Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all 2516 articles
Browse latest View live

Dragon Blade Movie Paling The Best Tahun 2015 !

$
0
0
Dragon Blade Movie Paling The Best Tahun 2015 ! | As-salam. Korang dah tengok tak movie ni? Hurm mula-mula ingat movie Dragon Blade ni macam cerita Jackie Chan yang lain, movie aksi, aduh-gaduh tapi movie ni lain dari yang lain..

Uzu tengok poster gambar Jackin Chan ni, dalam hati kata.."arghhhh cerita apa yang aku tengok ni".. Abg Ben Ashaari yang suggest tengok cerita ni..Haha.. Mesti tak best. Tapi layan juga.. Lama kelamaan dah faham dan rasa enjoy tengok movie ni.

Movie ni lebih kepada sejarah dulu-dulu tapi dilakonkan dengan cara yang sangat menarik ! Kita ni.. bila dengar bab sejarah dulu-dulu, konfem boring kan? Haaa yang ni tak.... siyes best!
Sampai nak nangis rasa tengok movie ni.. Berair mata uzu.. sobsobsobs .Sebak ada, happy ada, excited ada, dan banyak unsur-unsur positif yang buat kita rasa, wowww terharu sangat !

Haaa kalau uzu membebel pun korang tak faham. Lebih baik korang tengok sendiri ! Ni kalau tiket jual RM50 1 tiket pun uzu snaggup beli tau takkk? Berbaloi sangat2..

Uzu bagi 5/5 bintang !


Hadiah Istimewa Untuk Diri Sendiri Dari Lamido !

$
0
0
Hadiah Istimewa Untuk Diri Sendiri Dari Lamido ! | As-salam..  Rasanya dah hampir 3 bulan jam kesayangan uzu hilang. Sedih tau.. Dah 3 tahun pakai jam tu.. Cari punya cari.. tak jumpa. Akhirnya... beli jam baru..

Nak cari jam baru pun extend punya lama.. Sebab uzu busy kerja. Tak sempat nak keluar p cari jam baru..Orang buzy macam uzu ni beli sesuai beli online je..

Servay punya servay.. uzu berkenan dengan jam casio ni .. design dia cun je. Jam yang mengikut bajet uzu. hihi. Nak beli mahal2.. Tak mampu nak beli mahal2.. krik krik krik je.. So uzu berkenan jam kat Lamido
Huhu. Harga jam ni RM149. Tak masuk pos. Pos RM8 so total RM157 .. So bila dah confirm order tu, uzu tunggu dalam seminggu baru sampai ! Ok lah kan... Janji sampai dengan selamat. Bila buka je parcel.. Perghhhh......lagi cun melecun dari dalam gambar!! Kualiti? The best kualiti..tali dia keras. Leather kan.. huhu. uzu puas hati hehehe.. siyes ni...tak tipu..
1st time beli kat Lamido terus rasa puas hati... Servis dia uzu bagi 4/5 bintang ! Huhu.. Lamido ni macam Lazada,Groupon.. so bukan setakat jam je ada jual kat situ, macam2 barang/produk boleh.. 

Thanks Lamido for your good service ! Lepas ni konfem uzu dah tak pandang Lazada dah. Hahaha nak tukar angin lak ! Lagipun banyak barang murah best2! Lepas ni nak beli lagi lah kat Lamido !

Dah jam 5.50 petang ! Uzu nak balik. By3 korang. Salam..

Fuh !! Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge Memang Terbaik !!

$
0
0
Fuh !! Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge Memang Terbaik !! | As-salam. Pagi tadi jam 12 pagi, uzu dijemput ke event live streaming launching handphone baru dari Samsung di Threatre Lounge Cafe, Plaza Damas 3 Sri Hartamas.. !st time datang event jam 12-4 pagi.. Apa pun, thanks Samsung Malaysia for the invited!! Huhu.. Pengalaman baru tengok live launching khas dari Barcelona !

Event  Samsung Galaxy Unpacked 2015 Live  Viewing  Party di mulakan dengan opening speech by Luke Au, Head of product Marketing , Mobile Division, Samsung Malaysia Electronics.
Persembahan tarian ala-ala kat Barcelona dipersembahakan... Suasana event semalam memang macam feel kat Barcelona walhal kat Lounge Cafe je. Hihi.. Terbaik event2 macam ni kan.. hihi..
Tepat jam 1 pagi.. Bermulalah live viewing khas disambungkan dari Barcelona untuk para media/blogger.. Dengan rasminya, Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge akan berada di pasaran bulan April nanti.. hihi..
Lepas habis tengok live viewing ni, kesimpulannya, Samsung ada 2 jenis hp keluaran baru.. Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge.

Design dua2 model ni cun sangat! Uzu tengok sendiri boleh jatuh hati.. Camera belakang 16MP  dan front camera 5MP . Huuu terang sangat nak selfie lepas ni..
Yang menariknya, both phone ni just ambik masa 10min ja tuk full charging ! Haaa cepat tak? Cepat tak ? Fon ni jenis fast charging tau.. Bukan tu je.. boleh cas thru wifi charger pad...  Banyak lagi ciri2 yang diupgrade dan jadikan fon ni terbaik sepanjang sejarah samsung.. 

Pengalaman tengok live launching adalah pengalaman uzu yang pertama dalam dunia blogging ! Uzu bangga sangat-sangat sebab uzu dapat tengok dan pegang sendiri, rasa sendiri both fon yang soooooo great !! hurmm like... seriouslyyy.. sangat awesome ! Kat Malaysia ni, kami ler orang pertama pegang both fon tu tau ! Haaaaa best tak? korang jeles tak?  Pengalaman yg tak akan uzu lupakan...

Lagipun kan.. sebagai seorang blogger yang aktif, bila ada event2 tu, of coz lah kena ambik gambar kan? Haaa kalau tak ambik gambar.. means bukan blogger lah namanye.. Betul tak?? hihihihi.. So, bagi uzu, camera memainkan peranan penting tuk blogger.. Tak yah nak usung DSLR yang berat tu, fon Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge camera memang cun giler.. hihi....

