Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all 2516 articles
Browse latest View live

Review Shizens Visage Collection

$
0
0
Review Shizens Visage Collection | Hi and assalamualaikum for makeup lover. Hari ni uzu nak update pasal produk daripada Shizens iaitu koleksi terbaru Shizens Visage Collection. Uzu rasa sangat bertuah sebab menjadi blogger yang terawal pakai produk baru ni sebelum ia dipasarkan. Sebagai testimoni yang postif, here is my review.

Uzu ada dapat 9  jenis produk antaranya ialah 2 skincare dan 7 lagi mekap.. So memang lengkap produk yang uzu dapat.. Untuk kelihatan muka yang cantik, kita kena lah jaga muka kita dengan menggunkan skincare.. Untuk skincare, uzu dapat Time Resistance Essence dan Time Resistance Night Cream .  Skincare ni penting ye sebagai asas kecantikan harian.
 Time Resistance Essence

Time Resistance Essence : Ia adalah intipati anti-penuaan dengan kulit regenerasi Ceramide III untuk menjaga firma kulit, tona, mencerahkan, dipelihara, dan lembap dalam dalam sel-sel kulit. Time Resistance Essence juga berkesan dalam mengukuhkan dan menyokong pembaharuan lapisan perlindungan semula jadi kulit dan membentuk halangan yang berkesan terhadap kehilangan kelembapan.
Time Resistance Night Cream

Time Resistance Night Cream : Anda boleh menggunakannya sebagai rejim yang akan datang, untuk melembapkan kulit dan kunci dalam intipati untuk keputusan pengukuhan yang terbaik. Uzu suka untuk pakai ini kerana kulit uzu akan kekal terhidrat walaupun pada hari esok..

Natural Pore Nutrient Foundation PRO

Natural Pore Nutrient Foundation PRO : Best guna foundation ni sebab ada disediakan sekali dengan berus.. best guna berus dia ni.. So, apply ke seluruh  dan dap dap dap foundation guna berus. Ratakan.. Bila pakai foundation ni rasa garisan halus muka ditutup, liang-liang roma, parut akan hilang. BUkan tu je, dalam foundation ni dalam produk ini ada Vitamin E so boleh memanjakan lagi kulit dengan sentuhan rasa lembap dan bersih.

                                                        Hue-duo eyeshadow - Mocha Glow

Hue-duo eyeshadow - Mocha Glow : Kaler eueshadow yang sangat cantik. Dua eyeshadow. Kala yang suka mekap simple macam korean look, memang sesuai kaler eyeshadow ni dengan u ols. Uzu pun suka juga pakai. Nampak simple je :)

Aqua eyeliner

Aqua eyeliner : Eyeliner yang uzu dapat ada 2 kaler, kaler hitam dan kaler coklat. Best aqua eyeliner ni sebab dia jenis cushion. Macam foundation cushion tu.. Main dap dap je. Haa first time tengok eyeliner jenis cushion ni.. Yang penting tahan sehingga 12 jam..Cepat kering dan senang nak lukis bentuk eyeliner di hujung mata :)

Aqua Pore Perfection

Aqua Pore Perfection : Yang ni bukan foundation ye. Hihi uzu memula ingat yang ni foundation.. Kemain tempek kat muka.. Rupanya shading !! Hihi.. Habis coklat muka.. Kahkah lawak pulak.. So shading ni ada kandungan Vitamin A, E dan F di dalam produk ini boleh merangsang imuniti untuk cahaya kulit yang sihat, mengekalkan kelembapan semulajadi kulit dan mencerminkan ganti rugi daripada UVB ray.

Smack Lips

Smack Lips merupakan gincu matte pemakaian tahan lama dan menakjubkan yang berdiri anda di dalam rupa. Smack Lips diperkaya dengan minyak kelapa dan mentega bunga matahari untuk mengunci kelembapan pada bibir anda dengan itu mengelakkan kulit mengelupas manakala kecacatan penutup berkesan. Yang mempunyai dua pilihan iaitu Orange Tango dan Plum Wine. Uzu pilih Wine Plum kerana ia lebih sesuai untuk citarasa uzu.


Ultimate Potent

Ultimate Potent : Apply produk kemasan untuk mengunci masuk mekap anda semasa berkhidmat sebagai muktamad ejen mengangkat segera. Ultimate Potent membantu untuk menyeimbangkan tona kulit yang menggalakkan penampilan yang licin dan muda. Produk ini hebat mempunyai dua penggunaan cara, ia boleh digunakan sebagai rutin penjagaan kulit selepas toner dan intipati atau gunakan selepas makeover yang lengkap untuk membentuk satu lapisan siap.

LIMITED TIME OFFER
Awak boleh beli produk Visage Essential iaitu termasuk Smack Lips (Plum Wine), Smack Lips (Orange Tango), Aqua Eyeliner (Black), Aqua Eyeliner (Brown), Hue-Duo Eyeshadow (Mocha Glow) and Shizens professional brush set (6 brushes) sekarang dengan hanya RM199 instead of RM1,503. Available from 1st Match to 31st May 2017 at major Shizens stores. 


VISAGE MAKEOVER
Dengan tunjukkan code "VISAGE01" kepada beauty advisor di Shizens, korang boleh redeem free make over menggunakan visage collection.. Haa best tak? Jom lah ke major shizen stores seperti yang di senaraikan di bawah..

