Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all 2516 articles
Browse latest View live

Review Lipstik Pink Golden Rose Velvet Matte Yang Menjadi Pujaan Hati

$
0
0
Review Lipstik Pink Golden Rose Velvet Matte Yang Menjadi Pujaan Hati | Hari tuuu... Ada lah beberapa orang puji uzu ni cantik.. eh! eh ! Perasannya kau uzu!! Hihi puji uzu punya lipstik.. Tapi yang tu uzu pakai lipstik Simplysiti. Uzu tak sempat nak review kat blog lagi lipstik simplysiti tu. Tapi yang uzu nak citer ni, lipstik pink juga. Lebih kurang sama je dengan simplysiti tapi tak leh lawan lipstik simplysiti lah. Keh keh keh keh.. *kritikjujur*

Uzu suka dengan lipstik pink ni. Jatuh cinta. Selalu pakai merahhhh je. Tak pun pakai lipsgloss je. Tak pun, tak pakai apa. Tapi bila uzu jumpa lipstik ni, so uzu pun fall in love dan menjadi favourite uzu bila bersolek.. 
" where's my lipstik?""mana lipstik pinkkkkkkk ai?""nak pakai lipstik pink lah!" .. Ni lah lipstik tu..


Uzu beli kat Midvalley hari tu, kat Hijabs & Beauty Expo, Uzu ada je banyak lipstik tapi well u know perempuan, takleh nak tolak bila jumpa benda-benda macam ni lagi-lagi tengah sale! Fuhhh nasib murah je..Jenama lipstik ni, Golden Rose Velvet Matte Lipstick. Harga RM20 je..  Banyak kaler yang available antaranya..

Uzu beli kat booth, tapi kalau korang nak beli secara online, maybe boleh terjah http://www.goldenrose.com.tr/ ! Selamat meng-pinkkkk kan bibirrr. Awwww. InysaAllah Thank You :D


Jatuh Cinta Dengan Perodua Myvi New Facelift 2015 !

$
0
0
Jatuh Cinta Dengan Myvi New Facelift 2015 ! | Huwargggggghhh tergamam seketika bila nampak myvi baru ni. Myvi lama pun lawa dah, apatah lagi myvi baru ni. Huwarggggghh rasa nak angkat sebijik je.. Harga myvi ni tak pernah nak turun. Hurmmm turunkan harga sikit pleasee!

Specification Perodua Myvi New Facelift 2015

- Harga serendah RM41,500(Basic) sehingga RM58,900(High Spec)
- Varian enjin 1.3.Liter dan 1.5 liter
- Colour available, Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Alamak kaler pink takde lah. Kecewa my heart. Hurmmm kalau lah ada pink kan bagus kan kan kan. lagi style gitu. Apa pun ce tengok others spesification kat bawah ni dulu. Mana tau korang berkenan! Uzu dah rambang mata dah ni. OMG OMG OMG...

sumber gambar : paultan.org

Review My Kesayangan Samsung Galaxy Note 4

$
0
0
Review My Kesayangan Samsung Galaxy Note 4 | As-Salam. Alhamdulillah bulan lalu tertunainya hayat uzu nak ada henfon baru.. Actually tak nak beli pun tapi Lenovo k910 kesayangan uzu rosak lah dan masuk kedai. So uzu pun rasa kena ada henpon extra..

Memula bajet dalam not less than RM1500 tapi bila fikir balik, alaaaa beli fon bukan selalu pun. Beli lah yang mahal terus kan? Haaaa so uzu ada 2 pilihan je, Note 4 atau Iphone6. Tapi actually, walaupun iphone6 ni nampak "gah" tapi uzu tak minat dengan iphone. Lain lah dapat free. Yang tu lain cerita. Hehe. So.... At last, atas suggestion Abg Ben Ashaari dan Fatin Bella, uzu pun ambik Note 4.


Camera Belakang 16MP
Camera Depan 3.7MP

Harga Samsung Galaxy Note 4 ni actually RM2499. Pastu uzu beli flip original cover RM200 dan tempered glass untuk screen protection, RM100 dan total kesemuanya RM2800. Wow ! Sama harga dengan iphone6 beb..

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 4

  • Layar 5.7″ Super AMOLED Capacitive
  • Resolusi 1440 x 2560 pixels, 16juta Warna
  • Corning Gorilla Glass & S-pen Stylus
  • Dimensi : 153.5 x 78.6 x 8.5 mm
  • Kamera 16 MP, Autofocus, LED Flash
  • Video 4K 2160p @30Fps, 1080p@60 Fps
  • Optical Image Stabilization ( OIS )
  • Kamera Depan: ada 3,7 MP
  • Jaringan GSM GPRS, EDGE , 3G
  • HSDPA 42 Mbps HSUPA 5.6 Mbps
  • Memori Internal: 32 GB
  • Memori Eksternal: upto 128 GB
  • OS Android 4.4 KitKat
  • RAM 3 GB
  • WIFI, GPS, Bluetooth 4
  • Radio FM, Micro USB, USB OTG
  • Chipset Exynos 5433
  • CPU Quad-core 1.3 GHz Cortex-A53 & 1.9GHz quad-core Cortex-A57
  • GPU Mali-T760
  • Baterai 3200mAh
  • Talktime: 26 Jam
  • Fingerprint Sensor
  • Heart Rate Monitor

Ok. Nak tau review jujur uzu? Hihi. Uzu menyesal beli Note 4. Sebab bosan giler.. Terasa nak beli iphone6 . Fuhhhhh sabar je lah. Camera belakang lawa tapi camera depan tak lawa langsung. 3.7Mp je kot. Tu sebab uzu suka lagi Lenovo K910 uzu tu. Camera depan dia serius lawa oo. 5Mp. Kualiti gambar lagi lawa dari Oppo tu haaa..

Apa pun, walupun tak berkenan dengan Note 4, uzu sayang juga fon ni. Duit sendiri woooo. Kena hargai. Sobsobsobs. Apa pun, kalau nak beli fon, pilihlah ikut kesesuaian korang. Sampai sini je lah review jujur uzu.Maaf lah samsung kerana jujur sangat :D Hihihi ok lah. Salam...

Shawl Mutiara by Irrara Label Yang Sangat Memikat Hatiku !