Lagi 1 ... Sekarang ni, powerbank dah macam perkara penting tuk kita usung ke sana ke sini, tapi powerbank ni agak berat juga lah.. Hehehehe.. So dengan adanya wireless charging ni, kita tak perlu cas di satu tempat lagi.. Hehe .. Kita leh ke situu ke siniii sambil charging.. In case lah kalau kat rumah pun, letak ler wireless charging kat ruang tamu tapi boleh bawah fon dan cas kat dapur sambil memasak. Hahaha. Tak ke mudah mcm tu ?? Memang awesone teknologi sekarang...

Harga? Harga belum diumumkan lagi. Hehe apa pun, once info dah dapat, uzu akan update semula ! !! Hurmm uzu baru beli Note 4 ni, tergoda dah dengan dua2 Samsung ni.. Harap-harap samsung bagi phone tu free kat uzu.. Hahaha... berkenan sgt kat fon tu.. Walhal baru je beli Note 4.. huhu sedih..

So kalau nak dapatkan Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge korang tunggu ye .. uzu akan update semula bila fon tu akan keluar. Bawah bertenang dan bersabar ye :) Huhu k bye Salam.

Buat Aduan Masalah Telekomunikasi/Media Anda Di CFM

$
0
0

Buat Aduan Masalah Telekomunikasi/Media Anda Di CFM | As-salam. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu CFM ! CFM ni stands for Consumer Forum of Malaysia. Maksudnya Forum Pengguna Malaysia. Haaa nak kena ayat orang Melayu baru faham. kehkehkeh..

Ok lah , ni Uzu nak explain sikit apa itu CFM..
  • Menyediakan   saluran   tambahan   untuk   aduan   susulan,   mengendali pertikaian dan rungutan yang tidak dapat diselesaikan oleh pembekal perkhidmatan.
  • Memberikan cadangan (bergantung kepada situasi)
  • Menggalakkan pengguna untuk mengamalkan kawal selia kendiri (pemantuan)
  • Menjalankan kempen kesedaran mengenai hak-hak pengguna.
  • Membangunkan kod-kod pengguna untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap mutu yang memuaskan.
In case lah korang ada masalah bil fon cas mahal, internet cepat habis kuota, takde line fon ke, haaa korang kena buat aduan dulu kat pembekal perkhidmatan. Contohnya kalau rumah korang takde line Digi, haa kena lah buat aduan ke Digi dulu, kalau takde respon, dah berkali2 buat aduan pun masih takde maklum balas, baru korang boleh buat aduan kat CFM.

Perkhidmatan CFM
CFM ada beberapa saluran, di mana pengguna boleh akses portal mereka di www.aduan.cfm.org.my. Kelebihan menggunakan portal ini ialah pengguna boleh memeriksa status aduan mereka pada bila-bila masa. Pengguna juga boleh  menghubungi mereka di 1-800-18-2222 atau  emel  terus ke aduan@cfm.org.my. Pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai info dan tips tentang industri komunikasi dan multimedia di portal mereka iaitu www.infokonsumer.my .

Jenis- Jenis  aduan yang korang boleh laporkan kepada CFM
  • Pertikaian bil dan caj, caj yang tidak dilanggan/digunakan, caj yang tidak betul
  • Kualiti liputan tidak memuaskan seperti kelajuan internet yang perlahan, panggilan terputus, tiada liputan atau liputan tidak memuaskan
  • Lain-lain seperti SMS, promosi/iklan yang mengelirukan, data peribadi digunakan untuk melanggan atau mendaftar perkhidmatan
  • Ini adalah untuk semua perkhidmatan Komunikasi & Multimedia seperti telefon talian tetap dan telefon mudah alih, internet, TV berbayar, TV biasa, radio, SMS
Terdapat 5 aduan yang kerap dilaporkan pengguna
1. Bil dan caj (1,828 kes)
Caj perantauan atau roaming
  • Pengadu biasanya menyatakan mereka kurang maklumat tentang caj perantauan sebelum mereka meninggalkan negara @ ketika berada di luar Negara .
  • Caj perantauan antarabangsa yang terlalu tinggi adalah perkara yang tidak diambil berat oleh kedua-dua pihak pengguna dan pembekal perkhidmatan .
  • Untuk perantauan mel suara, pengguna tidak peka yang mana mereka perlu menyahaktifkan sistem mel suara apabila di luar negara untuk mengelakkan dicaj sebagai panggilan dari luar Negara .
2. Kualiti Perkhidmatan (2,678 kes)
  • Pengadu menyatakan kesukaran untuk menghubungi nombor perkhidmatan pelanggan .Pengadu pernah membuat aduan kepada pembekal perkhidmatan tetapi pembekal tidak menyelesaikan aduan .
  • Keputusan yang dijanjikan tidak berlaku dan pembekal perkhidmatan gagal memberikan pampasan/resolusi yang memuaskan .
3. Kualiti Liputan (717 kes)
  • Pengadu banyak mengadu tentang isu berkaitan kelajuan internet/sambungan, perkhidmatan tergendala, pemasangan & pengaktifan .
  • Aduan berkaitan dengan sambungan internet dan perkhidmatan tergendala .
  • Disebabkan kemungkinan liputan tidak dapat menampung jumlah pengguna yang menggunakan perkhidmatan .
  • Aduan berkenaan kelajuan yang kurang memuaskan ataupun sambungan yang sering terputus .
4. SMS (511 kes)
  • Aduan banyak tertumpu kepada penolakan kredit apabila mendapat SMS spam atau SMS yang tidak dilanggan .
  • Nombor kod pendek (shortcode¬) yang mengelirukan pengguna; sama ada daripada pembekal perkhidmatan atau syarikat aplikasi telefon .
5. Promosi Tidak Benar (256 kes)
  • Maklumat yang tidak tepat diberikan berkenaan dengan pakej perkhidmatan dan kadar caj yang menyebabkan kesilapan apabila mendaftar .
  • Maklumat di dalam iklan tidak jelas. Contoh, pengguna boleh menikmati kelajuan internet pada had tertentu tanpa diberitahu sebarang penafian .
Untuk mengetahui tips-tips berguna berkenaan telekomunikasi, pengguna juga boleh ke portal CFM iaitu www.cfm.org.my

Website aduan CFM : www.complaint.cfm.org.my

Oh ya! Uzu nak bagitau. Sekarang CFM sedang jalankan contest tau.. Nama contest tu "Name the CFM Mascot & Win”. .. 

