full schedule tahun 2014. *ceh bajet retis nak full bagai* ..

Dan finally uzu pergi juga Farm In The City, Ahad yang lalu 24 Januari 2015 bersama rakan-rakan blogger yang lain, Fatin Bella, Yanty Lee dan Qaseh Dalia.. Sebelum nak berjalan-jalan, ambik gambar kenangan dengan Mr Jack yang menjemput kehadiran kami sebab Mr. Rajagopal is not around.

Farm In The City ni ialah new Malaysian village themed yang bertemakan Zoo di Taman Equine, Seri Kembangan. Farm In The City terletak di antara Putraya dan KL. Kalau dari Bangi, dalam not less than 30 minit by car .

Kat sini, ada lebih 100 spesis eksotik. Ada yang tak bahaya, ada yang bahaya sangat-sangat. Yang buat Farm In The City ni sangat menarik, ada lebih 60 jenis pokok buah-buahan tropika dan pokok renek ditanam. So, ala-ala dalam hutan gitu..
Farm In The City berkawasan 7 ekar dan dibahagiakan kepada 11 habitat, antaranya ialah :

  • Mood's Lake
  • Turtle & Tortoise Farm
  • Bird Aviary
  • Reptile Cavern
  • Rabbit Farm
  • Pets Village
  • Jungle Walk
  • Vegetable & Fruit Farm
  • Savannah
  • Longkang Fishing
  • Kampong Mahmood
Banyak binatang yang uzu suka tengok kat sini, sebab ada yang pelik-pelik, contohnya spesis kuda kecil, arnab yang bersaiz besar, burung gagak putih yang jarang ditemui di dunia. Binatang yang jinak dan senang dipegang juga ada, monyet kecil, kura-kura gergasi, iguna yang berwarna warni, ayam, landak, penyu dinasour, ular sawa raksasa , ular bakau dan banyak lagi binatang yang jarang kita tengok.

So, Farm In The City amatlah sesuai untuk kanak-kanak. Yang ada family tu bolehlah bawak anak-anak u olls ke Farm In The City. Senang je nak cari tempat ni, waze je Farm In The City, suree sampai ! Selamat beronok-ronokkk je. Jangan lupa pakai sunblock sebelum datang. Kang hitam muka u ols. Hehe. Salam ^^v

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu-Ahad-Cuti Umum : 9 Pagi - 10 Petang

Harga Tiket :
RM 30.00 (My Kad) - Dewasa
RM 25.00 - Kanak-kanak

Alamat :
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.

Websites :


Ni Sebabnya Kenapa Uzu Kagum Sangat Dengan One City Sky Park !

$
0
0
Ni Sebabnya Uzu Kenapa Kagum Dengan One City Sky Park ! | As-Salam. Jumaat lalu, uzu berkesempatan ke One City Sky Park sekali lagi.. Dengar je pasal One City Sky Park, dah tentu lah uzu akan terbayang roof top yang hanya beralaskan kaca/glass tu.. Uzu dah pernah pergi sebelum ni , so sangat excited dapat pergi untuk kali ke-2 !
Best lepak-lepak kat Top roof One City Sky Park tu. Dengan pemandangan yang cantik, so ada beberapa restoran kat atas tu. Best kot restoran tuada view yang cantik. Samblil makan, berborak santai, tempat tu sesuai untuk orang nak honeymoon ke, nak dating ke sebab suasana top roof waktu malam sangat lah awesome dan romantik ! Aummmm..

Top roof One City Sky Park ni ada kat tingkat 10. Roof top ni yang bestnya ada menyediakan tempat makan yang paling besar di Malaysia. Sedap-sedap tau makanan kat sini !
Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs by deHouse
Petite Nasi Lemak by Khrua Thai
Yakitori Moriawase by Inaho Sushi
Spaghetti Aglio é Olio Vongole (Clam) by deHouse

Korean Fried Chicken by Hongdae-Mun
Momiji Sashimi by Inaho Sushi
Charcoal Barbeque Lamb by Hongdae-Mun
Seafood Tom Yam by Khrua Thai & Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream by MasterRoom
 
 Wild Mint Temptation by The Voice & Prawn and Fish Cake Combo by Khrua Thai

Dalam gambar memang nampak sedap tapi... bila makan.. Ya Allah !! Lagi lah sedapppppp ! Nikmat sangat ! Habis hancur diet uzu. Aduyaii sabar je lah. Hahaha. Uzu sukaa semuaa makanan dan minuman kat atas ni. Win sangat! Tq ye restoran-restoran yang terlibat Hong Dae Mun, Khrua Thai, The Voice, Inaho Sushi dan De House


The Grand Opening of The Sky
Lebih 1000 tetamu yang hadir dalam majlis permbukaan besar-besar untuk The Sky dan disajikan dengan artis-artis seperti Henley Hii, Baki Zainal, Dina Nadzir, Shawn Lee dan pengkhayal antarabangsa, Zlwin Chew. 