$
0
0
Shawl Mutiara by Irrara Label Yang Sangat Memikat Hatiku ! | As-Salam. Alhamdulillah. Hari ni cuti. Tak tau nak buat apa kat hostel yang sunyi. Tetiba dalam kesunyian, baru ingat ada pending review . Maafkan saya rara. Uzu busy sangat lately.

Apa yang uzu nak reviw ni, sangatlah uzu suka ! Baca tajuk pun dah boleh agak. Of coz lah nak reviw shawl. Tak pernah tau uzu jumpa shawl mutiara. Ni first time... Hihihi. Lawa sangat lah shawl ni. Uzu semua jenis shawl pun uzu suka. Shawl lover katakan. Jarang u olls akan tengok uzu pakai tudung selain shawl.. Sebab hanya shawl cotton je yang sesuai dengan bentuk muka uzu. 

Tapi shawl mutiara ni jenis kain chiffon. Bukan chiffon yang lembut tu ye, chiffon tu susah nak pakai dan nipis, tu sebab uzu suka shawl mutiara dari Irrara Label ni, sebab chiffon dia senang nak bentuk. Tak yah pakai lilin dah nak keraskan hujung bahagian atas.

Shawl Mutiara by Irrara Label ni, uzu perhati ada 2 cara nak pakai. Yang pertama, mutiara tu terletak atas kepala dan kedua, mutiara kat bahagian tepi. Dan kedua2 cara pemakaian mutiara shawl tu bila pakai pun cantik tauuuuu dan boleh gayakan shawl mutiara ni ikut kreativiti u olls sendiri.

 
Irrara Label ni baru je menapak dalam dunia perniagaan. Nak tau tak sapa owner dia? Owner Irara Label seorang blogger yang cantik dari Kelantan. Juga seoarang bakal cikgu, InsyaAllah. Kan? Hihi. Dulu uzu suka beli shawl kat Rara. Shawl Gaza terutamanya. Lawa je pakai. Selain daripada Mutiara Shawl, Shawl Gaza, Irrara Label banyak keluarkan shawl sendiri, antaranya :



1. Mutiara Shawl - RM30
2. Plain Shawl - RM15
3. Bawal Chiffon - RM15 
4. Bawal Manik Exclusive - RM35 above 
5. Wide Shawl Printed Gold - RM15
6. Square Scaft Floral - RM20
7. Square Scaft Stripe - RM20
8. Bawal Satin - RM15

Harga semua harga mampu milik. Student ke, pekerja ke boleh je beli shawl dengan harga mampu milik. Jangan risau. InsyaAllah murah-murah.. So sesiapa yang rasa minat kat shawl/tudung keluaran Irrara Label ni, boleh terjah details/info kat bawah ye. Hihi. Apa pun, selamat membeli belahhh !! PROMOSI HUJUNG TAHUN !! PROMOSI HUJUNG TAHUN !! PROMOSI HUJUNG TAHUN !!

Instagram : @irraralabel
Facebook : Mastura Rara
Whatsapp : 0112779938 (Rara)

Watermark Uzu Yang Simple & Cun by Azhafizah.com

$
0
0
Watermark Uzu Yang Simple & Cun by Azhafizah.com | As-Salam. Hihi mood sekarang nak ada watermark pula.. Baru style ! Walhal cemburu punya pasal.. ! Hihi ni sebab jeles tengok watermark Abg Lan Careno lah ni.. Aishhh bila tengokk..aummm dah ter-order dah :p

Uzu ngan fiza ni, memang dari dulu ambik design dari dia. Sebab fiza jenis yang kreatif ikut citarasa uzu. Selalunya uzu akan suh design ikut kreativiti dia sendiri . Malas teramat nak memikir :p

Uzu order, bayar dan tak sampai sejam rasanya dah siappppp ! Haaaaa kemain laju. Walhal uzu memang nak siap cepat pun sebab nak guna esok. Kehkehkehkeh :D

Hasilnya.....

See? Tak yah nak pikir panjang, dah terhasil watermark yang uzu request nak simple-simple jenis font je. Haaaa tu sebab siap cepat. Kehkehkeh.. Harga watermark RM20 je. Murahkan? Harga mampu milik, insyaAllah semua orang pun boleh order gitu. hihi.

Thanks fiza atas design watermark yang cantik dan cun ni. Uzu suka sangatttt. Aumm.. Lepas ni nak minta fiza design header blog pula. 2015 kena ubah ler blog kitaaa. Nanti orang bosan nak lepak..

Siapa nak tempah bab design ni, boleh lah ke facebook fiza sendiri, Azhafizah Md Nor . InsyaALlah korang akan berpuas hati dengan hasilnya ! hihiiii k bai Salammmmm

Family Day #kelabbloggerbenashaari di Legoland Malaysia Resort

$
0
0
Family Day #kelabbloggerbenashaari di Legoland Malaysia Resort | As-Salam semuaa. Selamat pagi. Amacam sihat-sihat tak korang? Hihi uzu sihat alhamdulillah tapi badan sedikit lenguh! Lenguh disebabkan sabtu lalu kami #kelabbloggerbenashaari ke Legoland Malaysia ! Wahh! we olss terujaa siot. First time kita datang !!

So, sabtu lalu tu, kami bergerak konvoi ke dari KL ke Johor. Alhamdulillah kami selamat sampai jam 1 petang. Lepas tu, kami terus ke Theme Park terlebih dahulu! Apa yang menarik kat themepark eh? Hahaaaaaa. Korang kena layan gambar kat bawah baru tau betapa bestnyer g Legoland ni..

Pintu masuk Theme Park Legoland
Dah macam kat USS dah. Fuhhh tapi ni versi Malaysia punya. Dalam ni semua ada lego. Dah namanya Legoland, so memang penuh lego kat mana-mana pun.. Teruja tengok lego bebanyak ni. Tapi serius tak puas round semua tempat dan tak sempat nak main semua game. Huwarghhhh.. Masa sangat mencemburui kami..

Selesai berjalan-jalan mencairkan mekap yang tertempek di muka, kami ke Legoland Hotel semula untuk check in. Fuh ! Penat tau jejalan . Tiba masa tuk rehat sebentar bersama kitkat. Tak sabar nak masuk bilik hotel kami yang harga ribu2 per room tu ! Fuhhhhhhhhhh excited ! Tapi nanti uzu update entry review khas untuk bilik kami tu. Terbaikkkk wooo ...