Hadiahnya adalah Iphone 6, Ipad Mini, Ipad Mini 3 dan hadiah mingguan! Contest ini bermula 2 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015. Senang sahaja nak menang. Hanya perlu beri nama yang unik dengan cara yang kreatif! Tak kisah la dalam bentuk pantun ke, seloka ke, gambar ke. Janji unik dan kreatif! Hantarkan penyertaan anda di SINI.


Kenapa Uzu Boikot Maybank?

$
0
0
Kenapa Uzu Boikot Maybank? | As-salam. Rasanya kes ni dari bulan lalu lagi.. Lama nak update benda ni tapi uzu nak bagi setel dulu dengan Maybank, apa cerrr kan tetiba je problem.

Nak tau tak apa problem?? Nak tau tak problem apa yang uzu sampai naik angin ? Nak tau tak problem apa sampai uzu nak boikot Maybank ?? ok ok korang leh baca ni..
Memang stress tau uzu ... bayangkan ... Lepas keje, ingat nak isi minyak kereta sebab keta uzu dah kelip-kelip dah....So memandangkan kebetulan cash habis, nak p keluarkan duit lah kat ATM...uzu singgahlah Petronas tuk isi minyak dan keluarkan duit dulu kat ATM.. Waktu nak ambik duit tu, bila uzu tekan amount dot dot dot, terus card kena reject. Pastu dia kata " baki tak mencukupi" .. eh biar betul kan? So uzu try sekali lagi.... pun tak boleh..

Hurm malas nak try lagi, uzu p bank lain.. Try untuk kali terakhir hari tu... huhu tak boleh juga.. Sedih tak? Dah kenapa Maybank uzu ni kan.. ohhhhh uzu mungkin maybank tengah problem kot atau tgh upgrade system.. Tapi pelik juga.. Kawan2 uzu yang lain, ok je takde masalah.. 

Lepas tu uzu try cek online.. Betul ke takde baki? Tapi bila cek... ada je baki uzu dalam tu. Pelik juga ... hurmm uzu rasa stress sebab takde duit ... sedih tak? duit semua dalam tu.. duit job semua masuk kat situ.. duit kat CIMB jarang uzu guna.. sebab takde cimbcliks.. Uzu cuba hari2 tauuu cek dan try keluarkan duit.. Takleh.. :(

Bila uzu tnya kawan-kawan  pasal hal ni, kemungkinan kena sekat sebab banyak duit keluar masuk.. ok yang tu tak dinafikanlah.. banyak duit masuk, banyak juga duit keluar.. Pastu akak tu suggest, tukar saving account ke current account..akak tu kata, "ko berniaga ke dik? orang berniaga ni takleh guna saving account" ..uzu pun tukar lah.. nak try kan.. kot2 betul kan.. tapi takleh gak..

Uzu pun try call customer services. Bagitau lah masalah ni semua... Penat dialing sampai berkali-kali call, last-last bila dah dapat call.. kena suh rujuk Maybank berdekatan.. ok fine. Habis kredit.. Bertabahalah hati...

Maybank berdekatan uzu kat Bandar Baru Bangi.. so masa lunch tu, uzu pegi lah.. Dengan harapan masalah setel hari tu jugak.. Tapi bila datang kat situ, dia suh call Branch Maybank kat mana uzu buat Maybank dulu..Aik? Main tolak tolak pulak ni.. Kejap suh p maybank berdekatan.. kejap suh p call maybank putatan.. ok fine. dengan hati yang tahan marah, uzu call Maybank Putatan.

Nak sambung talian pun bz amat. Lagu je uzu dengar .. huhu ingat lagu tu boleh mengurangkan rasa marah ni? Fuh.. lamanya nak angkat. Bila dah angkat, bagitau masalah apa2.. dia kata , dia akan cek sebab kena sekat. ok fine. lega..

Maybank Putatan call semula.. Dia tanya " pernah p Terengganu tak?" uzu jawab.. "Tak pernah" .. pastu abg tu pelik.. dia kata "Saya pun tak tahu kenapa Maybank ko kena sekat.. yang sekat tu Maybank Terengganu" ..Aik? uzu pun pelik.. tak pernah jejak lagi Terengganu... ok dia kata akan call lagi ..

Esoknya pulak, ada pihak Maybank call.. Macam-macam dia tnya.. lupa dah.. Yang penting dia kata, diorang detect unknown masukkan duit ke acc uzu.. uzu pelik.. sapa pulak nak masukkan duit ni? uzu syak, orang2 nak review kat blog uzu yang masukkan duit. Ye lah.. apa ciri2 duit tu dari unknown? apa beza client uzu bank in duit dengan unkwon tu masukkan duit ? Tak faham betul lah.. Kalau hacker pun, tak kan lah nak masukkan RM100.. apasal lah tak masukkan RMsejutaa ke.. setakat RM100, tak kan hacker nak bersusah payah hacker tuk pindah duit RM100? huhu ..

ok orang Maybank kata, kalau betul duit RM100 tu duit uzu.. uzu kena buktikan dan report polis. Tapi.. bila uzu tanya, bila tarikh duit tu masuk? Dia cakap.. tahun lalu.. awal MAC 2014 .. eheleeee kes tahun lalu baru nak detect sekarang ke? Kenapa tak detect awal2.?? Kenapa mesti detect FEB 2015 ? Macam mana uzu nak tau sapa yang bank in kan waktu tu? dah lah duit masuk masuk masuk kan.. ok kalau bukan duit uzu.. uzu kena bagitau pihak Maybank yang duit tu bukan duit uzu dan Maybank akan tolak duit tu dalam acc..

Tak kan sebab RM100 uzu nak buat report dan jenuhkan diri cari sapa yang bank in? haaa memang tak lah.. biarkan lah burn macam tu je.. sedih tak? gara-gara RM100 tu Maybank uzu kena sekat..Lama pulak tu...