So, siapa yang nak datang ke One City Sky Park, boleh waze je "One City Sky Park" suree jumpa. Uzu nasihatkan, kalau nak datang tengok Roof Top tu, nak ambik gambar muka gayat korang, lagi best datang waktu malam. Senang nak ambik gambar. Hehehe. Kalau siang, silauan cahaya tersangat silau sampai tak nampak apa kalau nak ambik gambar.

So , last sekali, thanks One City Sky Park sebab sudi menjemput kami. InsyaAllah next time boleh lah nak bekerjasama lagi. Terbaik lah The Sky ! Semoga terus succes yee !!

Buku Deme Wasap Ambe Reply Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

$
0
0


Buku Deme "Wasap Ambe Reply" Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus | Kalau bab Ustaz Azhar Idrus, uzu memang suka sangat. Dulu setiap malam, sebelum tidur mesti pasang ceramah-ceramah UAI ni. Ceramah santai sambil bergelak, sape lah yang tak suka kan? Tak bosan dengar.

Dulu buku UAI yang "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa"uzu ada beli. Besttt baca buku tu. Ada lagi uzu simpan.. Yang buku kat bawah ni, uzu nampak kat kedai buku. Belek sekali, terus beli. Sambil senyum-senyum.. Hihihi :D


Harga RM18 je. Alahhhh novel harga RM19.90 boleh je beli , buku ni takkan tak nak beli kan. Ilmu kot. Mana tau boleh menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran ni. Takde lah terpedaya dengan jawapan-jawapan google.. Kan kan kan kan? So, uzu pun suggest lah korang beli. Tak mahal tak murah, RM18 je.. *kemain dah macam promoter* . Hehehehe.. Selamat menambahkan ilmu ye.. Salam..

Restoran Pilihan Uzu Yang Paling Sedap Di Putrajaya

$
0
0
Restoran Pilihan Uzu Yang Paling Sedap Di Putrajaya | Kalau nak makan je, mesti ke Putrajaya. Tak jauh pun Bangi ke Putrajaya. Dalam 10 minit je dah sampai.. Kat Putrajaya ni kan.. susah nak cari makan sedap-sedap, ada pun kat Alamanda je.  

Tempat makan pilihan uzu kat Putrajaya ialah...kat Ayer 8 ! Presint 8.. Kat Ayer 8 ni banyak restoran, dan bagi uzu restoran yang paling sedap, sangat sedap dan sedappp sangat-sangattt aumm aumm aummm sehingga mejadi pilihan ialah Restoran Thai Kung. Dia punya tomyam, ya allahhhhhhhh sedappppp giler cadbury tau ! Sampai esoknya nak pergi lagi...
Dan, ramai lah orang kata, Pulut Mangga kat sini sedap.. So? Dah alang-alang selalu lepak kat situ kan, try lah Pulut Mangga ni.. Rasanya? Hurmmmm not bad. Must try !
Kat situ, uzu ada makan peberet food uzu, Kerangggggg Bakarr ! Sedapppp ya allahhhh sedap sangat, tapi sos dia pedas. Hihi. Uzu memang tak tahan pedas tapi nak menikmati rasa sos tu, ter-paksa juga lah menahan pedasss yang amat sampai merah-merah muka ni haa...

Yang duduk area Putrajaya tu bolehlah singgah Ayer 8 ye. Uzu yang kat Bangi ni pun boleh je singgah, tak kan area Putrajya tu tak nak singgah kan kan kan? Haa sampai tak diet diet uzu ni.. Ni tengah diet lah ni.. Nak men-detox-kan semula makanan yang uzu cheat dah banyak kali. Ohhh u cheat u gemuk ! Aummmmm tak nak cheat dahh ! ok baiiii nak minum green tea ni. nak kurus !! Salam.


Wajah Blog www.kisahemasputih.com Bertukar Wajah. Komen Anda?

$
0
0
Wajah Blog www.kisahemasputih.com Bertukar Wajah. Komen Anda? | As-Salam. Actually masuk tahun 2015 tu lagi nak bertukar wajah, tapi sangat tak sempat.. takde masa nak edit2 bagai. At last, order kat my favourite designer, Azhafizah.com merangkap sahabat baik uzu dalam dunia blog.

Watermark, kad raya, vector semua uzu berpuas hati dengan hasil design Fiza. Yelahhh tangan berbakat gituu. Citarasa pulak sama je, pink ! Lagi mudah dia buat kerja. Ngan Fiza, uzu tak cerewet sangat sebab dia faham je je apa uzu nak. Kehkehkehkehkeh..

Design blog yang uzu design sendiri *kecuali header* ..
Dan ni full template baru dari Fiza. Uzu kali ni nak simple je. Tak nak serabut macam yang dulu dan gambar tu, tu je lawa yang ada. Hahahaha. Kesian sungguh lah.. Har har har :D
Uzu tengah fikir benda apa nak buang kat blog ni haa. Sebab nak buat simple-simple je. So, korang rasa ok tak blog uzu? Komen lah jujur.. Hehehehe. Mana tau boleh dibaiki kan kan kan?.. Ok tak ok tak? 