Apa pun, thanks Legoland Malaysia untuk short trip #kelabbloggerbenashaari ke situ dan thanks a lot to Faizal Fedley atas semua semua semua dan semua ni. Nantikan next entry ye. k k k ? Sapa rasa nak tengok bilik kami yang awesome tu, stay tune ok? Tu jelah untuk hari ni. As-salam..

Info Theme Park Legoland Malaysia

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (Jam 10 pagi - 6 petang )
Harga Tiket :


Bloggers at Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia

$
0
0
Bloggers at Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia| Haloo haloo halooo, kopi ke milo ? Hehe. Salam semua. selamat pagi khamis.. Eh ! Rabu lah hari ni. Ya Allah lupa pulak. Haaa selamat hari rabu semuaaa. Hari ni uzu nak sambuung cerita pasal Legoland ni. Tak habis cerita lagi ni.

Kelmarin, uzu ada update pengalaman uzu ke Theme Park Legoland Malaysia, so kepada cik hakak dan cik abang yang tak baca lagi, boleh baca kat SINI ye.
ok.. Kami check in jam 3 petang. Bukan disebabkan kami lambat check in tapi dah memang kat situ semua check in jam 3 petang. So, walaupun demikian, korang janganlah tunggu check in dulu baru nak jejalan ke Theme Park dan Waterpark.. Sementara korang tunggu jam 3 tu,datang lah awal, pegi lah dulu jejalan kat themepark tu haaaaa.. Lepas check in, baru tukar baju dan pergi water park pulak. Macam yang kami buat. Sebab masa sangat-sangat suntuk..

Ini bilik  kami. Tingkat 2. Tingkat 2 semua bahagian Adventure Theme. Memula masuk bilik, wow rasa macam lawa sangat-sangat. Tak pernah tengok bilik dengan deco bertemakan macam ni.. Rasa macam tak nak balik ! Tak puas tidoo bilik macam ni.. Sayang nak usik pun ada juga. kahkahkah!
King Size Untuk 2 orang dewasa. Nak tidur 3 orang pun muat ! Haha
Yang ni TV bahagian orang dewasa
Ni Katil macam tuk tripple. Atas, bawah dan bawah sekali. 3 orang kanak-kanak muat..
Kat atas ni bahagian kanak-kanak. Ada ruang untuk bermain lego, ada tv dan katil untuk 3 kanak-kanak
 
Ni pulak tandas untuk bilik tu. Kat mana-mana pun korang akan jumpa lego. Dah namanya Legoland ..kan? Hahaha. Best sangat tengok tandas ni. First time jumpa sabun+syampoo. Means, sabun tu boleh jadi syampoo dan syampoo tu boleh jadi sabun. So jimat di situ..
 
Dan last sekali ni, setiap bilik ada benda ni, keychain/souvenier Legoland. So jimat nak beli untuk kawan-kawan souvenier. Hihi bagi je yang sedia ada ni.. Tak pun, buat kenangan untuk diri sendiri !

Info Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia

- Bilik ini boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik)
- Katil bersaiz King
- Definisi tinggi televisyen panel rata
- Ruang tidur kanak-kanak sendiri dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3)
- Bata LEGO untuk membina dengan sepanjang penginapan anda
- Penyaman udara
- Peti sejuk mini
- Pembuat kopi
- Vanity / stesen kerja
- Pengering rambut
- Kelengkapan tandas percuma

Room Type : King Themed Suite, Pirate Themed Deluxe, Premium Pirate Themed, Premium Kingdom Themed, Pirate Themed, Adventure Themed, adn Kingdom Themed.

Harga per night (Adventure Themed): 
RM1000+ sebab waktu cuti sekolah. Setiap hari, harga adalah berbeza-beza. Selalunya hari sabtu memang mahal. Kalau nak jimat, pergi weekdays. Hihi. Kalau nak murah lagi, jangan pergi waktu sekolah. Kalau nak murah lagi, stay kat hotel lain :p

Apa pun, Alhamdulillah sangat-sangat dapat merasai pengalaman heaven macam ni. Bukan semua orang dapat tau pengalaman macam ni. So , thanks a lot sekali lagi kepada Legoland Malaysia yang sudi sponser kama #kelabbloggerbenashaari dan to Faizal, hurmm.. Once again, thank you.

Lego Star Wars Miniland : Tempat Paling Menarik Di Dalam Legoland Malaysia

$
0
0
Lego Star Wars Miniland : Tempat Paling Menarik Di Dalam Legoland Malaysia | As-Salam semua.. selamat pagi adik-adik kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik serta makcik-makcik sekalian.. Hari ni uzu nak sambung lagi perjalanan dan pengalaman uzu kat Legoland. Mood Legoland tak habis lagi ni. Maaf lah ye. hihi.

Ok kali ni uzu nak cerita tempat yang paling menarik di dalam Legoland Malaysia ni.. Dalam Legoland ni, banyak tempat tau.. Macam kat USS. Alaa sapa pernah pegi USS, dia faham lah tu.. Ok dalam Legoland ni, tempat yang uzu suka sangat-sangat sampai excited tahap doraemon ialah kat Lego Star Wars Miniland .. Nak tau sebab apa? Haa sebabnya ada Lego Star Wars!

Bila korang masuk je kat situ, korang dapat rasai macam kat dunia Star Wars. Kalau tak silap, ada lebih 2000 model Lego Star Wars yang diperbuat dari 1.5juta biji Lego. Wow! Banyak tuuu..

Watak-watak seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan legenda Sith Lords, juga ada dalam ni. Semua macam real. Ada pergerakan dan bunyi dan disokong dengan kesan pencahayaan yang sangat luas biasa. Terfikir juga, macam mana diorang buat semua ni jadikan benda ni real.. Fuhhhh terbaik beb!

ok..Ni pengetahuan baru untuk uzu, kesemua model-model Lego Star Wars ni dibuat daripada lego-lego dan dibina dari pelbagai tempat di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Jerman dan Republik Czech! 
Kat situ, ada 7 bilik setiap adegan, so bila korang masuk, korang akan dapat tengok scene dari filem star wars mengikut kronologi. So korang tak akan pening dengan pameran-pameran yang tersedia kat situ.. So in case lah korang tak pernah tengok star wars kan, dengan adanya kronologi mengikut susunan, korang akan faham jalan cerita tersebut dalam Lego Star Wars Miniland.
Haaaaaa menakjubkan sangat bila dapat merasai sendiri kan pengalaman kat Lego Star Wars Miniland ni. So for those yang plan nak ke Legoland satu hari nanti, korang jangan lupa miss untuk datang ke Lego Star Wars Miniland ni k. Budak-budak konfem suka! mesti tak nak balik punye. Percayalahhhh ! hihi :D

Ok lah sampai sini entry uzu pasal Lego Star Wars Miniland. InsyaAllah esok nak update entry terakhir pasal Legoland.. Nak tau entry apa? Kena baca esok :p Hihi k lah, bai bai Assalamualaikum.