Waktu yang sama, kawan uzu sendiri, hilang duit RM700+ . Kes sama macam uzu.. Dia pun tak faham sebab apa.. Orang nak guna duit kot, tetiba takde duit dalam tu... Dan ada beberapa orang lah yang kena macam tu..

Huhhh bengang juga dengan Maybank.. Tapi alhamdulillah.. dah setel dah.. Dah boleh ambik duit dalam Maybank/..Bengang tu sekejap je.. Sebab nak benggang lama-lama dengan Maybank ni pun susah juga sebab uzu memang selesa guna Maybank.. 

Ada tak sesiapa kena benda sama ?? Kalau ada, sila tabahkan hati eh. hihi. ok dah terluah jiwa dan raga. Panjang lah pulak uzu taip.. Terima kasih sudi baca.. Salam..




Kali Kedua Ke Street Art Atmosphere Seri Kembangan !

$
0
0
Kali Kedua Ke Street Art Atmosphere Seri Kembangan ! | Salam. Minggu lalu berkesempatan sekali lagi ke street art seri kembangan kat atsmosphere . Kebetulan uzu p hantar kakak uzu khusus kat situ so... nak dijadikan cerita.....kami ter-sampai awal lak.. Apa lagi...... jejalan lah bergambar dulu kat street art.. huhuhuhu.. Jom layan gambar.....
Kalau yang tak tahu lagi, streert art ni kat Atsmosphere Seri Kembangan, so kala nak p situ boleh waze je, konfem sampai. Bila sampai situ, tanya lah pak guard tu kat mana street art.. Dia akan tunjuk tingkat atas.. Tapi kat tingkat bawah pun ada juga maybe baru buat kot. Ada ler beberapa art kat situ.. hihi..Pandai2 lah korang cari.. Huhuhu ok bai............. salam...^^v

p/s : Jom baca entry uzu yang lalu, Street Art Seri Kembangan yang dulu uzu pegi .. Hihihi


What?? Seriously ?? Keluarkan Duit Kat ATM Pun Dikenakan GST ??

$
0
0
What?? Seriously ?? Keluarkan Duit Kat ATM Pun Dikenakan GST ?? |  Salam. Terasa benggang bila uzu terjumpa gambar kat atas ni... Betul ke tak kenyaataan yang dikeluarkan atau ni gambar edit je?? Tak ! Tak edit.. uzu sendiri ada resit cimb ni...

Tapi dengar cerita, kena cas GST ni kalau kita keluarkan duit dari bank lain, contoh CIMB - MAYBANK .. Haaa baru kena cas.. Tapi kalau CIMB-CIMB tak kena cas... Huhu lega sikit kat situ.. So lepas ni, kurangkan ambik duit kat bank lain yer kalau tak nak kena GST .. ok ? Huhu ..Salam

Alhamdulillah..Dapat Tawaran Menjadi Duta !

$
0
0
Alhamdulillah..Dapat Tawaran Menjadi Duta ! | Salam.. Ni haaa baru nak cerita.. Berkaitan dengan tawaran jadi duta.. Huhuhu duta? Uzu jadi duta? Mesti ramai yang tak percaya.. termasuk uzu..

Uzu dapat email tu last week rasanya.. Alhamdulillah... Bila dapat email " do u interested to be DUTA of dot dot dot ?" terus rasa... biar betul kan?? Haaaa teruja dan happy tau ! Terus update status kat fb... Hehehehe
Mesti ramai yang nak tau kat , uzu jadi DUTA product apa? Hahahaa.. uzu tak boleh bagitau lagi sebab uzu baru terima dan tengah dalam proses perbincangan lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada lah gambar uzu dengan product tu.. Kalau takde...insyaAllah rezeki lain pasti muncul.. Hehehe..

Walaubagaimanapun, doakan uzu murah rezeki ye ..Doa yang baik2 je tauu ! Hehehe.. Sayanggg korang semua... Once dah confirm betul-betul, dah shoot semua bagai, uzu akan bagitau product apa.. Nantikan next update ye ! Salam... ^^v

Taknak ucap Tahniah ke ?



Video-Shooting Bersama Ben Ashaari Untuk Cosmoderm !

$
0
0
Video-Shooting Bersama Ben Ashaari Untuk Cosmoderm ! | As-Salam. Sepagi sabtu yang busy.. Uzu pepagi lagi ada event kat Uniten, ada opening day.. Lepas tu rushing untuk video-shooting kat pejabat Cosmoderm.. Nasib baik kak Ruby lepaskan uzu awal..Kalau tak..?? nangis tepi bucu katil.. hihi.. 

Untuk video-shoot, ni pengalaman kali ke-2 uzu video-shoot.. Sebelum ni, ada video-shoot bersama Philip.. Huhuhuhu nasib baik tadi tak ketar lutut macam hari tu. Ni selamber je tapi.... masih kekok actually. Hehe...
Uzu tak pernah pakai tudung jenis lycra ni.. Uzu tak sesuai pakai.. Muka uzu lawa pakai cotton je.. hihi... Betul.. tapi tadi ter-paksa pakai shawl instant ala-ala neelofar ni sebab tak sempat nak cari tudung plain lain... sedih tak? Muka jadi bulat... huwarghhhhhhhhhhhh tak suka tengok muka bulat !

Dalam video ni muka uzu jadi bulat.. Huwarghhhh...sedih.. hihihi..Sapa suruh pakai tdung ni kan? salah sapa sebenarnya? Salah sendiri juga.. Dah rasa macam ustazah lak pakai tdung ni. Huhuhu..

Nak tau tak uzu dan abg ben shoot video apa? Nantikan ...........  Salam :)

Al-Fatihah Buat Pelakon Harum Salim Bachik

$
0
0
Al-Fatihah Buat Pelakon Harum Salim Bachik | As.Salam. Kita baru dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi seniman tanah air, Harum Salim Bachik yang telah menghembuskan nafas terakhir beberapa minit lalu..

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Takziah diucapkan buat keluarga dan AL-FATIHAH.


Benci Dengan Blogger Kuat Politik Ni....