Major Shizens stores :
Shizens Pavilion Flagship Store
Shizens Mid Valley
Shizens One Utama
Shizens Sunway Pyramid
Shizens Gurney Plaza
Shizens Genting Sky Avenue
Shizens Isetan KLCC
Shizens Isetan Garden
Shizens Parkson KLCC
Shizens Parkson Pavilion
Shizens Sogo KL

VISAGE CHALLENGE(CONTEST)
Siapa nak menang hadiah? Hadia VISAGE CHALLANGE ni cash tau! Haa macam mana nak join Visage Challenge ni, krang kena ikut syarat-syarat kat bawah ye :)

1) Korang kena p Shizens outlet untuk merasai pengalaman Visage makeoverdengan menunjukan unik code "VISAGE01".
2) Snap gambar sebelum dan selepas mekap
3) Hantar gambar korang ke Facebook Shizen dan boleh berpeluang menang hadiah!!

Hadiah :
Grand prize : RM2,000 cash + Shizens products and gifts worth up to RM6,000
1st runner up : RM1,000 cash + Shizens products and gifts worth up to RM4,000
2nd runner up : RM500 cash + Shizens products and gifts worth up to RM3,500
*Contest start from 15th April - 15th May 2017*

So jom lah ramai-ramai ke major outlet SHizen, tunjuk unik code, minta diorang make over. Sebelum tu tangkap gambar sebelum mekap dan selepas mekap.. Hantar gambar ke fb shizen ye. Haa hadiah dia pun boleh tahan kan? Grand prize RM2000 cash woo !! Siapa tak nak?? Siap adapat produk shizen yang bernilai sehingga RM6000 ! Yang tu baru sebut hadiah utama. Hadia kedua ketiga pun not bad juga.. So meh kita serbu shizens out start esok!! Hihi ok lah salam :)

Hasil guna Shizens Visage Collection

Website Tempat Blogger Dapatkan Paid Job & Dapatkan Report Blogger Yang Sentiasa Update Setiap Bulan !!

$
0
0
Website Tempat Blogger Dapatkan Paid Job & Dapatkan Report Blogger Yang Sentiasa Update Setiap Bulan !! | Salam. Mesti ramai blogger aktif yang sentiasa dapat paid job dari client mahupun PR kan? Selalunya apa yang PR akan minta? Haa untuk menentukan layakkah kita dapat job berbayar tu, ia dirujuk daripada profile blogger.. Berapa trafik sebulan, berapa jumlah follower  instagram facebook dan twitter dan sebagainya.. 

So uzu nak share kat korang satu website yang mesra blogger ni. Website ni sebenarnya untuk blogger dapatkan job.. Uzu memang selalu dapat job kat website ni.. Paid job pun uzu banyak dapat so far. Alhamdulillah thanks to this website !



Blog adalah keutamaan.. PV blog main peranan untuk dapatkan job.. Website ni juga dia kumpulkan kita punya month comments kat blog dan berapa blogpost kita update dalam sebulan.. Uzu update dalam 20 post. Hihi ok lah kira rajin lah tu kan.. Hihi..


Iye wakk facebook pun kena jaga juga.. Friends uzu tak sampai 5000 friends pun sebab uzu jenis yang tak suka approves sesuka hati.. Sekarang uzu ada lebih 2000+ pendin request. Hihi takut lak nak approve.. Btw monthly like 10k lebih.. Hihi uzu sangat jga status like uzu.. Kena target 100+ like ke atas. Kena rajin buat status yg orang akan komen :) Tips :p

Page ni uzu jarang pakai. Tempat buat ping entry je. Tapi terasa sayang lak tak aktifkan sebab like dah lebih 12k .. Bukan senang tau nak kumpul likes kat fb ni.. Uzu tak beli likes. Ni semua hasil uzu sendiri selama ni buat contest bagai.. :) Tapi tetap penting sebab memang PR selalu akan tanya ada page tak? haa..

Instagram social media paling femes. Sebab ramai sekarang ada Ig kan? Even bapak uzu pun ada IG. Haha ni mesti kes nak stalk ada dia ha :p Ramai client client dari IG juga. Contohnya nak promote IG diorang.. Haa tu sebab follower IG , semua uzu jaga..

Twitter ni dulu uzu rajin jaga tapi sekarang slow sikit. Itu lah maybe follower sikit tapi kena jaga twitter, Jangan ingat paid job takde eh guna twitter. Banyak sekarang dah jadi trend client upah blogger, tweetfemes secara berbayar tuk trending kan produk client. Uzu dah banyak kali dapat job tweet ni. Alhamdulillah besar juga lah payment.. Tu lah uzu jaga juga follower twitter ni :)

Btw, panjang lebar explain, apa kah website yang update profile blogger sekaligus tempat PR bagi job? Haaa kenalkan CATJIRA .. https://www.catjira.com/ .

CatJira ni kalau ada paid job atau non paid job, dia akan notify kita melalui email.. tapi sebelum  tu korang kena sign up dulu lah kan?  Lepas tu sign in. isi details social media korang di Social Media Setting. Then korang belek belek lah apa yang patut update ye.. Haa tu je lah nak kongsikan. Ok lah good luck korang :) Salam.

Pakej Gunung Kinabalu 2017 & 2018

$
0
0
Pakej Gunung Kinabalu 2017 & 2018 | Salam. Pakej gunung kinabalu adalah sangat laris di blog uzu. So kali ni uzu nak update pakej gunung kinabalu 2017 & 2018 . Untuk matluman, pakej mendaki gunung kinabalu untuk tahun 2017 adalah habis kuota. So yang ada untuk pakej daki gunung kinabalu 2018 je. Uzu pun ingat nak plan nak daki tahun ni tapi takde rezeki. Dah habis kuota. Untuk info, gunung kinabalu ada kuota sendiri setiap hari. So kalau nak kena booking 6 bulan sebelum ye.. Kalau setakat 1 2 orang tu takpe lagi. Mungkin boleh selit selit kat mana-mana tapi tuk yang group besar kena 6 bulan sebelum..