Door Gift Yassin Sesuai Untuk Apa-Apa Majlis

$
0
0
Door Gift Yassin Sesuai Untuk Apa-Apa Majlis | As-Salam. Alhamdulillah terima kasih Allah sebab permudahkan uzu untuk mencari yassin untuk door gift ni. Nak tau tak uzu nak buat apa yassin ni?

Yassin ni untuk buat door gift kahwin. Majlis kahwin bulan depan, february 2015. So, korang dijemput datang ke majlis kahwin rakan blogger kita Qaseh Dalia merangkap geng #kelabbloggerbenashaari . Hehehe. Elehhhhh mesi ingat uzu nak kahwin kan? Sobs sobs sobs tak sampai seru jodoh lagi :D *doakanterbaikye*

Uzu tempah untuk sponser cik hakak dalam KBBA ni, Qaseh nak kahwin tak lama lagi.. So, daripada shopping menghabiskan duit, baik kita shopping yassin ni,  beramal ibadah untuk orang. Pahala berterusan dengan yassin ni. Kan kan kan? Betul tak betul tak?

Harga yassin ni RM 0.75 je. Uzu order dalam 200keping. Dalam masa 3 hari je dah sampai. ALhamdulillah. Bila tengok, ya allah lawanya design dia. Boleh pilih design tau. So warna diatas adalah mengikut tema kahwin Qaseh. Fuhhhh lega dengan kualiti yassin ni. Lagi pun , dengan saiz macam ni, senang nak bawa ke mana-mana . Kat mana uzu order? Uzu order kat ig @yassin_murah.


First Time Ke Rumah Blogger Masakan Terkenal Malaysia Che Mat Gebu !

$
0
0
First Time Ke Rumah Blogger Masakan Terkenal Malaysia Che Mat Gebu ! | Acara datang ke rumah PCM atau dikenali sebagai Che Mat Gebu, atau Adnan Ibrahim atau, tiffin biru atau dapur tanpa sempandan atau owner http://www.tiffinbiru.com/ atau... banyak sangat nama ni, dah banyak atau atau dah.. ok sambung semula, Acara datang ke rumah Che Mat macam dah menjadi rutin tahunan dah untuk #kelabbloggerbenashaari. Setiap tahun ada lah dalam 2 3 4 kali ke situ, kalau ada acara kat Johor, haa lagilah senang nak singgah. Kan?

Lepas masuk KBBA, uzu ter-miss datang rumah Che Mat raya tahun lalu sebab uzu masih kat Sabah waktu tu. Sobsobsob serius jeless. Bukan senang nak jumpa Che Mat ni..

Alhamdulillah, bila dengar kami akan singgah Sedenak sejurus balik dari Legoland, uzu sangat tersangat amatlah happy sangat-sangat. Kemain banyak "sangat" tu..Ni lah masanya nak kenal lebih rapat dengan Che Mat.. Fuh blogger masakan yang paling famousssss di Malaysia ni tuu. Uzu tabik springggg kat dia. 

Sampai je kat rumah Che Mat, makanan dah siap terhidang. Aummm sangat menyelerakan.. Nak tau che mat masak apa untuk kami? Wah ! Harap korang tak jeless lah eh :p

Semua makanan kat atas ni semua sedap-sedap. Menu fav uzu waktu ni ialah.. Tu kaler merah-merah tu. Atas dia buah, bawah dia kek ! Haaa apa nama dia eh? Lupa nak tnya Che Mat. Hihi :D *garukepala*
Che Mat, thanks sangat-sangat tau sebab sudi terima kunjungan kami the that day. Thanks sangat-sangat sebab susah payah masakkan makanan yang sangat sedap dan thanks sangat-sangat sebab bagi uzu ke dapur Che Mat yang banyak teko tu :p

Yang sedihnya, tak sempat nak bergambar dengan Tiffin Biru.Ok itu serius sedih. Apa pun, we love Che Mat ! Nanti kami datang lagi tau ! Hihi. InsyaAllah thank you :)

Kredit Foto : Kerex Studio

Print Baju Murah di OhTshirt Shah Alam

$
0
0
Print Baju Murah di OhTshirt Shah Alam | As-Salam semua. Ada tak korang-korang kat sini nak cari baju untuk di print baju murah? Mencari print baju yang murah-murah dan lokasinya sekitar Shah Alam? 

Mesti ramai kan? Haaa sekarang ni print baju memang laris. Lagi-lagi kat Shah Alam tu ha. Ada beberapa universiti area kat situ.. Sekarang ni kat student memang menjadi kewajipan untuk baju setiap sem sebagai kenangan.

Bukan setakat pelajar-pelajar je, badan-badan kerajaan dan swasta juga tak melepaskan peluang untuk print baju sendiri. So, nak bagitau lah ni yang mana OhTshirt menyediakan servis print baju murah tau area Shah Alam.. Selain tu, diorang ada servis print tshirt, print baju, baju koperat dan cetakan untuk cenderahati korporat seperti Woven Bag, piala, pingat, keychain dan banyak lagi untuk macam-macam lagi tau berkaitan printing mengikut permintaan pelanggan.
Kena korang mesti pilih print baju murah kat OhTshirt? 
Dengan harga yang murah tapi tshirt baju yang agak berkualiti, agak-agak korang nak tak nak print kat OhTshirt ke? Haaa nak tau lagi tak? nak tau somethin tak? Antara pelanggan-pelanggan OhTshirt ni terdiri antara Kementerian Pembangunan Wanita, UiTM Shah Alam, UNISEL, RTM, UIA, Labuan Sea Challenge, Kumpulan Media Karangkraf, Sime Darby, Maybank, TV3, KASTAM dan banyak lagi. See? Company-company besar pun print kat OhTshirt, tak nak company kecik tak nak kan?
OhTshirt dan masuk media cetak di Majalah Maskulin tau ! Wahhhh uzu pun pernah masuk majalah Maskulin. Ok lah kita geng . hehehe. Hensem juga owner dia ni. Ehh! Ke situ pulakk...