$
0
0
Benci Dengan Blogger Kuat Politik Ni.... | Salam.. Takde angin takde ribut... tetiba dapat komen kat chatbox... Komen menyakitkan hati.. Eh...... takde lah sakit hati tapi... lawak je.. Lawak sampai tergelak-gelak berdekah-dekah sampai terhantuk kepala kat tepi bucu katil... 

Zaman mengundi dah habis dah cik anon busuk hati,..tapi masih ada isu blogger kuat politik? Macam lawak je .... Hahaha.. Bila masa pulak uzu kuat politik? Kah kah kah.. Kesian anon ni takde keje kan? memang anon ni busuk hati. Huhu ini zaman canggihlah.. boleh detect IP chat box ni... Kesian anon kebosanan ni.. Meh la lepakkk weiii sesama.. Kita layan mee udang D'laila Corner ! Lagi faedah !!


Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

$
0
0
As-Salam

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015

Syarat-syarat :

1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih .

2. Follow blog  : 
Emas Putih  , Zul Azizi , Typical Mommy, Syira Lokman , Cik Imm , Syiera Budak Sepet, Yaya Natsumi , Fuza Musa , Ida Baharum .


3. Follow ig :

4 Like Fanpage :


5. Follow Twitter :

6. Copy paste code dibawah dan pastekan ke ruangan html anda.

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih ni disponser oleh Emas Putih  , Zul Azizi Typical MommySyira Lokman , Cik Imm , Syiera Budak SepetYaya Natsumi , Azaniss , Fuza Musa dan Ida Baharum .


Pabila Gadis Misteri Ketuk Pintu Jam 1.15 Pagi ! Kes Nak Pukau Ke?

$
0
0
Pabila Gadis Misteri Ketuk Pintu Jam 1.15 Pagi ! Kes Nak Pukau Ke?! | Al kisahnya semalam uzu lepas keluar makan ngan kak ty, uzu terus lah nak tido..Ye lah badan tak sihat sangat. Demam suku cam tu... Kejap demam kejap tak.. Lepas tu, dah mengantuk sangat.. uzu tidoo...



Tiba-tiba....




Bunyi pintu diketuk kuat.. "dukkk dukkk dukkkk dukkk"




Huh...Sapa lak yang ketuk pintu ni.. Dalam keadaan yang mamai baru bangun tido... gagah juga bukak mata.. bingit telinga! pintu kena ketuk macam ada kebakaran lak.. kuat sangat...uzu terpaksa bangun juga.. Sakit hati betul lah sapa lah yang ganggu uzu waktu tido ni..

Dalam keadaan malas nak bangun tu, sempat juga fikir dan buat uzu tertanya-tanya..sapa pulak yang ketuk? Kawan-kawan uzu dha balik dah... Bebudak hostel ni 98%  balik rumah tau sebab cuti sem.. Yang tinggal hanya budak praktikal dan foreigner.. 

Bila bukak pintu.. Nampak student india.. Aish apahal india ni? Nak ape pepagi ? Terkejut jugak.. Tapi tak pe lah.. Layan kan aje...Kot-kot dia ada emergency kan..

Student india : you ada fon tak?

Uzu : ada

Student india : nak pinjam boleh?

Uzu : pinjam? tuk apa? *blur*

Student india : i nak pinjam kredit 

Uzu : i takde kredit lah *ehelehh dalam hati kemain cuak dah*

Student india : yang lain? u sorang ke?

Uzu : ha ah sorang .. sambil bagi dia jenguk bilik..

Student india : ok lah .. takpe....

Fuhhh terus uzu tutup pintu.. Takut sangat wei.. Dupdap jantung uzu bergerak kuat. Huh..Waktu nak bercakap dengan dia tu pun, uzu elakkan dari tengok mata dia tu.. Tau tau je lah kes pukau berleluasa sekarang ni.. Uzu on the spot teringat kes pukau yang banyak berlaku sekarang ni.. Kes nak pukau ke semalam? Tau dia memang betul2 takde kredit? Huh... Ish nauzubillahiminzaliq.. Semoga Allah lindungi uzu dari benda-benda yang buruk berlaku... Amin


Majlis Akad Nikah Sepupu Tersayang Siti Nur Aidah Tarip & Mohd Arzol

$
0
0
Majlis Akad Nikah Sepupu Tersayang Siti Nur Aidah Tarip & Mohd Arzol  | As-Salam. Yes ini lah reason utama uzu balik ke Sabah setelah hampir 7 bulan tak balik Sabah disebabkan kekangan masa yang padat dengan kerja dan event-event dan job blogging. Fuh..Bajet retis nak sibuk. Haha! So... ni wedding cousin paling rapat sekali.. Dia ni lah cousin yang uzu cerita dalam entry "wei, lusa aku tunang!" yang telah dapat 2000views.. Yang kononnya ingat uzu yang bertunang.. kah!
Alhamdulillah lepas bertunang dalam 5 bulan, kazen uzu ni dah pun selamat diijabkabul kelmarin. di petang jumaat yang penuh berkat 13.03.15 dengan pasangannya Mohd Arzol Rahaban di Kg Talon Bongawan pada jam 14.23 petang..  Abah lagi neves dari pengantin ni.. Hahaha.. Lawak bila mengenangkan bila Abah as a wali salah sebut nama lelaki. hahaha.... Rilekss abahh rileksss...
Seperti biasa, sapa-sapa je kahwin, kazen uzu ke, BFF uzu ke, Kakak uzu ke..mesti uzu yang excited lebih... Hahaha well... nak menumpang perasaan happy yang tak terbelah bagi ni...Orang-orang yang kita sayang dah pun berada di tahap kebahagian yang  mereka tunggu selama ni.. Huhuhu penat tukar boyfriend sampai 20x rupanya jodohnya di tempat kerjanya .. huhuhuhuhu.. *tipu je bab 20x tu*
Dan.. seperti biasa.. Bila di majlis kahwin, konfem lah makcik pakcik sepupu sepapat saudara mara kan tanya... "kau bila lagi?" ... ahhhhhh suda.. Nak lari pun tak leh... Kalau diikutkan, memang turn uzu lagi ni kena tunggu ni. Hahaha...Takpe lah.. Belum seru datang. Hehe.. Uzu kan masih study.. *adakahitualasan?* .. Dahulukan adik uzu yang insyaAllah bakal bertunang raya ni..Siapa lagi nak langgar bendul pun silakan.. Hahaha...Orang yang sambung study ni memang kahwin lewat sikit. Eh!
Sekali lagi.. alhamdulillah sebab majlis berjalan dengan lancar.. Malam ni pula ada majlis berinai dan bergambus. Well, kalau perkahwinan orang-orang brunei ni memang ada majlis berinai atau pun majlis berbadak nye orang brunei... Kah! Pekat sangat bruneinya... Huhu..