Pakej Mendaki Gunung Kinabalu Untuk Sabahan 2017 & 2018

Pakej Mendaki Gunung Kinabalu Untuk Sarawak & Semenangjung Malaysia 2017 & 2018

Pakej Tidak Termasuk pengangkutan dari KK , flight tiket pun tak masuk, kena book sendiri flight tiket.. Yang dari KL tu, kalau rajin tunggu promo air asiam sorang tak sampai RM200 return KL-KK. Pakej juga tidak termasuk sijil ,porter .. Porter ni sebenarnya depand kepada tenaga korang semasa mendaki.. Kalau memula korang bawak beg sendiri. Bila sampai pertengahan jalan, korang tak larat. So boleh surih porter tolong angkat. Nanti dia cas lah tu.. Nant kat atas korang bayar lah porter tu. Ikut rundingan nak bayar bila.. Medal pun tak masuk dalam pakej..

Dalam pakej ni dah pun diterangkan, apa yang termasuk, apa benda yang tak masuk.. SO bagi uzu, harga di atas ni sangat lah murah berbanding korang bayar beribu ribu bayar pakej yg all in.. Kalau uzu, uzu suka macam ni.. Setel bayar pakej dulu.. Baru cek tiket flight hotel dan sebagainya.. Jimat sangat kalau urus sendiri :) Ok lah tu je nak uddate. Kalau yang berminat sila whatsapp info kat bawah ye. Salam :)

Untuk Pertanyaan & Pembelian Pakej
En Razif 013-8365651

Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan

$
0
0
Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan | Salam. Artikel ni uzu baca jam 3 pagi..Waktu tak boleh tido ni kan, haaa so memang belek fon lah sampai ngantuk.. Belek punya belek terjumpah satu artikel dari blog AliffChannel pasal darah haid ni.. Apa yang uzu baca, darah haid main peranan sama ada kita sihat atau tidak? Wahh terus cecepat baca.. Isinya berbunyi..

Merah Muda

Ini bermakna, anda sedang mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun, jika dalam masa subur dan sudah berkahwin, ini adalah tanda kehamilan muda. Sel telur yang sudah dibuahi dan melekat di dinding rahim ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan pada wanita, jangan bimbang ya.

Merah Terang

Jika warna darah haid berwarna merah terang, anda dalam keadaan yang sihat. Dinding rahim melebur dalam kelajuan yang normal dan selepas haid habis, tiada darah yang tertinggal di dalam rahim. Yang perlu anda perhatikan adalah jika selama 8 hari atau lebih dengan warna darah seperti ini. Anda perlu segera membuat pemeriksaan diri ke doktor.

Merah Tua

Pada hari kedua dan ketiga, darah yang keluar sudah seperti paip bocor yang tidak berhenti-henti. Mungkin ada gumpalan merah tua yang keluar dalam masa 2-3 hari ini. Jangan panik, semua ini sebenarnya normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan tersebut. Jika terus berlanjut hingga hari ke-4 dan seterusnya, berkemungkinan rahim ada tumor dan harus segera berjumpa doktor. Jika ada gumpalan darah berwarna kelabu, anda mungkin sedang mengalami keguguran.

Merah Jingga

Jika darah haid berwarna merah jingga, haruslah memperhatikannya kerana ini adalah darah dari leher rahim yang bercampur dengan darah dari tubuh (tidak membahayakan tubuh). Tapi, berkemungkinan adalah tanda awal dari jangkitan faraj yang merubah warna darah haid. Tanda lain adalah baunya tidak sedap. Jika ada beberapa tanda ini, teruslah berjumpa doktor.

Coklat Tua

Kalau ada warna coklat tua seperti ini, anda harus lebih berhati-hati. Darah yang ada dalam kandunganmu itu beku kerana peredaran darah yang berjalan ke arah rahim terlalu panjang. Jangan bimbang, anda hanya perlu pergi ke doktor dan meminta rawatan untuk melancarkan peredaran darah sahaja. Tapi jika warna darah berwarna kuning, berkemungkinan ada jangkitan pada bahagian rahim dan harus segera berjumpa doktor.

Alhamdulillah.. Kalau ikutkan, warna hadi uzu kaler merah terang dan kekadang merah tua. So ikut apa yang ditulis, memang sihat dan subur.. Tapi ini hanya kajian semata-mata. Sama ada kita betul-betul sihat dan subur adalah bergantung kepada Allah.. Allahualam.. Semoga artikel ini memberi korang info yang berguna ye. Salam :)  Sumber: PowerHealthYT.com

Rentak Selangor 2017 : Gamelan . Wayang Kulit Jawa & Kompang Jawa

$
0
0
Rentak Selangor 2017 : Gamelan . Wayang Kulit Jawa & Kompang Jawa | Salam. Rentak Selangor telah pun diadakan untuk kali kedua dan kali ini lebih banyak budaya dan tarian yang kami telah menjejah di negeri Selangor.

Untuk hari pertama, kami bertolak ke Muzium Sejarah Kuala Selangor. Muzium . Best dengar cerita pasal Kuala Selangor..Banyak sejarah yang kita tak tau pasal Selangor terutamanya uzu ni berasal dari Sabah.. Memang best dengar.
Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu. 
Lepas tu kiterang ke Makam. Makam ni tutup sementara untuk tujuan renovation.. Tapi dengar cerita kalau nak ke makam ni better p pagi tengahari. Lepas zhor rasanya baik elakkan.. Reasonnya? Haa uzu pon tak taw.. Hihi..