Btw, design ni kalau nak order boleh terjah blog http://www.azhafizah.com/ tau boleh PM terus kat fb dia, Azhafizah Md Nor k. Salam ^^v


Instagram @emasputih90 Dah Cecah 10000 Followers !

$
0
0
Instagram @emasputih90 Dah Cecah 10000 Followers ! | As-Salam. Fuh alhamdulillah.. Follower instagram uzu dah 10k. Uzu dah melepasi target yang uzu nak. Bukan senang nak dapat follower macam ni..

Bila bangun tido tadi pagi, uzu tengok dah 9999 followers. Terus bangun dari tido yang actually mengantuk tahap gaban. Konon nak cuti, nak rehat-rehat, tido panjang tapi .... grgrgr alarm wake me up. Oh man ! semalam lupa tutup alarm .. Lepas tu dah tak boleh tido.
So, uzu menunggu detik tuk tak tuk tak tuk tak tuk tak tuk tak bilalah dapat 10k ni eh? Lama giler lah juga tunggu. Walhal 1 follower je lagi. Follower tu tak bangun lagi kot. Masih tido lagi.. Ye lahh cuti kan. Hehehe..

Dah akhirnya.... Yeahhhhhhhhhhhhhhh !! Dah 10k dah...
Alhamdulillah.. Memandangkan dah 10k. Uzu nak g makan ice cream !! Ice cream pasu ! Aummmm. Hehe. ok lah..uzu nak siap-siap nak keluar sebab uzu nak jemput Kak Yanty Lee kat KLIA2 yang baru je balik dari Penang. 

So, thank you semua followersku tercinta... Elehh baru 10k follower pun nak update kan? Eh takpe lah. Nak jadi kenang-kenangan ni. Hehehe. k uzu undur diri dulu. As-Salam !!

Resepi Ice Cream Pasu

$
0
0

Resepi Ice Cream Pasu | Teringin punya pasal lah ni.. Uzu ter-tengok kat facebook orang makan ice cream pasu, so jeles tengok orang makan ice cream pasu tu, nak jugakkkk nak jugakkk mana nak cari?? sobsobsobobs.

Jenuh kot nak cari ice ceam pasu so uzu buatlah sendiri . Hihi. Serta merta gagahkan diri beli bahan-bahan seperti dibawah kat Mydin Diplomatik. Memandangkan kat Mydin takde jumpa pasu yang uzu nak, uzu guna glass je. 


Bahan-Bahan
1. Ice Cream
2. Nips
3. Chipsmore
4. Kit kat
5. Oreo
6. Muzle Choco
7. Kek Chiffon
8. Pasu/Glass/Bekas

Cara Membuat
1. Masukkan kek chiffon, masuk kan ais krim ke dalam bekas dan ratakan, masukkan bekas dalam peti sejuk sekejap. Biar ais krim tu keras sikit. So takde lah cair-cair kan waktu menghias.
2. Hancurkan oreo dan tabur atas ais krim.
3. Hiaslah kit kat, choco, chipsmore
4. Siap !!

Huhaiiiiiiiiiiii ! Siap juga ice cream pasu versi uzu. Uzu tak jumpa daun-daun nak hias jadi pasu betul-betul tapi ok lah kan. Janji ice cream ! Aummmmmm . sedap tau rasanye...  Try lah buat ! Hihi ok bai Salam :)

Review : Gold Nano CC Cream by Hansaegee Nature

$
0
0
Review : Gold Nano CC Cream by Hansaegee Nature | As-Salam. Hari ni uzu nak review product dari Hansaegee Nature ni. Ni kali kedua uzu review product dari Hansaegee Nature. Thanks sangat sebab nak bekerjasama lagi. I love you Hansaegee Nature !

Ok ni product yang uzu nak review. Gold Nano CC Cream.. Uzu actually tak tahu, apa benda lah CC Cream ni kan? Selama ni tak pernah pun pakai CC Cream. Rupanya CC Cream ni, Colour Control Cream yang mana krim ni akan mengawal warna kulit kita. For those yang ada kulit yang tak sekata tu boleh pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.

Waktu bila sesuai pakai Gold Nano CC Cream ? Haaa meh meh uzu nak ajar. Ok lepas cuci muka , pakai toner dan moisturiser then baru apply Gold Nano CC Cream ni. Uzu suka sangat pakai Gold Nano CC Cream sebab wangi dan lembut je muka uzu lepas guna. So lepas tu, pakailah compact powder macam biasa ^^v 

Ni uzu try test kat kulit. Sesuai ke tak Gold Nano CC Cream dengan kulit uzu..
Selepas apply kat tangan. Nampak beza kan tangan belah kiri dan kanan? 
Yang ni baru uzu try apply kat muka.. So lepas pakai Gold Nano CC Cream , boleh terus pakai compact powder . Actually, kalau dah pakai ni pun, tak perlu dah kot nak pakai foundation yang tebal tu..So muka nampak natural gitu !