Yeahhhhhh ter-Update juga blog tuk hari ni! Yeahhhhhh.. Hehehe... Beta nak mengundurkan diri. . Beta nak mandi.. Nak ambik adik kesayangan beta di Menumbuk.(Sempadan Sabah-Labuan) Ketemu lagi next entry ye...Salam... :)


Product Review : Product Kecantikan BelleWave Malaysia

$
0
0
Product Review : Product Kecantikan BelleWave Malaysia | Salam semua. Selamat petang.. Dah petang baru nak update blog ye.. Selalunya pepagi dah publish tapi busy sikit kat ofis .. Lagipun penat tak hilang lagi.. Huhu.. 

Ni nak tanya ni.. Pernah dengar tak product BelleWave? Actually uzu pun 1st time dengar product ni.. Memula sampai product ni kat ofis, terkejut tauu ! Sebab harga dia sangattt mahall.. Product kat atas ni kesemuanya bernilai RM840 .. Pergh... Tapi memahal ni, berkesan ke? Product mahal tapi tak berkesan pun tak berbaloi kan ?? so.... uzu pun kena try sendiri....

Sebelum tu, nak citer ni.... BelleWave actualyy dah ada kat Malaysia ni dah 15 tahun tau! Maafler, uzu baru tau.. Hehe haaaa means kalau macam tu.. BelleWave ni product yang boleh percaya.. BelleWave dia perbuat dari Swistzealand dan bebas dari minyak botani dannn yang paling penting isssssss NO animal test !

Kalau nak kulit muka cantik mulus macam Siti Nurhaliza tu, kena rajin ! Rajin basuh muka dengan rawatan-rawatan bersama product yang bersesuaian seperti BelleWave ni... Rasa macam muka kena spa tauu.. Haa jangan memain.... So nak cantik kan? Mestilah rajin basuh muka dengan cara dan rajin bua rawatan-rawatan muka dengan cara yang betul... So, uzu nak ajar korang cara betul cuci muka dengan product BelleWave ni..

Step 1 : CLEARWAVE DEEP CLEANSING MILK
Memula, pakai lah pencuci yang best sebab diperbuat daripada susu ni.. Deep cleansing milk membersihkan muka kita dan mencegah jerawat. Pastu, boleh hilangkan kekotoran macam...minyak kat muka atau pun make up. Pakailah Deep cleansing milk ni pagi dan malam...konfem muka smooth gitu..

Step 2 : CLEARWAVE DE-BAC WASHING FOAM
Lepas cuci muka, apply pulak Clearwave De-Bac Washing Foam.. Kadang-kadang tu kan, dengan pencuci muka tak bersih sangat kan, so... Clearwave De-Bac Washing Foam ni mengeluarkan kotoran kat liang-liang roma . Apply setiap pagi dan malam..Urut lembut foam ni kat muka dan bilas dengan air suam.!

Step 3 : CLEARWAVE DE-BAC ASTRINGENT LOTION
Yang ni pulak losyen tuk anti kuman.. Liang-liang tersumbat tu leh lah guna lotion ni.. Pastu berfungsi juga mengurangkan bintik-bintik hitam dan cacat cela, mengetatkan liang-liang dan melegakan kulit muka.. Cara pakai.. Ambik kapas, letak lotion dan sapukan ke muka sehingga ke leher . buat setiap pagi dan petang ..
 

Step 4 : COMEDONE REPAIR ACTIVIST
Ni pulak tuk yang ada bintik-bintik hitam atau pun white heads . Yang ada jerawat kat muka tu, ce try letak yang ni.. konfem hilang keesokkan harinya. Hehehe.. Caranya, letak kat mana-mana bahagian yang ada jerawat dan disyorkan di bahagian T zon pada tiap pagi atau petang.
 

Step 5 : SUNWAVE UV EXTRA DNA DE-TOX UV BLOCK (WHITE) (SPF 45 / PA+++)
Yang ni macam sunblock .. Dah try.. best pakai.. Berkesan. Tak hitam muka.. Apply je kat muka .. Setiap hari pun boleh.. Yang kerta kat site tu sesuai lah pakai.. Hehe.. Uzu kalau p event kat luar akan pakai Sunwave UV ni.. So keyakinan tinggi gitu.. Tak takut muka hitam dah..
 

Selepas 2 minggu uzu pakai, ada lah perubahan sikit kat muka...  Better lah daripada takde kan? Haaa ni pulak uzu nak bagi tengok muka sebelum dan selepas pakai product BelleWave..

Sebelum |  Selepas

Haaaa nak cantik tak? Kah! Ok korang kena lah try dan dapatkan product BelleWave ni. Sekarang ni ada promotion tau ! RM198 je tuk 3 product .. Kalau takde promotion, harga asal RM504 .. Banyak murah kan? Apa lagi korang nak tunggu? Cepat-cepat dapatkan BelleWave sementara stok masih ada !!

Lagi 1.. Sebelum terlupa, sapa nak try product ni...Boleh cuba nasib korang join contest share and tag kat facebook uzu.. Senang je caranya.. Just share gambar ini dan tag page Emas Putih Blog  dan page @BelleWave Malaysia .. Senang kan? Contest berakhir 31 Mac 2015 !!! Hadiah BELLE WAVE'S TRAVEL SET SKIN CARE bernilai RM138 tuk 5 pemenang !

Website : http://www.bellewave.com/
Facebook : BelleWave Malaysia



AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain

$
0
0
AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain | Salam.. Perempuan dengan period pain adalah perkara biasa.. Kalau tak period pain, bukan perempuan lah namanya.. Kan? Bapokk je tak sakit perut waktu period ni... kan kan kan? Hahahaha..