Cawangan OhTshirt di Melaka
Selain kat Shah Alam, kat Melaka juga terdapat cawangan OhTshirt. Rasanya dah setahun dah beroperasi. So yang kat Melaka tu jangan sedih-sedih tau, ada cawangan OhTshirt kat situ!

[Cawangan Shah Alam]
FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No. 19A, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
TEL: 03-55236785 / 017-6676785
Email: admin@ohtshirt.com.my
Laman Web: www.ohtshirt.com.my
Facebook: OhTshirt Facebook
Instagram: OhTshirt Instagram

[Cawangan Negeri Melaka ]
FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No.4, Pusat Niaga MBMB,
Bulatan Ayer Molek,
75460 Melaka.
TEL: 012-352 3972
Email: ina@ohtshirt.com.my

Kredit gambar : http://mohdrasul.com/

Biodata Penyanyi Caliph Buskers Yang Mencipta Fenomena AJL 29

$
0
0
Biodata Penyanyi Caliph Buskers Yang Mencipta Fenomena AJL 29 | As-Salam. Fuhhhh masih terngiyang-nyiang lagi AJL 29 semalam yang mana persembahan Mojo dan penyanyi jemputan iaitu Caliph Busker . 

Tu lah rezeki Allah, disebabkan Awira tarik diri dari dan nak bergerak solo dan tak akan berada dalam persembahan semalam, Edry KRU telah mendapat pengganti yang jatuh lebih baik dari Awira.

Fuhh pasti ramai kan yang tengok AJL 29 semalam? Actually konsert semalam agak boring bagi pendapat uzu tapi bila tiba persembahan Mojo dan Caliph Busker, suasana jadi sunyi seketika. Sunyi sebab apa? Sunyi sebab nak tumpukan perhatian pada persembahan Caliph Busker semalam. Uzu terpegun dan sebak dengan persembahan mereka. Tabik ok !
Lepas je habis persembahan, semua bersorak gembira. Bukan stakat dalam stadium, kat rumah pun terjerit-jerit. Kan? Dan seperti yang diharapkan Mojo menang persembahan terbaik ! Alhamdulillah. Happy sangat-sangat. Rezeki OKU. Jangan pandang rendah ok..

ok ni uzu nak share biodate Penyanyi Caliph Busker ni. Mesti ramai yang nak kenal lebih dekat dengan mereka. Kan? Termasuk uzu. hehehe. 

Biodata Penyanyi Caliph Buskers
Nama : Azmi Saat
Asal: Johor Bahru
Pekerjaan: Vokalis / Penyanyi Utama Caliph Buskers dan penyanyi jalanan
Status: OKU (Kurang Penglihatan)
Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur


Apa pun, tahniah Calips Busker atas pencapaian semalam. Kesimpulannya jangan padang rendah dengan OKU dan kumpulan busker serta jangan dah berjaya, lupa daratan. Pesanan untuk semua. Hehehe. Ok bye Salam :)

Produk Kurus Inayah Advanced Beauty Booster Pilihan Si Pelakon !

$
0
0
Produk Kurus Inayah Advanced Beauty Booster Pilihan Si Pelakon ! | Salam semua. Hurm nak tanya ni.. Korang masih ingat tak pelakon dottie? Yang comel-comel je tengok . Kalau korang tengok gambar kat bawah ni nanti, mesti kenal punya. Hehe ^^v

So, actuall uzu nak bagitau, dottie sekarang dah nampak cantik dan kurus sedikit. Nak tau tak dia ambik supplement apa? Haaa dia ambik supplement Inayah Advanced Beauty Booster lah ! Uzu pun baru first time dengar produk ni tapi tengok pelakon dottie tu, kurus je nampak. 

Apa yang menarik pasal produk ni? Mestilah untuk cantik dan kurus. Inayah Advanced Beauty Booster  juga boleh kurangkan selera makan. So yang kuat makan tu, jangan risau.. Nak kurus kan? Haa amalkan Inayah Advanced Beauty Booster tuk kesan yang positif. Hehe.. InsyaAllah.

Inayah Advanced Beauty Booster  ni dulu ada pakaging lama, sekarang ni dah keluar pakaging baru. Bukan setakat pakaging je, tapi ramuan pun baru. Dipertingkatkan lagi untuk dapatkan kesan yang cepat.

Suplement Ini Lengkap 3 Dalam 1 Untuk Cantik, Sihat Dan Kurus. Add on ramuan baru sepeti mentha (mint), avokado, apple stemcell, grape stemcell.Untuk boost kurus dan untuk boost lg cepat bagi kulit cantik kita cantik.


Anda Bakal Cantik Sebab Inayah Advanced Beauty Booster Guna Pure Shark Collagen
1. Menggurangkan senggugut dan keputihan
2. Kadar penyerapan lebih tinggi dari collagen lain
3. Melegakan sakit sendi
4. Melawan Proses Penuaan
5. Menghilangkan ruamm, jerawat, jeragat dan kedutan
6. Meningkatkan tenaga
7. Menguatkan sistem imunisasi badan
8. Mengalakkan penumbuhan rambut
9. Menguatkan kuku
10. Pengurangan garis halus dan kedutan.