Check in di The Cabin. Penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam adalah ditaja oleh The Cabin. Thanks The Cabin ! Memang seronok kan bila stay kat tempat macam ni ? Best giler :D
 cantik tak? :p Nanti uzu nak buat 1 entry khas untuk The Cabin :)
Lepas check in di The Cabin, kami rehat dan solat dan seterusnya ada majlis pelancaran Rentak Selangor di The Cabin.. Selepas perasmian Rentak Selangor 2017, majlis diiringi dengan alunan muik gamelan dan wayang kulit. Uzu kalau bab muzik-muzik ni memang suka :D Kami siap belajar macam mana main gamelan . Rupanya senang je sebab ada code muzik yang senang faham :) 
Wayang kulit tu pulak memang first time uzu tengok. Selama ni kat tv jer.. Sepatutnya persembahan wayang kulit ditayangkan pada waktu malam tetapi diawalkan pepada waktu petang. kata nya tak elok main waktu malam.. Gitu lah kekdahnya..
Kompang Jawa . Kompang Kadaro Kampung Pasir Panjang. Persemabahan kompang dimainkan sebagai teaser. Waktu malam pulak persembahan kompang jawa dimainkan selama beberapa jam untuk mengiringi majlis makan malam pada hari pertama.. Best tau kompang jawa ni.. Macam-macam jenis alunan kompang yang kiterang dengar .. Rasa macam nak menari pulah haha.

Hari pertama Rentak Selangor telah pun berakhir sampai disini je. Kita sambung pulak pada hari kedua. Best itinerary hari kedua ni.. :D Tak sabar nak cerita. Hihi. Ok lah korang. As salam :)

Terima kasih diucapapkan kepada #RentakSelangor 2017, Gaya Travel Magazine dan juga Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development sebab mengadakan trip yang sangat best dan rasa macam tak sabar pulak nak join Rentak Selangor 2018 :p

Rentak Selangor 2017 : Sky Mirror Escapade, Nasi Ambeng, Kompang Jawa, Kuda Kepang & Barongan

$
0
0
Rentak Selangor 2017 : Sky Mirror Escapade, Nasi Ambeng, Kompang Jawa, Kuda Kepang & Barongan | Salam. Hari kedua ni uzu excited sebab nak g sky mirror. Last year, kiterang nak g skymirror ni tapi keadaan kat sini tak mengizinkan.. Bukan setiap masa skymirror ni boleh pergi. Ada hari hari tertentu..Perjalanan mengambil masa setengah jam naik bot untuk ketempat ni..
Kalau nak p sini better pagi-pagi dah ready. Jangan lambat sebab nanti air akan naik.. Bila air naik, bot akan terperangkap then korang tak boleh balik sebab laluan tutup.. :D
Lepas penat layan sky mirror ni, kiterang terus shoot untuk makan tengahari di Warong Ibu . Kali ni nak try makan nasi ambeng dan soto.. Uzu pernah makan nasi ambeng tapi tak reti nak makan. Tak tau lah tekak tak boleh tengok nasi dan mee bergabung.. Hihi tu sebab nasi ambeng ni uzu makan nasi je.. Lauk lain, ayam dan sayur campur tu habis lah makan.. Mee je tak termakan.. hihi..
Hari kedua ni memang sangat memenatkan sebab kami seharian kat luar. pihak Gaya Travel pun nak pesan bawak extra baju untuk mandi sebab kami akan stay sekejap beberapa jam di Hj Dorani Homestay.. Best giler homestay kat sini.. Kami makan petang dan makan malam di sini. 
 teaser kuda kepang.. Yang best kami belajar menari kuda kepang! :D
Apa yang kami tunggu-tunggu ialah persembahan kuda kepang pada waktu malam.. Waktu tu juga baru uzu tahu teaser petang tu tak sama dengan persemabahan yg real di waktu malam tu.. Dasyat!! Tapi sangat menarik dan kuda kepang antara benda yg uzu sangat enjoy tengok !!
Kuda Kepang ni melibatkan "jin" ye.. Makanan di atas adalah makan untuk penari kuda kepang. Makanan ini akan dimakan oleh penari-penari dan akan dicampur dengan air kemenyan.. Penari akan dirasuk oleh jin.. Dan waktu tu lah yang menakutkan bagi uzu .. Tapi sentiasa selawat dan zikir dalam hati untuk mengelakkan kita dirasuk juga.. Benda ni kita boleh tengok tapi jangan amalkan ye. Ini sekadar hiburan semata-mata. Nak tengok tak macam mana tarian kuda kepang sampai diornag dirasuk? Haa meh tengok live video uzu ni..

Memang lama persembahan kuda kepang dan barongan.. Memang tak boleh nak stop sebab bersambung-sambung. Kejao ini dirasuk. Kejap itu... Kejap sana.. kejap sini.. Bayangkan waktu dioraang di rasuk tu, pelik mata, menakutkan, sambil-sambil tu boleh nari lagi.. Ada yang menyerang, wuu memang lari kiterang ni.. Ada yang memang kat depan uzu je, nak kata takut pun memang lah takut tapi buat-buat berani.. Hihi yg penting zikiq , dan baca ayat kursi banyak-banyak..