So, kalau period , kita orang perempuan ni.. kalau dah datang period pain atau senggugut tu, mesti rasa macam nak tercabut tulang.. Sakit senggugut sampai tergolek-golek atas katil.. Ada yang teruk sangat tu, sampai dari atas katil .. tergolek jatuh ke lantai... Pastu, dia samung tergolek-golek kat lantai.. Mana dia peduli dah sakit jatuh lantai tu... Hahaha.. kan? betul tak?? Jangan nak tipu...

Selalunya, kalau dah tak tahan sakit ni.. uzu selalu makan je panadol menstrual tu.. Yang kaler pink tu.. Tapi orang kata, tak elok makan menstrual panadol dengan kerap.. Bukan menstrual panadol je tau yang tak elok makan, panadol biasa tu pun tak elok juga.. So kekadang tu kan, malas nak makan mesntrual panadol, uzu ambik je tuala dengan air suam, tuam perut tu..Tak pun, minum air suam atau pun... yang selalu uzu selalu minum.. ialah... teh o halia... Sedap tau ! haha..
Tapi... macam leceh kan nak buat semua benda tu.. Bayangkan lah, waktu kita sakit perut, mana lah larat nak buat semua tu.. Agak-agak ada tak masa nak ambik tuala suam letak kat perut.. Tak pun.. ada tak masa nak buat teh o halia? Tak larat weii... huh...nasib baik ada AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni... Senang je nak guna.. Dah sedia terpack macam tu.. Bukan je dari kotak, dan pakai ! 2 langkah mudah.. Dalam masa 3 saat dah setel.. Letak je AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain kat perut.. Haa tak yah nak golek-golek bagai dah. Hahaha..

Macam mana AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain membantu kita untuk hilangkan period pain? Haaa actually, benda ni menyediakan terapi haba yang boleh meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan gejala-gejala kesakitan haid.

Dalam 1 kotak ni, ada 2 patch.. So, 1 patch ni ada kesan pemanasan selama 8 jam penggunaan dan suhu selamat untuk benda ni adalah 40 darjah celcius...Bukan setakat tuk period pain je tau, AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni boleh tolong melancarkan peredaran darah dalam badan kite.. Best tak? 2 in 1 gitu. Hehehe..

Selain daripada produk AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni, ada lagi 1 product khas untuk sakit belakang iaitu...AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Neck & Shoulder Pain .. 
Kenal tak Yoko-yoko ?? Alaaaa yang untuk sakit otot tu.. Famous tau benda tu dulu. Uzu selalu guna kalau ada sakit otot... Legaaa terus.. Haaa So, AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain dan AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Neck & Shoulder Pain ni adalah produk baru dari brand yang sama... So, boleh dipercayai lah produk ni... Hehehe...

So, sesiapa nak try AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain dan AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Neck & Shoulder Pain ni, boleh dapatkan kat watson, gurdian ke, atau Caring atau kat mana2 farmasi berhampiran confirm ada... Hehehe..Harga? Sekotak RM10.90 ...Murah tak? Murah ler tu.....huhu.

Agak-agak ada tak yang nak try AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni ?? Kalau ada yang nak, uzu akan jalankan 1 Giveaway yang sangat simple nanti, yang mana blogger bertuah yang dapat menjawab soalan-soalan dengan betul, akan menang 5x AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni . So maksudnya, uzu akan cari 5 pemenang.. Mesti ramai yang nak try kan? Haaa ok .. tunggu tauuu uzu publish entry Giveaway !! Hahaha..

Ok tu je lah tuk hari ni. Salam :)



Pakej Internet Murah Pilihan Uzu !

$
0
0
Pakej Internet Murah Pilihan Uzu ! | Salam... Blogger dengan internet tak boleh dipisahkan.. Bagai isi dengan kuku.. Tak pun... Ibarat ...bagai aur dengan tebing... Atau pun...bagai air dicincang tak akan putus... Hahahaha ewah berperibahasa pulak... huhu..Saje je nak testing otak ni.. Nak test ingat lagi ke tak lagi peribahasa2 ni.  huhuhu

Blogger... tak dinafikan .. tak boleh berpisah dengan tenet.. Uzu susah nak hidup tanpa internet. Kat mana-mana pun mesti ada internet... Kekadang tu, tak kisah tenet tu mahal ke tak... rembat je.. Yang penting internet ! Sehari tak tengok Blog, pesbuk.. ig semua rasa macam tak leh bernafas gitu.. haha . Sebab blogger macam uzu ni kena setiasa on9 .. Kang ter-miss pulak bila client/PR nak bagi job.. Uzu ni jenis selalu bukak email.. cek email.. Media invite.. Blogger invite.. Memang tiap hari ada benda tu.. Tu yang payah nak berpisah dengan tenet..

Uzu dah puas lah servay.. Jumpa juga lah plan internet prepaid bulanan yang murah... Coverage pun okay. Hehehe...Uzu ni tak suka pakai postpaid.. Bayar bill bulan-bulan.. Lagi suka topup je.. Lebih suka pakai prepaid.. So nii lah hasil servay uzu...

Prepaid Monthly :
Digi - RM30 / 1GB
Celcom - RM 48 / 4 GB
Maxis - RM 68 / 3GB
Tunetalk - RM52  / 3GB

Actually uzu ada je WiFi kat bilik hostel, uzu guna P1 .. Dah setahun lebih dah dah guna... RM99 sebulan unlimited gitu... Fuhhhhhhh setakat ni memang awesome lah kalau tengok movie... WiFi ni jenis modem.. Bukan jenis portable yang boleh bawak kemana-mana.. Uzu tak suka sangat pakai WiFi portable tu.. Sebab uzu perhatii.... Jenis portable jenis cepat kuota.. Uzu dah pernah try guna WiFi portable Celcom dan Maxis.. Huhu sayang duit tau beli... seminggu pakai terus give up..!
Kalau student / blogger macam uzu ni, sesuai lah pakai modem.. Yang ada rumah tu, pakai Streamix atau UniFi lah better kan... Lajuuuuuu gitu...Selaju train KLIA Express !