Fuhhhhh ... Uzu suka sangat Gold Nano CC Cream ni . Jatuh cinta dah. Dah banyak kali pakai, hasil yang memuaskan. Benda ni kecik je, so senang nak bawak kemana-mana. U know, kalau perempuan ni, nak kemana-mana mesti bawa beg mekap dia, so kalau ada benda ni pun, takde lah rasa berat sangat beg mekap uzu kan. Hahaaa.

Kelebihan Gold Nano CC Cream adalah untuk melembapkan kulit, buat muka flawless gitu.. Selain tu, boleh cerahkan kulit, anti wrinkle dan yang penting, ada UV protection. OK bab UV protection memang the best lah sebab takde lah rasa muka hitam je kan kalau uzu keluar p site.

So kesimpulannya,  uzu memang puas hati sangat dengan Gold Nano CC Cream. Bahan2 yang diguna kan pun semulajadi dari Hansaegee Nature. So, insyaAllah selamat. 

Yang rasa-rasa dah macma berkenan dengan Gold Nano CC Cream ni, boleh terjah ke website http://www.hansaegee.com/. Eh bukan setakat CC Cream je ada tau, macam-macam product ada kat dalam website tu. Uzu rasa macam nak beliii je mekap-mekap Hansaegee ni. Faham-faham lah perempuan, nak cantik je  ! Hihi ok lah.. Sampai sini je review uzu. Uzu nak sambung berkerja. As-Salam semua ! Byeee... ^^v



Pakej Percutian Bajet Exploring Thailand April/May 2015

$
0
0
Pakej Percutian Bajet Exploring Thailand April/May 2015 | As-Salam.. Misi tawan gunung kinabalu pun belum selesai tapi dah rambang mata nak g tempat lain. Ni kazen uzu punya pasal lah ni. Boleh pula nak ajak exploring Thailand April/May 2015 ni. Dia tau uzu suka p tempat-tempat orang ni. Uzu pun...... Hurm laju je tengok kalender !

Bila tengok pakej bajet ni pun, uzu tak tau lah murah ke mahal ke, tapi dah namanya percutian bajet, so memang bajet-bajet je. Hari tu kan.. uzu rasa menyesal sangat sebab terlepas join ke Bandung.. So, kali ni uzu tak nak ter-tinggal join geng travel bajet (budget) ni jejalan!

So ni detailsnye. Uzu copypaste dari group we ols.

Exploring Thailand April/May 2015 (Backpackers Style) 
Hat Yai, Krabi, Phi Phi Island & Phuket
RM 750/person

This package includes:
All transport, train, Ferry and bus fee
Hotel 
Snorkeling @ Phi Phi Island tour is included 
* Breakfast, lunch n dinner not provided 

Fees structure:
1st payment RM 250 before 28 February
2nd payment RM 250 before 31 March
3rd payment RM 250 before 30 April

Itinerary :
2030 – Meet at KL sentral
2100 – Depart to Hat Yai
Day 1 
1100 – Arrive at Hat Yai
1300 – Depart to Krabi 
1700 – Arrive at Krabi 
1800 – Check in 
Free and easy

Day 2
Free and easy
Check out
1200 – Depart to ferry terminal at Krabi
1300 – Depart to Phi Phi Island
1500 – Arrive at Phi Phi Island 
1600 – Check in 
Free and easy

Day 3 
0800 – Check out
0830 – Snorkeling Tour
1200 – Back to Phi Phi island and Get ready
1330 – Depart to Phuket via Ferry
1600 – Arrive at Phuket
1700 - Check in 
Free and easy

Day 4 
Free and Easy
Check Out
1700 Depart to Hat Yai
2400 Arrive at Hat Yai 
Check in

Day 5 
Free and easy
Check out
1600 Depart to KL Sentral via KTMB

Fuhhhhhh... Tak pernah lagi p Thailand. Berangan nak p Krabi weiiiii... Tak sampai-sampai lagi ni. Nak ajak kawan, semuaaa tak nak p. Eh tak sporting langsung.. Hurm kecewa my heart. So, tak nak ajak diorang lagi dah ! Baik p ngan geng-geng kaki jalan. Lagi best ! Kan?

Kalau ada yang berminat nak join trip ni, boleh PM uzu kat fb eh Emas Putih II . Tarikh belum ditetapkan .  Yang penting bulan April atau May. Hihi will update later. ok bai bai Salam.



Pakej Percutian Bajet Ke Jakarta & Bandung 2015

$
0
0
Pakej Percutian Bajet Ke Jakarta & Bandung 2015 | As-Salam. Hari tu uzu ada share pakej percutian ke Thailand, boleh rujuk entry ni , so hari ni uzu nak share pakej percutiaan bajet ke Bandung dan Jakarta yang mana uzu adalah salah sorang yang akan join trip ni.