Apapun memang sonok.. Pengalaman yg best. Wu dah setel hari kedua. Kita sambung hari ketiga pulaj ye. Hihi.. Salam :) Terima kasih diucapapkan kepada #RentakSelangor 2017Gaya Travel Magazine dan juga Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development sebab mengadakan trip yang sangat best dan rasa macam tak sabar pulak nak join Rentak Selangor 2018 :p

Rentak Selangor 2017 : Tarian Singa , Tarian Balle Balle

$
0
0

Rentak Selangor 2017 : Tarian Singa , Tarian Balle Balle | salam. Tarian singa bagi uzu suda biasa sangat sebab kat Sabah memang berlambak lagi-lagi waktu tahun baru cina.. Mula lah kedengaran di semua pelusuk tempat sebab Sabah kan memang banyak cina.. Tapi yang bestnya kat Rentak Selangor 2017, kami boleh tahu macam mana cara pembuatan singa, kos buat singa, berapa lama buat singa dan proses import export singa...

Apa yang membanggakan, cara buat patung cina ni actually Malaysia the best pengeluaran dan good qualiti dari segi cara pembuatan.. So sebab tu lah kan banyak negara negara luar import patung untuk tarian singa ni ke negara malaysia dan juga menari cara pembuatan. Ha kemain kan Malaysia ni..

Untuk kepala singa tu cecahan ribu, tak silap uzu kepala singa je RM2000+ .. Yang tu kepada je, tak masuk badan singa.. Tempoh buat seluruh singa adalam dalam 2-3 minggu dan uzu perhati memang sangat teliti diorang buat..
 bingkai kepala singa. Diperbuat daripada kayu yang mahal..
 master . master tarian cina yang dah ada beratus anak murid di seluruh dunia..
 hati hati ! Kepala singa berharga ribu ribu k uzu :D
Lepas dan berjam kami masuk dan tanya itu ini mengenai singa, serta belajar macam mana nak main alunan dendangan lagu untuk tarian singa, acara yg kami tunggu2 telah tiba iaitu persembahan tarian singa.. panas-panas terik mentari ni lagi.. Ya allah macam mana lah diorang boleh tahan panas dalam tu.. Tabikkk !
Budak kecik pun kan pun terror main.. Ee bestnya diorang.. rasa macam nak belajar pulak.. InsyaAllah nanti boleh datang ke kedai master hong. Cia cia. Lepas dah habis persembahan, kami shoot ke hotel lain di Shah Alam.. Sampai-sampai je terus fengsan sampai malam. Hahaha penat wei trip gini tapi penat sebab seronok takpe wei.. I rela :D

Aktiviti last dan terakhir iailah acara penutupan. Macam biasa acara penutupan ni mesti ada ..Penutupan yang best skali dan enjoyyyy haha. Dah lah uzu suka menari.. Dengar muzik Balle Balle ni memang semua lagu nak menari. Hihihi.. Best weii persemabahan lagu dan muzik dari Balle balle. Femes diorang ni.. Group ni semua pakcik pakcik dan makcik makcik... Warga tua kekdahnya tapi haaaaaa rasa enjoy dengan persemabahan.. Gambar pun tak ambik waktu semua peserta menari sebab sibuk duk menari.. Kahkahkah. Ya ampun maafkan beta :D

Btw, Terima kasih diucapapkan kepada #RentakSelangor 2017Gaya Travel Magazine dan juga Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development sebab mengadakan trip yang sangat best dan rasa macam tak sabar pulak nak join Rentak Selangor 2018 :p

Survey : Ada Tak Blogger Yang Nak Join Kalau Hadiah Giveaway CASH RM500 x 1 ??

$
0
0

Survey : Ada Tak Blogger Yang Nak Join Kalau Hadiah Giveaway CASH RM500 x 1 ?? | Salam. Lama dah tak buat giveaway kan? Uzu lah sejak tahun 2013, memang setiap 2 bulan uzu buat GA. Ramai pulakj tu yang join.. Ada lebih 400+ blogger yang join. Haaa sebab kalau uzu buat giveaway mesti hadiah dia CASH dan syarat sangat ringan dan senang nak buat...


Setelah sekian lamanya kan, kali ini uzu nak buat kelainan sikit dari segi hadiah cash.. Btw sebelum tu uzu nak say thank you sebab sponser hadiah cash dah nak sampai RM500 dah.. Sikit je lagi bila dah cukup uzu nak start GA.. Yang mana nak sponser cash untuk GA , boleh contact uzu kat FB ye..

Haa nak tanya lah.. Mana korang prefer jenis hadiah contest?

A : RM500 x 1 pemenang

atau

B : RM50 x 10 pemenang?

Ok uzu nak survey dulu ye.. Uzu nak buat GA yang ramai nak join. Hihi so blogger-blogger sekalian, korang pilih yang mana? A atau B ?? KOmen kat entry ni ye korang.. InsyaAllah dalam masa terdekat uzu buat GA berdasarkan hadiah cash yang korang nak ye :) ok lah salam !! 

Dapat Suprise Dari Sunsilk Malaysia !!

$
0
0
 
Dapat Suprise Dari Sunsilk Malaysia !! | Salam sapa yang dah tengok instagram uzu , mesti tau apa didalam kotak besar ini.. Hihi.. Kotak ini datangnya dari Sunsilk Malaysia ! Wahh gempak event dia kali ni.. Siap kotak kotak bagai.. Tanjat gegirl :p

Uzu actually memang excited nak tau apa dalam kotak besar tu.. Dah lama kotak tu sampai tapi tak sempat nak ambik kat ofis. Sibuk memanjang dengan trip yang bersambung-sambung. Minggu ni baru ada free sikit. Hihi.. 