Actually, blogger macam uzu ni nak memang nak Kuota banyak tapi harga murah.. Nak jimat gitu.. Hihihi.. Kalau dapat Harga Murah dan Kuota banyak tu bonus ! Haaaaa so setakat ni memang uzu pakai Celcom dan P1 je..Uzu habiskan RM99 + RM58 = RM151 untuk internet sebulan.. Tak tau lah nak kata jimat ke tak ni?..

Kalau ada plan lagi jimat, share-share lah ye .. Nak prepaid je .. Tak nak postpaid. Hihi. ok lah.. Salam semuaaaaaaaa ..



Meeting Next Project #kelabbloggerbenashaari !

$
0
0
Meeting Next Project #kelabbloggerbenashaari ! | Salam. What a busy week! Fuhhh minggu ni dari isnin sampai ahad uzu dari pagi sampai malam akan busy... Pulang hostel pun dalam jam 12 tengah malam.. Penat tauuu tapi untuk mencari sesuap nasi... Aku redha..kah!

Semalam, berlangsungnya meeting #kelabbloggerbenashaari bersama founder club, abg Ben Ashaari, kak Sue Izza, kak Yanty Lee dan abg Edy di Restoran Tom Yam Kung, restoran favourite kami !

Meeting ni actually nak bincang pasal next project bulan depan yang mana projek ini secara besar-besaran dan dibuat setahun 2 tahun sekali ! huhhhhh kali ni memang best! Tak sabar lahhh.. Hahaha.. Semalam meeting pun.. uzu macam excited sangat dengan project ni ! Yang penting objektif utama untuk menyatukan lagi ikatan silaturahim antara blogger..

Nak tau apa projek tu? Huhu kenalah tunggu.....

Salam. kbye !

Enot Kurus Bukan Sebab Sakit Canser !

$
0
0
Enot Kurus Bukan Sebab Sakit Canser ! | Salam.. Huuu kecoh lak sekarang ni di media-media cetak mahupun media social pasal Enot dah kurus ! Betul ke Enot dah kurus? Uzu tak perasan pulak. Huhuh. Tapi last uzu tengok Enot, masih maintain bada asal.. Sejak bila dia kurus lak?

Nak tau punya pasal, uzu terjah lah insta Enot ... My 1st reaction is.... "biar betul?""kurusnya dia"Beza gila kottttt Enot dulu dan Enot sekarang.. Memang ketara sangat dia kurus ! Perghhhhh yang tak bestnya kan, ada pula suara-suara sumbang yang bagitau Enot kurus sebab sakit! Sakit apa? Sakit canser katanya.. Ya Allah nauzubillahiminzaliq... Tak elok tau tuduh Enot macam tu..

 
Dah tu.. Kalau tak sakit? Camne Enot boleh kurus mendadak dengan cepat? Haaa jom baca pengakuan Enot kat bawah ni yang mana... dia dah loss 20kg tauuu !
Izeara 6 Inch Serum ? Benda apa tu? Benda apa yang Enot expain tu? Dia kurus sebab guna Izeara 6 Inch Serum ke? Biar betul ???? Tak kan lah secepat itu..?? Tak kan lah......... *nak google jap*
Ok baru lepas habis google... Betul lah Enot kurus sebab pakai Izeara 6 Inch Serum ni.. Wahhh ni yang buat uzu rasa nak try juga.. Sebab uzu pun memang bab kurus ni, lajuuu je nak try semua produk ! Tetiba datang minat uzu meluap-luap nak tau lebihhhhh banyak info tentang Izeara 6 Inch Serum ni.. Kot-kot boleh kurus gitu.. Makin slim kau jahh....Eh eh jangan memain.. Bila skodeng kat ig Enot.. Ramai pulak artis-artis da pakai produk ni... Tak caye? Tengok gambar bawah ni.....
Terbaik Izeara 6 Inch Serum ! Ni uzu share info-info mengenai serum ni.. Mana tau kan korang pun berminat nak try.. Uzu pun tengah nak skodeng testimoni lain.. Bak kata orang, kena hati-hati dulu sebelum guna... Tak gitu? Hihihi

Instagram Enot : @enot_78
Facebook Page Izeara :  Izeara
Tel. No : 016-9778323




Wahhhhhhh Air Asia Sponser Free Tiket Flight Lah !

$
0
0
Wahhhhhhh Air Asia Sponser Free Tiket Flight Lah ! |  Salam.. Semalam kan.. uzu dapat email dari air asia.. Bila baca email tu kan, uzu automatik senyum dan neves... Sekali pakej dengan rasa terujaaaaaaaaa sangat-sangat ! Hahaha.. Tapi kan ..bingung pun ada.. Biar betul email ni?? hmm

Al-kisahnya kan.. Uzu dan rakan-rakan lain adalah dibawah Air Asia Community Blogger yang mana AABC ni ada invite kami ke Unlock The Fun @ AABCHangout end of this month.. So kena isi borang RSVP.. And uzu tick yang uzu dari Sabah...

Kelmarin...dapat email dari AABC..
Uzu bingung... Benda apa lah Mr. Ashman dari Air Asia ni merepek.. Event kat Times Square tapi nak minta no booking tiket bagai... Aik? Nak buat apa booking tiket? Pastuuu uzu fikir punya fikir, bingung punya bingung.. last-last tanya kat group whatsapp KBBA , salah sorang jawab, haaaaa mungkin Mr.Ashman ingat uzu dari Sabah, so diorang nak sponser tiket kot... Sebab dalam borang uzu tick dari Sabah.. Harharhar..*bolehjadi* 

Huhuh.. Tak sangka lak diorang nak sponser tiket kan.. kehkehkehkehkeh macam best je kan.. Wahhh terbaiklah Air Asia..! Ruginyer tak dapat naik flight free dari Air Asia.. Rasa macam nak balik Sabah je sekarang ni! kah!

Ok melepas.. Apa pun, sapa yang p Unlock The Fun by Air Asia Community Blogger, jumpa korang kat situ yeeee! Heeee salam :)


Viewing all 2516 articles
Browse latest View live