Exploring Jakarta & Bandung 
13 - 18 April 2015

Trip 6 day 5 nights
RM 1500/person

This package includes:
Return flight ticket 
Hotel 3star or similar with breakfast 
Tour with tourist’s fee included
*lunch n dinner not provided 
*Jakarta Airport tax (IDR 200,000) is not included
* * beg allowance 20kg included

Fees structure:
1st payment RM 700 before 28 February
2nd payment RM 400 before 30 March
3rd payment RM 400 before 10 April

Itinerary trip jakarta bandung ni uzu tak dapat lagi so tak dapat nak share lagi. Once uzu dah daapat, uzu akan update semua entry ni ye. Hihihi. Kalau ada yang berminat nak join trip ni, boleh PM uzu kat fb eh Emas Putih II . ok bai bai Salam :)

Dr Herbal's Dan The Face Gel Serums Produk Terbaik Dari Citra Mulia

$
0
0
Dr Herbal's Dan The Face Gel Serums Produk Terbaik Dari Citra Mulia | As-Salam. Fuh lamanya tak update blog. Lama blog ini menyepi. Uzu tak sihat sangat dah 2 hari.. Ni pun update blog dalam keadaan pening sangat-sangat. Baru balik dari Melaka, ada site visit.. Arghhhhhh rasa macam.. hurm.. Penant sangat...

Ok lah. Ni uzu nak share produk yang uzu dah pakai hampir 2 minggu lebih.. Actually produk ni 1st time uzu dengar dan 1st time juga uzu dengar mengenai Citra Mulia.. Ok ok uzu explain sikit, Citra Mulia ni kosmetik produks  yang mana produk-produk diluluskan oleh KKM. Macam-macam produk dibawah Citra Mulia antaranya The Face Gel Serums dan Dr Herbal's serta Hand & Body Moisturiser .

The Face Gel Serums
The Face Gel Serums ada 2 jenis iaitu The Face Supreme Whitening Day Gel Serum dan The Face Supreme Whitening Night Gel Serum .
Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih seketika. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. 

Fungsi Gel Serums :

  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat
  • Memutihkan kulit wajah
  • Menghilangkan flek hitam
  • Mencerahkan warna kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Mengecilkan liang wajah
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara Penggunaan:
  • Bersihkan muka anda.
  • Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
  • Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.

Dr Herbal's
Untuk kulit kusam dan kering boleh try guna krim ni sebab Dr Herbal adalah untuk Whitening Cream yang mana ada 2 jenis krim (Cream A - Siang dan Cream B - Malam ). Dr Herbal diperbuat daripada bahan herbal untuk membantu mengurangkan kekeringan pada kulit dan juga memutihkan.. Memandangkan Dr Herbal diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi so produk ni sesuai untuk semua kulit.

Kebaikan Dr Herbal's

  • Mencerahkan dan memutihkan wajah.
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
  • Menjaga keanjalan kulit wajah
  • Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.

Cara pakai:

  • Bersihkan wajah terlebih dahulu
  • Sapukan THE FACE GEL SERUM.
  • Ambil Krim secukupnya
  • Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam. 

Untuk hasil yang terbaik, gunakan kedua-dua produk Dr Herbal's dan The Face Gel Serums ! Macam mana nak guna? Ok ... Mula-mula kena pakai Gel tu dulu.. Lepas tu baru pakai Cream. dan lepas tu boleh pakai mekap seperti biasa ! Hihi. Kalau tak faham.. Boleh tengok video kat bawah ! Hihihi . Enjoyy the video....! Salam..

Salon Muslimah Afiya Di Taman Melati, Kuala Lumpur

$
0
0
Salon Muslimah Afiya Di Taman Melati, Kuala Lumpur | Salam semua. Alhamdulillah.. Untuk makluman, ni salon muslimah pertama yang uzu jumpa dalam seumur hidup uzu.. hehe.. selama ni uzu dengar je. Fuhhh.. Nampak sangat tak ambik serius bab aurat bila ke salon.. hurm.. :(

Sabtu lalu, uzu di jemput ke majlis perasmian salon muslimah afiya di Taman Melati. Ni pengalaman baru untuk uzu sebab bila kena invite tu, uzu nak tau actually salon muslimah ni macam mana eh rupanya? Apa beza dengan salon biasa? Macam-macam juga dalam fikiran ni..
Macam ni ler rupa salon muslimah tu. Dalam ni semua tertutup. Lelaki tak dibenarkan sama sekali masuk untuk menghormati muslimah-muslimah kat sini. Kalau ada suami ke yang datang sekali kat salon muslimah ni, jangan risau, ada ruangan tempat menunggu untuk si suami/lelaki.

Perkkhidmatan yang ditawarkan..
 Tempat mencuci rambut..
Bilik untuk facial dan berurut..
Alhamdulillah, di majlis perasmian Salon Muslimah Afiya ni, perasmian dibuat oleh Ustazah Isfadiah dan tak lupa juga ada 2 artis yang turut sama hadir iaitu Ana Rafali dan Fiza Ibrahim. Sebelum perasmian, Ustazah Isfadiah beri sedikit tazkirah sebelum memulakan perasmian :)
So lepas ni, yang kaum muslimah tu, kalau nak mencantikkan diri bolehlah ke Salon Muslimah Afiya yang terletak kat Taman Melati. Area KL lagi so senang nak p kan? Yang area berdekatan tu jangan segan silu singgah ye !! 