Anda Bakal Cantik Sebab Inayah Advanced Beauty Booster Guna Soy Lecithin
1. Meningkatkan daya ingatan
2. Memecahkan lemak
3. Membantu masalah imsonia
4. Mencegah eczema
5. Mencegah pengumpulan lemak dalam hati
6. Membantu mempercepatkan metabolisma untuk membakar lemak
7. Membantu dalam proses penghadaman
8. Membantu mengurangkan bengkak susu
9. Melangsingkan badan
10. Mengekalkan bentuk badan ideal

Anda Bakal Cantik Sebab Inayah Advanced Beauty Booster Guna Milk Thistle
1. Tonik hati NO 1 di dunia
2. Membantu membina sel sel hati yang sihat
3. Melegakan sembelit
4. Menyingkirkan toksin dari hati
5. Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat6. Pengambilan secara beterusaan selama beberapa bulan dapat meningkatkan penghasilan glutathione secara semula jadi
7. Menurunkan paras kolesterol
8. Mencegah tumor payudara
9. Menghilangkan rasa gatal, kemerahan, radang dan eczema
10. Sebagai antioksidan 10x lebih kuat dari vitamin E

Anda Bakal Cantik Sebab Inayah Advanced Beauty Booster Guna Gluthahione
1. Menukarkan kulit gelap kepada kulit cerah gebu2. Warna kulit menjadi sekata, lembap dan tidak berminyak
3. Lebih berkuasa dan kebal dalam penyerapan ke dalam badan berbanding glutathione
4. Meningkatkan penyembuhan luka
5. Menjadikan kulit lembut, licin. segar dan berseri
6. Memutihkan kulit.

So gabungan Pure Shark Collagen, Soy Lecithin, Milk Thistle dan Gluthahione menjadikan Inayah Advanced Beauty Booster adalah produk yang sangat baik untuk kurus, sihat dan cantik. Ada 3 dalam 1. So, produk ni sangat-sangat jimat tau !

Harga :
RM150(sm) / RM155(ss)

Untuk Pembelian, sila :
SMS / Whatsapp : <INAYAH> ke 013 392 8708

Inbox Admin :
Jika menggunakan Computer/Laptop - https://www.facebook.com/messages/995705420445179

Ok, Sesiapa teringin nak kurus tapi malas nak diet, malas nak joging, so korang bolehlah ambik produk Inayah Advanced Beauty Booster ni. InsyaAllah boleh kurus macma si pelakon comel dottie ni. Dulu kemain gemuk.. Sekarang dah nak kurus. Fuh terbaik beb ! Ok lah ni sahaja entry uzu hari ni. Esok sambung lagi ye. Hehehe. ok bai Salam ^^v

Kehebatan Alcatel Onetouch Flash (Selfie)Untuk Kaki Selfie !

$
0
0
Kehebatan Alcatel Onetouch Flash (Selfie)Untuk Kaki Selfie ! | Salam pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Pasti ramai yang ternanti-nanti entry ni sebab nak tau details lanjut pasal henpon yang uzu sangat suka ni, iaitu Alcatel Onetouch Flash ! 

Siapa yang suka selfie, haaa apa lagi? Korang wajib baca tau entry ni. Kang nyesal kang haaa.. Jangan jeles pula bila tengok uzu pakai henpon ni nanti. Sebab ada niat nak beli dah. Huhu..

Brand Alcatel Onetouch,  smart phone brand dari French yang mana dinobatkan 10 Top Selling  smartphone brand pada tahun 2013. Baru lagi. Tahun lepas.. So dalam banyak-banyak jenama fon yang ada, Alcatel Onetouch termasuk dalam top 10 seiring dengan jenama-jenama lain seperti Samsung, Lenovo, dan banyak lagi.

Alcatel Onetouch ni adalah pencabar kuat smartphone jenama Xiomi, yang mana uzu sendiri pernah tengok henpon ni, memang lebih kurang sama dengan Alcatel Onetouch, iaitu dari segi harga dan ciri-ciri henpon tersebut.

Apa yang uzu baru tahu, Alcatel Onetouch ni telah lama berkerja dengan Orange dan Vodafone. Wahh kenal kan jenama tu? Tipu lah tak kenal? Berlambak Orange kat Malaysia ni dan Vadafone pula, uzu pernah pakai broadband jenama Vadafone dulu so uzu tau sangat pasal both of them ni.

Dengan ciri-ciri dan harga yang sangat berpatutan, Alcatel Onetouch telah menembusi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat yang berkuali tinggi. Wahh hebat sangat Alcatel Onetouch ni. Teruja uzu.. hehe.

Alcatel Onetouch sekarang tengah lancarkan kempen #BEaFlasher kat instagram dan facebook. Uzu pun ada join sekali. Kot-kot dalam henpon kan.

Alcatel Onetouch Flash(Selfie)

Baru je lagi dilancarkan, awal bulan ni iaitu 9 Disember 2014 so boleh dijual sejak 12 Disember 2014
, beberapa minggu lepas. 

Kenapa uzu suggest beli Alcatel Onetouch Flash ni? sebab apa sesuai ngan kaki selfie? Sebab camera belakang 13MP Full HD dan camera depan 5MP. Terangggg sangat. Hihi macam henpon dot dot dot yang uzu guna sekarang. 5MP juga. Tu yang korang  asyik tanya kan, uzu pakai henpon apa? Kan? Hihi. Ramai sangat yang tanya.. Hihi. So Henpon tu sama je ngan yang ni. Tak yah guna Apps Camera 360 dahhh atau guna mode beauty skin. Hihi.

Selain tu, kerjasama Hydraskins buatkan design Alcatel Onetouch Flash tu sangat lawa ! Nipis je. Nak letak kat poket pun boleh.. Meh meh tengok video kat atas. InsyaAllah membantu korang faham tentang Alcatel Onetouch Flash. 

Nak tau lebih lanjut pasal Alcatel Onetouch Flash(Selfie), boleh lah ke laman web ni http://alcatelonetouchflash.com/my/ dan boleh tengok kat kedai telefon berdekatan andaaa ! Hehehe.. Jom lepas penuhkan album gambar selfie korang mengunakan Alcatel Onetouch !!! Pasti jatuh cinta !! Hehehehe.

Tips, Keperluan Dan Kelengkapan Mendaki Gunung Kinabalu

$
0
0
Tips, Keperluan Dan Kelengkapan Mendaki Gunung Kinabalu | As-Salam. Alhamdulillah. Uzu happy sangat-sangat. Sebab apa? Sebab..nama uzu tersenarai dalam pendakian pada bulan April 2015. Pada yang belum tau, nak daki gunung kinabalu bukanlah benda yang senang.. Kena booking 6 bulan sebelum. Untuk kuota semenanjung memang ada beberapa kekosongan tapi untuk sabahan, dah penuh sampai hujung tahun 2015. Pergh? Bayangkan...