Hihi memula ingat, mesti dalam dia ada syampoo. Hihihi rupanya habuk pun takde. Kecewa.. Ish ish ish tapi ada belom tu je lah dengan kad invitation untuk ke event majlis pelancaran syampoo terbaru dari sunsilk.. Waktu event tu baru dapat sekotak syampoo.. Wangi gilerrrr !! Haaa nak tau best ke tak syampoo tu? Nantikan review uzu seterusnya ye. Salam :)

2 Group Di Facebook Yang Menjadikan Punca Pendapatan Uzu Dalam Dunia Blog !!

$
0
0
2 Group Di Facebook Yang Menjadikan Punca Pendapatan Uzu Dalam Dunia Blog !! | Salam.. Dulu kalau nak dapatkan job, memang susah kan?? Sekarang ni dah ada group di facebook, group tu lah tempat dan punca rezeki uzu selama ni.. Group ni memang salah satu sumber, sumber yang lain tu dalam 80% dari sumber lain, contohkan PR bagi job, client datang sendiri kat kita, member bagi job, dan macam-macam lagi sumber dan alhamdulillah so far memang lepas lah nak bayar sewa rumah dan komitment lain..



Yang banyak post pasal job setiap dari ialah di Social Media + Blogger Community .. Hari hari ada je PR job nak cari blogger.. Job dari Manoah pun not bad, walaupun jarang tapi payment dia selalu tinggi. Tabik dekat Don sebab dia selalu demand untuk blogger... :D Btw, Siapa lagi yang tak masuk dalam group ni... Boleh request kat facebook ye. Semoga murah rezeki korang kat group tu nanti .. Salam :)

Pakej Seoul + Nami Island Korea FEB 2018 ( Pakej Boleh Bayar Secara Ansuran )

$
0
0
Pakej Seoul + Nami Island Korea FEB 2018 ( Pakej Boleh Bayar Secara Ansuran ) | Salam. Hari ni uzu nak share satu pakej yang uzu nak p tapi bukan tahun ni.. Uzu dah pernah p Korea tapi tak sempat nak p Seoul dan nami island. Uzu just p Busan Korea je. Mungkin ada yang tau, uzu ni jenis kalau dah p masuk negara tu, memang tak akan masuk lagi.. Tapi nak buat macam mana kan? Nak teman kakak i tu ha. Bawak g negara lain, bandung ka mana ka, memang dia tak nak. Korea juga dia nak #pitam =.=

Actually kebetulan owner oh jalan bagi pakej korea . Pakej tu pulak bukan tahun ni *alhamdulillah* . Nak bawak kakak uzu tu haa, memang kena awal beberapa bulan ntah sebab nak minta kebenaran keluar dari negara. Entah lah peraturan gomen sekarang ni. Ngok ! Haa terkutuk seketika. Btw Ohjalan telah pun keluarkan pakej korea untuk tahun depan. Details dia boleh baca kat bawag ye.

PAKEJ MURAH KOREA FEB 2018
- Seoul + Nami Island
- 6 Hari 5 Malam
- 9 - 14 Fec 2018
- Dijangka waktu ada salji 
- DEPOSIT RM350

- Harga pakej RM2700 termasuk :
- Tiket flight return
- Lugage 20kg / pergi balik
- 5 Malam penginapan
- Public transport pass
- Nami Island Feri
- Tiket lawatan
- Uzu pergi trip ini
- Ada tour

Siapa nak join, boleh bayar ansur ansur supaya memudahkan dan meringankan beban sewaktu tarikh nak dekat. Jom pergi ! Haaa memang banyak pakej travel buat ansur ansur so tak yah pikir mana nak cari ribu ribu bagai nak bayar pakej korea ni.. 

Siapa berminat nak pakej korea ni, deposit uzu tunggu korang gaji bulan ni.. Kalau nak bayar bulan depan pun boleh..Semua atas korang janji harga pakej langsai sebelum tarikh travel. Hihi. Yang berminat nak tanya pasal pakej ni , boleh whatsapp uzu +60109379609 (uzu) .

Jom Ke Konsert JOM TONTON Di The Curve Mutiara Damansara Esok !!

$
0
0
Jom Ke Konsert JOM TONTON Esok !! | Salam. Esok jom ke konsert tonton yang diadakan di Th Curve Damansara. Pastinya memang akan meriah konsert konsert gini lagi-lagi ada Dato Vida sebagai QUEEN of TONTON .. Wahhh rasa tak sabar nak jumpa Dato Vida esok di The Curve... Agak-agak sama tak muka dia di dalam TV dengan di luar? Pastinya lebih cantik kan?

Banyak artis esok yang akan memeriahkan acara antaranya ada kehadiran DUTA TONTON iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack. Thomas Jack ni sapa pulak ni eh? Tak pernah dengar nama dia.. So kalau korang pun nak tau sap Thomas Jack ni, datang lah esoko eh :p
 
 
 

Queen of Tonton:
Dato' Seri Vida

Tonton Ambassador:
Ayda Jebat
Redza Rosli
Thomas Jack

List of Performers:
Elecoldxhot
Sufian Suhaimi
Kaka Azraff
Wany Hasrita
Ning Baizura
Bunkface
Ara Johari
Azlan & The Typewriter
Forteen
Juzzthin & ABON
Dr. Soo Wincci
Orange Tan
Jieying Tha
Elecoldxhot
Sofia Merican
Alvin Chong
Waris

So sesiapa yang free esok, datang lah beramai-ramai bersama family, korang kalau bangun awal tu datang lah seawal 10 pagi, nak datang lunch macam uzu pon takpe.. Nanti kalau dah terserempak tu jangan lupa say hai kat uzu eh.. :p Jom di sanaa!!

Orked Lavender Kafe Bandar Baru Bangi (Owner Benang Hijau)

$
0
0
Orked Lavender Kafe Bandar Baru Bangi | Salam. Siapa yang tak tau lagi bangi ni syurga makanan? Haaa tu diaaa sebab uzu dulu tiga tahun ni memang cari kat makan kat bangi dah cukup dah sebab banyak sangat kedai kat sana.. Event orang Putrajaya pun ke Bangi semata-mana nak cari sesuap nasi.. 