Apa pun, thanks kepada Fuad bekas team tonton.my sebab sudi menjemput uzu dan rakan-rakan blogger yang lain tuk majlis perasmian salon musliah afiya ni. Tak lupa juga kepada owner yang ramah tamah melayan kami, Kak Nana.. Semoga salon ni membawa berkat pada kak nana dan bisnes ni sentiasa maju. Hehe Amin..


Alamat :
Salon Muslimah Afiya,
Tingkat 1, Melati Utama
Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 10 AM – 7 PM
No Telefon: +60122466775 (Puan Nana)


Pengalaman Misi Tawan Bukit Tabur, Taman Malawati

$
0
0
Pengalaman Misi Tawan Bukit Tabur, Taman Malawati | As-Salam. Sebagai persediaan nak ke Gunung Kinabalu April ni, yang mana sapa yang tak tahu lagi, Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tertinggi di Asia Tenggara,so bunyi nampak menakutkan maka kami pun buat latihan mendaki bukit-bukit dan gunung yang ada di Malaysia terutama yang dekat dengan area KL.

Minggu lalu, untuk kali pertama uzu join geng-geng hiking p mendaki. Sebelum ni dah terlepas beberapa misi mendaki iaitu bukit saga dan gunung ledang sebab waktu tu uzu sangat busy dengan event-event blog.

Alhamdulillah, rasa teruja sebenarnya nak mendaki.. Lama gilaa uzu tak join aktiviti macam ni, akhirnya dapat juga uzu mendaki Bukit Tabur.. hehehe
Seawal jam 5 pagi uzu dan geng-geng ofismate berkumpul di depan ofis kat Bandar Baru Bangi. Lepas tu kami konvoi bergerak masuk pintu masuk point pertama.. Sebelum naik, kami warming up dan baca doa perlindungan semoga selamat pergi dan balik.

Gambar semasa sesi pendakian..
Bila sampai atas tu, Subhanallah.... cantiknya ciptaan Allah.. Cantik sangat-sangat pemandangan dari atas bukit ni. Ni belum sampai atas lagi tauu. Ada lagiii nak kenda daki..
Haaa kat sini baru sampai peak of bukit tabur. Kami berehat makan dan minum kat sini.. Fuh takde tandas tau kat sepanjang perjalanan so memang kena tahan lah kalau nak pee pee..
Gambar kat bawah ni geng-geng hiking terdiri daripada ofismate, hakak-hakak arkitek dan abam-abam engineer kat tempat keje.. Diorang ni memang sporting sangat ! Best tau bila dah 1 kepala ni. hehe :D
Masa untuk turun. Perghh serius uzu cakap, turun ni memang sangat mencabar ! Dah la takde guide, hanya mengharap hakak dan abam ni tolong guide cam nak nak turun. Seriauuu juga bila sangat tinggi dan curam. Auchhh ! Dup dap dup dap jantung i !


Track paling mencabar..
Fuh setelah beberapa minit menghempas pulas nak turun ke bawah, dengan cabaran dan macam-macam dugaan, akhirnya kami selamat sampai ke bawah.. Alhamdulillah.. semua selamat.. cuba sakit kaki tu normal lah kan? Hahahaha macam uzu lah, sampai sekarang sakit kaki. Kau rase? Haha !

Best sebenarnya hiking ni tapi tu lah.. Penat sangat-sangat ! Apa pun, thanks kepada semua team. .. InsyaAllah ada lagi misi hiking kami.. Nanti uzu update lagi eh ! Salam :)

Sebak Baca Luahan Isteri Allahyarham Tok Guru Nik Aziz

$
0
0

Sebak Baca Luahan Isteri Allahyarham Tok Guru Nik Aziz | Salam. Pepagi ni baru sempat scroll facebook. Terhenti seketika bila tengok post mengenai luahan hati isteri Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.. Dengan hempusan nafas secara perlahan uzu menghayati setiap perkataan yang diluahkan. .Terasa sebak...sedih... fuhh semoga Allah beri kekuatan kepada isteri dan keluarga Tok Guru..


PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.
(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.

Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.

Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.
Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.

Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).

Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.
Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara yang bertuah kerana memiliki abang.

Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.

(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).

Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.

Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat. Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.

Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.

Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.

Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.

Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.
Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.

Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.

Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.
Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.

Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.

Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.

Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.

Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”. Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.

Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.

(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya. 

Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)

Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.

Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.
Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.

Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.

Al-Fatihah buat Tok Guru. Semoga di Tok Guru ditempatkan di tempat2 orang beriman. Amin ya rabbal alamin..

sumber

Majlis Perkahwinan Blogger Qaseh & Kyleril di Jerteh Terengganu

$
0
0
Majlis Perkahwinan Blogger Qaseh & Kyleril di Jerteh Terengganu | As-salam. Alhamdulillah tahniah uzu ucapkan kepada buat pengantin baru, Qaseh Dalia & KyleRil yang telah selamat diijabkabulkan pada Sabtu lalu bersamaan pada 14 Februari 2015.