So, alhamdulillah uzu berpeluang sekali lagi tawan gunung kinabalu.. Mungkin ada yang dah tau kot uzu pernah daki gunung kinabalu pada October 2013 dan sangat mengecewakanlah waktu tu. Hujan lebat dan angin kuat membuatkan kami hanya sampai ke Laban Rata. Laban Rata ni, dimana tempatnya hostel dan point terakhir untuk ke puncak. Ada 2KM lagi sebelum ke puncak, so 80 % pendakian..So, pihak kat atas tak benarkan sesiapa pun naik.

Dengan pengalaman uzu mendaki dulu, uzu nak share kat korang info-info untuk bakal pendaki yang bakal mendaki gunung kinabalu, apa patut kita buat, benda apa yang nak kena bawa, apa yang patut korang tau, supaya korang selamat sampai ke puncak dan selamat balik.

Keperluan
1Baju Sejuk
1Baju Hujan *Jika hujan
1Sarung Tangan Kalis Air
1Sarung Tangan Tebal
1Sweater *Digunakan di penginapan Laban Rata / Tidur
3TShirt Biasa (Panjang / Pendek)
2 Seluar Panjang
1Kain Sarung*Pilihan untuk dibawa bersolat (muslim)
1Kasut Mendaki
1Selipar *digunakan di Penginapan Laban Rata
2Stokin*
1Skarf / Mafla / Topeng Muka*melindungi leher/kepala/muka ketika sejuk
1Tuala Kecil *digunakan sekiranya anda berpeluh
1Tuala Besar *digunakan jika anda hendak mandi di Laban Rata. Tapi actually tempat tu sejuk sangat so jarang orang mandi. Salin baju je.

Kelengkapan Mendaki
1Tongkat
1Lampu Kepala (Head Lamp)
1Beg Sandang
1Penutup Beg Kalis air *jika hujan
1Beg Pinggang (Porch Bag) *letak Telefon, Kamera, Ubat, Makanan Ringan, dll
1Botol Air 500 ml *Bekalan air sangat penting. Tapi kalau dah habis boleh minum air gunung.
*Ubat-Ubatan *Panadol / Ubat Mabuk/Minyak Gosok/Yoko-Yoko
*Lip Balm*Untuk elak bibir pecah dan sejuk
*Ubat Gigi / Berus Gigi
*Sabun
*Tisu & Tisu Basah*untuk basuh kencing tau dot3 *ehh gitu lak
*Kamera *rakamkan detik ‘perjuangan’ dan pemandangan
*Tongkat Selfie *untuk blogger mcm uzu kena kot :p
*Powerbank *untuk telefon / kamera / dll . Tapi kat situ ada tempat cas
*Beg Plastik *untuk pakaian basah / melindungi barang

Makanan Tambahan Untuk Tenaga
Bawa makanan yang boleh memberikan anda tenaga di sepanjang pendakian. Selalunya uzu bawa kacang dan coklat je. Memang kat situ kena kunyah coklat dan kacang sepanjang jalan. Tenaga..
* Coklat
* Kacang
* Kurma / Kismis
* Glukos
* Biskut
* Buah-Buahan

Persediaan Kecergasan
1. Latihan kecergasan.
2. Latihan Ketahanan Fizikal
Zumba , Poco-poco, berbasikal, turun tangga.

3. Latihan Ketinggian
Makin tinggi gunung yang kita daki, maki susah untuk bernafas. Sebab makin tinggi kita, makin kurang oksigen.. Atau mungkin telinga jadi pekak sekejap. Hehehe. Cara mudah, belajar daki bukit yang berhampiran atau belajar mengawal penafasan waktu korang menari zumba tu.

4. Panjat Gunung/Bukit dan Terus Mendaki
Banyakkan latihan ke bukit atau gunung yang rendah-rendah. Bukit broga tu pun ok. Latihan kecil kena buat kat Broga Hills. Tak pun kat tempat lain...

Stamina kena kuat tau sebelum mendaki. Dulu, uzu mendaki takde pegi joging langsung. Tak buat apa pun. Daki je macam biasa. Tapi bila dah habis mendaki, dah turun dari situ, smapai rumah keesokkan harinya, uzu tak leh jalan selama 4 hari. Dia punya sakit lain macam. Serius ! Tak tipu. So pentingnya stamina. Memang nak daki tanpa stamina, boleh je sampai ke puncak, tapi kesannya lepas tu. So, apa pun, kena ada stamina sebelum mendaki. ok ?


Filem Review : Into The Woods

$
0
0
Filem Review : Into The Woods | As- salam. Perghh lama gila tak tengok wayang. Hahaha tipu je. Uzu sekarang ni sekerhana kerap tengok wayang. Tapii tak update kat blog pun. Tapi hari ni nak update lah! Takde idea katakan. Hihi

Semalam, uzu, Fatin Bella dan our abang sado, Ben Ashaari tengok wayang Into The Woods kat Alamanda. Kami bertiga ni dah banyak kali keluar tengok wayang.. Boleh dikatakan kaki wayang lah ! #ehh
Si kembar kaki wayang.Tak janji pun kami kaler baju hitam kelabu semalam.
Into The Woods ni cerita dia filem macam the hobbit. Filem yang jenis magic-magic. Amboi kemain ayattt pasar. Kahkahkah! Filem ni gabungan beberapa filem animasi. Contohnya ada Rapunzel, Cinderella, Prince Charming, Nenek sihir dan ntah lupa filem apa. Digabungkan dalam 1 filem. Yang bestnya filem ni, jenis musical  . Uzu suka tengok musical film ni. Hehehe.

Best sangat filem semalam. Ada lawak, ada sedih, ada happy dan macam-macam aksi yang buat uzu terhibur. So yang suka filem dari Disneyland tu, haaa korang tengok lah Into The Woods ye ! Uzu bagi 9/10 bintang untuk filem ni ! 

Waterpak Legoland Malaysia Resort

$
0
0
Waterpak Legolad Malaysia | Fuh acara mandi manda memang jadi kegemaran orang ramai termasuklah uzu dah geng-geng blogger #kelabbloggerbenashaari ni. Dah ada waterpark, gila tak mandi? Dah tak peduli kulit jadi negro lepas tu...

Apa yang best kat Waterpak Legoland Malaysia Resort ni? Kalau yang tak tahu, waterpark legoland ni merupakang World Largest Legoland Water Park. Wahhh terbaik ni.. Lepas tu dalam ni ada lebih 13 jenis permainan air dan ada juga cafe serta kedai souvenier.