Kalau siapa yang kaki shopping kat Bangi Sentral pulak, Bangi Sentral ni tak banyak restoran .. Ada pun tak sedap sangat.. Uzu dah makan dah kat situ.. Lagipun kast situ makanan dia mahal. Ya ampun. Hihi kalau nak makan kat mamak tu, memang tak lah kan.. So sekarang bila dapat tahu Orked Lavender Kafe kat ni dah ada kedai yang berhampiran Bangi Sentral, kafe ni depan bangi sentral je, korang just jalan kaki, untuk ke Orked Lavender Kafe ni.. :)

Kalau nak tau, Orked Lavender Kafe  ni milik owner Benang Hijau tau ! Haa uzu pun terkejut.. Bila PR bgtau kafe ni kak faz yang punya, haaaa rasa excited terlebih nak review ni.. Sebab biasa lah sapa tak kenal Benang Hijau wei ?? Kak Faz kata, butik Benang Hijau yang kat Bangi tu, kak faz tukar ke Kafe... So kalau korang ke Butik Benang Hijau,, kalau tak jumpa butik tu, kalau jumpa Orked Lavender Kafe, mohon masuk dalam terus eh :p Rugi kalau tak masuk :D

Memula uzu datang kedai ni, uzu suka sangat dengan decorations macam ni.. Banyak bunga.. Alahaii lagi-lagi orked. Datang-datang terus ambik gambar kat wall dia tu :D Belum lagi makan.. jangan kafe je gempakk tapi rasa makanan tak gempak ye kak faz :P

So untuk menu food review sabtu 15 April 2017, uzu decide nak makan nasi dagang.. Memandangkan tengah lapar ni kan, uzu decide nak makan nasi.. Dah tu alang-alang nak makan untuk lunch.. HIhi.. Uzu tak pernah makan nasi dagang so.. Tak sabar pulak nak tau rasanya :)
Bila uzu rasa nasi dagang, uzu terus suka.. Macam ni ke rasa nasi dagang? Serius ini first time uzu makan.. Selalunya uzu akan mengelak dari order nasi dagang. Hahaha ya allah sedapnya nasi dagang kat Orked Lavender Kafe ni.. Kuah ikan dia tu rasa macam manis manis masam. Aum dengan ikan yang fresh.. Perghhh .. Kak faz kata, selalunya nasi datang ni takde Lok Ching.. Uzu pun tak tau apa Lok Cing tapi yang uzu tengok dia macam sate ikan.. Hihi :D Nasi dagang uzu bagi 5/5 bintang !
Menu kedua yang uzu rasa ialah Lok Cing ! HIhi yang ni lah sate ikan yang uzu kata kat atas tu. Lok Cing ni uzu first time makan. Moka kata, kalau belah kelantan, memang banyak jual tepi jalan naik moto.. Tapi kenapa lah uzu tak pernah tengok? hehehehe. Selalu kalau p Kelantan tu, rasa nak makan etok je :p Tapi tak kisah lah kan sebab kalau korang nak rasa makanan utara, boleh datang ke Orked Lavender Kafe  ok ? Lok Cinggg dia memang terbaik sedap !! Rasa ikan ikan dia tu urghhm. So Lok Cingg uzu bagi 5/5 bintang !!
Sapa yang suka makan karipap angkat tangan !! Karipap ni uzu suka makan.. Lepas tu teringat pulak kan dengan karipap Ikea? Haa kalau rasa teringin tu , kat Orked Lavender Kafe ada karipap macam ikea tu tapi isinya ikan.. Hihi.. Untuk karipap ni uzu bagi 5/5 bintang juga ! Ya allah sedap sedap sangat menu kat kedai kak faz ni.. Pitam!! :D
Hmmm okay actullay tak semua menu kat Orked Lavender Kafe ni lebih kepada makanan utara tapi westen pun ada.. Orked Lavender Kafe  ada menu-menu yang semua orang boleh makan.. Haa so westen macam Beef Spaghetti ni sedap yang amat ya allah.. Dapat rasa sikit pun jadi lah.. Uzu bagi 4/5 bintang :)

Banyak menu yang kami order tapi tak semua uzu makan.. Hiihi cuma nak bagitau, menu-menu kat bawah ni pun ada ye.. Ni macam waffle dia letak aiskrim dan red valvet kek..Dan bawah dia tu apa eh.. Hihi tak ingat pulak.. Tapi habis lah member makan.. Maksudnya, kalau habis tu sedap lah kan kekdahnya :p So tu lah uzu cakap, takde benda yang tak sedap kat Orked Lavender Kafe ni :)
 Menyelerakan kan ? :D
So kalau korang tak tau nak makan mana lagi? Datang lah ke Orked Lavender Kafe  ni, kalau korang makan kat Fizo Mawar Kitchen, mesti korang nampak Orked Lavender Kafe  ni betul betul opposite dengan kedai FizoMawar.. Haa so senang je lah kan ? Kalau tak pun waze je Orked Lavender Kafe konfem jumpa jalan :) Sebaris dengan MENATE :) Ok lah tu je.. Salam :)

Untuk Matlumat Lanjut
Instagram : @orkedlavenderkafe
Call : 0389122200

Nak Menang Cash RM5000 ? Jom Join Contest Dari Juara Dropship ni !