Majlis Akad Nikah Jam 11+ Pagi
 

Majlis Persandingan, Jam 2.00 petang
Yeahhhh Qaseh dah jadi Puan !! Best kan tengok blogger dengan blogger kahwin? Huhu.. Terbaik ! Yang besnya, dua2 #kelabbloggerbenashaari . Hehe.. So kami dari #kelabbloggerbenashaari ni pun semangat nak konvoi ke Jerteh, Terengganu walaupun seharian perjalanan, demi mereka berdua..

Apa pun, kepada Puan Qaseh dan suami Kyle, semoga dapat menempuh alam perkahwinan yang penuh pancaroba, dugaan dan rintangan.. Sila hadapi sama-sama tauuu ! Tahniah sekali lagi ye tuk korang bedua ! Cepat sikittttttt dapat baby ! kah kah kah :D 

Salam.



Ladies ! Hati-Hati Dengan Lipstik Ye !

$
0
0


Ladies ! Hati-Hati Dengan Lipstik Ye ! | Salam. Perempuan dengan lipstik tak dapat dipisahkan. Kan? Uzu pun lipstik ada je 3 4 lipstik lain jenama lain kaler.. Nak dijadikan cerita, uzu ada baca kat facebook info mengenai lipstik..

"..Terlebih dahulu sya nk mintak maaf kat penjual brgan kosmetik. Tp syu rs kne bg tau juga tuk keselamatan.. syu suke pakai lipstik, kaler memng cantik2.. tp td kakak ipar kite bg info sikit pasal kandungan plumbum kat lipstik... syu test sikit nk tgk btol ke pe yg dia kata kn.. dia suruh calit kan sikit kat tgn then gosok dgn cincin emas. Kalau kaler dia betukar warna hitam.. makna nye kandungan plumbum dia tggi... skali syu buat hitam.. hurmmmm xtau la nk ckp pe.. bahaya skang nie... bende yg bahaya pon org jual.. xtau la nk ckp pe... korg try la sendr okay... mik lipstik masing2.. kalau bertukar warna hitam.. bik buang.. btw share kat knalan kita supaya dia org alert.... "

Kalau korang tak tahu, plumbum ni sejenis logam toksik, iaitu bahan yang bahaya.. So kalau kite pakai gincu, selalunya mesti tertelan ke apa kan, sebenarnya gincu yang mengandungi plumbum ni boleh menyebabkan keguguran, kerosakan DNA dan sel otak.

So bila baca info kat atas tu, uzu terus ambik lipstik uzu dan cincin emas uzu.. Nak try sendiri, betul ke kalau kita calit kat tangan, dan gosok guna cincin emas, kesan lipstik akan jadi hitam?
Dan hasilnya.. Gincu A ok sikit , kurang bahan plumbum dan Gincu B ni, ada sedikit hitam.  Perghh Gincu B ni gincu peberet uzu, Simply Siti..  Terkejut juga tapi takde lah tahap hitam sangat kan? Ke cane?
Maaf ye, uzu bukan nak memburukkan lipstik-lipstik ni semua, tapi uzu nak share je info kesihatan supaya kita semua tak beli atau pakai lipstik yang bahaya ni.. 

Walaupun lipstik Simply Siti ada sedikit hitam, namun yang demikian, uzu tetap nak guna ! Bukan ketegaqq, tapi tak tahu lah info ni betul ke tak kan? kan? kan? Sebab tak tahu tahap plumbum ni bahaya ke tak.. Entahlah.. Apa pun, korang hati-hati jer bila beli lipstik k ? Mencegah lebih baik dari merawat gituu.. Hihi. Salam.


Keindahan Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu

$
0
0
Keindahan Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu | As-salam. Lepas je selesai majlis persandingan blogger Qaseh Dalia dan KyleRil, kami ( kak sue, abg edy, yana dan najeb) terus ke Pantai Bukit Keluang Besut untuk aktiviti pre-wedding Kak Sue dan Abg Edy dan yang lain buat aktiviti santai. Hehe.

Lama weii tak nampak pantai !! Bila nampak pantai, uzu teruja sangat-sangat sebab lama tak nampak pantai hidup kat KL ni. Last nampak pantai di Teluk Cempedak kat Kuantan beberapa bulan lalu.. Pantai Bukit Keluang Besut ni cantik sangat.. bersih.. sesuai lah untuk aktiviti riadah bersama family.. Tak lupa juga ramai yang buat photoshoot outdoor weddding..
Pantai Bukit Keluang Besut adalah pantai yang unik tau sebab ada stuktur batu kat tepi pantai dan batu-batu tersebut membentuk gua... Kat sini lah port orang buat photoshoot..
Yang kat bawah ni manusia yang tiba-tiba muncul kat Pantai tu.. Yelah.. Lepas wedding tu,dia dah balik awal..Katanya dah balik ke Kota Bahru,tapi..tetiba bila sampai kat Pantai, jejaka ni terus muncul.. Fuhhhh ni mesti berat hati nak berpisah ngan kitew.. Kan? Nak buat suprise ehhh?? Hahaha...
 