13 jenis permainan air  tu ialah, Build A Raft River, Imagination Station, Joaker Soaker, Lego Wave Pool, Brick Blaster, Spash & Swirl, Wave Rider, Tidal Tube, Beach Grill, Duplo Splash Safari, Red Rush, Twin Chaser dan Lego Slide Racers.

Seronok kan kalau ada waterpark macam ni.. Ada yang mencabar, ada yang ala kadar, tapi tak sempat nak rasa semua game kat sini.. Masa tersangat suntuk. Kami ada 2 jam je kat waterpark. Fuhhh sedihnya. Serius tak puas rasa kat dalam waterpark tu..

Apa pun, Waterpark kat Legoland Malaysia Resort ni memang terbaikkkk ! Korang yang ada niat nak ke Legoland Malaysia, pastikan datang awal , so korang takde lah tak cukup macam macam kami ni haaaa.. Kelam kabut nak try semua benda.. ok?

Untuk matlumat lanjut boleh ke web Legoland :
Call : +607 597 8888. (Daily, 9.00am - 7.00pm, Malaysia time)
Email : info@LEGOLAND.my

Entry Berkaitan :
Theme Park Legoland Malaysia

Lunch Box Multifunction Sesuai Untuk Diet Atkins

$
0
0
Lunch Box Multifunction Sesuai Untuk Diet Atkins | Salam semua.. Masih ingat tak entry azam tahun baru 2015 uzu ?? Dalam entry tu ada 10 azam . Antara salah satunya, nak kurus. Back to normal size and weight . Huhuhu kedebap uzu duduk s'jung ni tau. Kuat makan ok ! 

Ok so, dengan azam tu, bermula 1hb Januari 2015 uzu start diet atkins. Pada yang tak tahu diet atkins ni, actuallnya tak makan nasi. Hanya makan...

Banyak menu-menu atkins ni, uzu susah sangat nak dapat. Memandangkan uzu ni masih pelajar dan tinggal kat hostel, uzu sangat-sangat menghadapi kesukaran tuk pilih menu atkins. So, uzu cari alternatif lain.. Uzu dapat suggestion dari Kak Sue Izza yang mana pengamal diet atkins juga. She suggest beli Lunch Box Multifunction..
 
Lunch Box Multifunction ni, boleh masak nasi, masak air dan yang penting boleh masa lauk pauk tau ! Lunch Box Multifunction ni kecik je saiznye, so bolehlah bawa pergi ke ofis tau masak kat mana-mana. SO, nak lunch kat ofis pun, ada penjimatan.. 

Fuh, selesai masalah uzu nak masak diet atkins dengan ada Lunch Box Multifunction ni. hehehe. Dah banyak jimat kat sini. Lagiii rasa makin semangat nak kurusss ! Takde alasan lagi lah eh lepas ni nak cari menu lulus atkins. Hehe..

Kakak uzu yang tak diet tu pun minta belikan benda ni. Dia kata nak bawak ke ofis. Haa kan jimat ? Yang tak diet pun boleh je guna. Hehe..

Uzu beli Lunch Box Multifunction ni kat http://www.store4online.my/, kat Lazada pun ada. Uzu beli RM49 je. Murah kan? Hehehe sebab dia murah lah uzu beli. Lepas tu, supriseeee sebab dapat kaler Pinkkk koooo ! hahaha lagi terlonjak riang uzu. Ok lah. Tu je. Nak buat kejeee. Salam !

Resepi Salad Buah Simple Dan Sedap

$
0
0
Resepi Salad Buah Simple Dan Sedap | As-salam. Alhamdulillah menjadi juga salad buah untuk gathering #kelabbloggerbenashaari semalam di kediaman Abg Ben. Tema potluck so masing-masing kena lah bawa makanan sendiri kan.

Menu simple salad buah dihidangkan sebagai pencuci mulut. Tak pernah buat salad buah ni. Tapi jadi favourite juga dulu kala. Tu yang gagah nak buat..
Bahan-bahan
- Buah-buahan (oren, epal hijau dan merah, strawberry dan kiwi)
- Mayonis sos salad buah-buahan
- Yogurt Nestle Original
- Salad
- Lada hitam
Potong dadu buah-buah tu. Ambik bekas, letakkan terlebih dahulu mayonis, yogurt dan lada hitam sikit . Sebatikan. Lepas tu baru masukkan kesemua buah-buah yang dipotong tadi ke dalam bekas dan gaul sehingga rata.
Yeahh siap juga. Walaupun simple dan first time buat ..dapat pujian sedap, "pandai uzu buat" bak kata kak D'Laila. Abg ben, kak zila his wife pun kata sedap dan semualah kat situ kata sedap. Yeahhhh mission berjaya. Ok bai.. Salam..

Mini Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari

$
0
0
Mini Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari |  Yeahhh alhamdulillah jadi juga sesi potluck KBBA ni kat rumah Abg Ben. Actually dah setahun dah rancang nak BBQ kat rumah Abg Ben , waktu Zahra tak lahir lagi. Tangguh punya tangguh,akhirnya.. jadi juga BBQ tu. tapi takde lah BBQ sangat. Buat sesi potluck je.
Actually kalau ikutkan list yang datang, ramai.. tapi last minit ramai yang cansel. So, nak tak nak kena teruskan juga. Yelahhhh dah plan cun cun nak buat kan. Tak best lah nak cansel last minit..
Alhamdulillah acara kami went well.. Berborak santai sambil menboncetkan perut. Fuhhh memandangkan banyak lauk pauk yang menyelerakan, so uzu pun berehat diet atkins 2 hari. Tak nak rugi menikmati kenikmatan bersantai bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. We are family ! We love each other ! Aumm..

Thank you yang sudi datang, tuk kak D'Laila Corner juga, owner Mee Udang yang sedap tu juga memeriahkan mini gathering KBBA dan datang bawa 2 menu yang sangatttttt sedap ! Sampai tambah 2 3 kali ok ! Hihi tq kak Laila. Muahciked! 

Next trip KBBA, insyaAllah akan konvoi ke Terengganu bulan februari sebab ada geng KBBA kahwin bulan depan ! Tak sabarrrrrr ! 
Viewing all 2516 articles
Browse latest View live