Kat belakang uzu ni lah Kak Sue, her fiance, yana dan najeeb.. Sesi pre wedding theme purple kat batu dan gua-gua ni lah. Serius cun weii gambar !
Kat sini memang best tapi kelemahannya 1 je.. Takde surau.. Ada pun.. surau usang yang penuh lalang dan sangat kotor. Tak jumpa surau kat sini. Dah tanya orang kat situ, memang takde surau.. So, pihak atasan kenalah menaiktaraf kemudahkan kat sini eh. Baru selesa orang nak g jejalan...Huhuhu. Ok lah.. banyakkeje nak buat kat ofis ni. Salam semua !!

Iklankan Produk Anda Secara Percuma Di EarnPages.Com Zinine Energy

$
0
0
Iklankan Produk Anda Secara Percuma Di EarnPages.Com Zinine Energy  | As.salam. Berita baik kepada sesiapa peniaga-peniga sama ada online atau pun offline, uzu nak kenalkan 1 website baru yang mana korang boleh jual apa-apa produk, atau iklankan produk/barang anda di website EarnPages.

Selain untuk peniaga-peniaga, orang awam nak cari barang atau produk, boleh cari kat website EarnPages.. Macam-macam produk ada kat situ.. EarnPages ni kalau nak tau, sama je macam mudah.com.my, cari je kat situ, semuaa ada..
EarnPages 3 cawangan tau.. dan salah 1 cawangan kat EarnPages.Com Zinine Energy ( Branch Puncak Jalil ). So, yang nak beriklan kat website tu, boleh lah datang ke ofis di alamat yang tertera dibawah..

Alamat :
EarnPages.com,
No 4-1, 1st Floor, Jalan PUJ 3/2,
Taman Puncak Jalil,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan
Tel/ Fax : +603-8999 6959

Contact :
Puan Suhaida Bte Meor Azmi - 011 6611399
Encik Zul - 011 16611599
HQ - 03 8999 6959

Website : http://earnpages.com/

Misi Tawan Broga Hill Terbakar Kat Semenyih

$
0
0
Misi Tawan Broga Hill Terbakar Kat Semenyih | Finally.. dah setahun lebih hasrat nak p Broga Hill tapi tak kesampaian..Banyak kali plan, banyak kali tak jadi..Walhal 30minit je pun dari hostel uzu.. Cuti CNY tu, uzu dan kak Yanty dah bertekad nak p juga..


Bila orang tau kami nak p Broga Hill, mesti ada je soalan macam ni.. "eh bukan broga hill dah terbakar ke?" .. Erkk memang terbakar pun tapi tak semestinya lepas terbakar tak boleh daki kan. Malah ramai yang p tau ! Lagi pun, yang terbakar tu sikit je.. Bukan semua..

Ni lah kawasan yang terbakar. Peak 2 . Kawasan yang paling cantik nak ambik gambar. Banyak iklan-iklan kat tv shoot kat sini tau ! Tapi tu lah... dah terbakar mungkin disebabkan cuaca panas..
Walaubagaimana pun, ada je tempat-tempat yang cantik untuk ambik gambar. Kat Broga ni ada 3(tiga) peak..! So peak 1 dan peak 3 masih lagi okay so boleh ambik gambar kat situu..
Alhamdulillah ! Misi berjaya daki Broga Hill Terbakar ni. Hihi..Memang semput nak daki even takde lah tinggi mana tapi kena buat warm up juga ye kalau nak daki.. Kang kejang kaki bila kat atas. Nak turun pulak, sesenang ABC . Laju je lari.. Kehkehkehkeh.. Kaki makin fit kot ! Ok lah u olls.. Sampai sini je lah entry uzu tuk Broga Hill Terbakar ni. hahaha.. Nak buat keje.. Salam semua :)

p/s : Kalau korang nak p situ, boleh waze Broga Hill Semenyih. Konfem sampai !

Taman Beijing Putrajaya

$
0
0
Taman Beijing Putrajaya | Salam. Sebenarnya nama taman ni bukan taman beijing, tapi Taman Persahabatan Malaysia - China. Penat cari nama taman yang ala-ala beijing ni akhirnya......hehe.. dapat juga.. Taman ni ada kat Persint 4 tau.. korang cari ler sendiri . Hehe.. Banyak kali pusing nak cari tempat ni. Tempat tak ramai orang nampak. Hehe. 
Ramai yang tak tahu lagi ada Taman secantik ni kat Putrajaya. Uzu pun baru tau baca entry dari Abg Ben.. Kalau tak... haaa sampai bila-bila pun tak tau.. Sedangkan orang yang tinggal Putrajaya pun tak tau kewujudan taman ala-ala beijing ni.. Apatah lagi uzu yang duk Bangi..

Cantik pemandangan kat sini. Sesuai tuk wedding photoshoot, bersantai bersama keluarga dan dating! Hehehe. Orang betul2 ingat kami kat Beijing. Kahkahkah! Lawak. hehehe ok lah bye !  Salam..

Viewing all 2516 articles
Browse latest View live