$
0
0

Nak Menang Cash RM5000 ? Jom Join Contest Dari Juaradropship ni ! | Salam.. Siapa nak menang hadiah RM5000? Siapa nak menang RM3000? Siapa nak menang RM1000 ? Haaaa semua ni adalah hadiah cash ye yang ditawarkan oleh Juaradropship! Best tak hadiah-hadiahnya?? Giler tak best ?? Uzu pun tertarik dengan contest ni.. Tengok hadiah cash dia masyuk sangat :p

Btw pasal contest ni, ini adalah contest dropship.. Siapa yang join contest ni, dan jual produk-produk ni, siapa dapat jualan tertinggi, tak kisah berapa banyak jualan, sikit ke jualan asalkan dia lah paling tertinggi dalam masa sebulan, dia lah juara.. Pihak JUARADROPSHIP takde tetapkan berapa target sales untuk jadi juara, janji dialah yang paling tertinggi.. So benda ni yang menarik minat uzu nak join, sebab takde limit sales kalau nak jadi juara, naib juara , tempat ketiga dan juga hadiah untuk tempat ke 4 hingga ke 10 pun ada hadiah ye.. So kalau dapat sikit sales tu pun, bukan takat korang dapat untung dari jualan dropship tapi dapat juga untuk RM500 dari join contest ni..kalau korang menang.

Produk apa yang nak dijual?

Ok hanya 3 produk terpilih sahaja yang boleh dijadikan dropship.. Ketiga-ketiga produk ni memang terhangat dipasaran sekarang.. Ramai MUA MUA hebat guna ketiga-ketiga produk ni.. 3 produk  dropship pilihan kali ni ialah..

Juaradropship hanya bekerjasama dengan produk-produk viral je ye, antaranya OUD BEAUTY, MANNIQUEEN dan juga EVERDEENS . So kalau korang jual produk produk viral ni , insyaAllah ada lah yang beli kan..? Dan CONTEST ni jadikan sebagai penaik semangat korang lah kan? Hehehe.. Siapa tak nak weiii ? Haa pilih lah mana-mana produk korang nak jual.. Tak kisah produk mana, nak jual semua pun ok, nak jual satu jenis atau dua jenis produk pun tak kisah :)
TEYN ATHIRAH juga pernah pakai gincu lipmatte dari OUD BEAUTY .. Uzu pernah tengok TEYN ATHIRAH pakai.. Terus tergoda .. Rupanya dia pakai lipmatte NAORA dari OUD BEAUTY ! Color-color lipmatte NAORA by OUD BEAUTY ni memang cantik :) .. Uzu dah test tadi colour colour yang ada memang semua colour-colour kat sini, semua kaler yang uzu nak ! Haa nude color pun ada, antara kaler yang orang suka sangat kan..so natural.....

Uzu pernah guna serum Manniqueen yang sekarang mana-mana MUA pun pakai ye produk ni, memang famous terus produk ni, MUA TEYN ATHIRAH pernah pakaikan uzu produk ni k .. Memang best..  Siapa yang rajin tengok live mekap tutorial, memang mostly diorang pakai produk ni. Bukan tu je, MUA BELLA antara MUA yang paling femes pun guna produk ni wei..

Ni adalah HD Cream Foundation by Everdeenss, Tak pernah uzu dengar tapi tengok gambar ni macam best je... Betul tak? Haaaa kalau nak try HD CREAM FOUNDATION yang tak bercapuk, boleh try produk ni? Lepas pakai foundation akan nampak lebih flawless dan glowing ! OMG bestnya pulak foundation ni :)

So korang, contest dropship ni ada 3 produk viral ni je.. Tak kisah produk mana korang nak jual dan tak kisah berapa sale yang korang dapat .. Takde limit sale nak jadi juara.. So kalau korang nak join contest ni, masuk adalah percuma .. Tapi korang kena daftar dulu k... ?

Daftar Contest DROPSHIP by Juara Dropship
Tekan link ni : http://bit.ly/2otIg0f
Untuk Info Lanjut & Pertanyaan Mengenai Contest : Juara Dropship

*Contest Juara Dropship telah diadakan untuk kali pertama pada NOV 2016*

Sunsilk Hijab Recharge : Shampoo Yang Sesuai Untuk Wanita Berhijab

$
0
0
Sunsilk Hijab Recharge : Shampoo Yang Sesuai Untuk Wanita Berhijab | Salam. Ingat tak entry uzu pasal dapat suprise dari Sunsilk? Haaa kerlas kan tak ? Serius uzu teruja dan sangat excited bila dapat tahun ada bungkusan yang akan datang ofis. Tapi... tak sangka pulak kotak bungkusan tu sangat besar ! Siap ada belom belon bagai ha..
 
Siapa tak terkejut datang ofis ada kotak sebenar ni.. Lagi bangga bila ada nama Emas Putih kat kotak tu.. Rasa terharu sangat-sangat. Hahahaha Bila bukak kotak tu.. Ada belonn !! Belon siap logon sunsilk hijab recharge. Hehe.. Nak tau tak? uzu ingat dalam kotak tu penuh dengan produk-produk Sunsilk tapi ada kad jemputan je wei? Huhu kecewa sikit :p Kad jemputan tu jemputan ke event pelancaran produk baru iaitu Sunsilk Hijab Recharge..

Masa datang event tu, sangat meriah event sunsilk sebab yang datang ialah inta famous, youtube famous, blogger famous (jeling diri sendiri *uhukkkkk*) dan media dan tak lupa juga ada artis yang datang. Uzu waktu ni tak sangka pulak diorang ni datang.. Diorang dah cantek centek siap mekap tebal, uzu biasa-biasa je waktu tu.. Rasa rendah diri pulak :p
Ramainya influencer femes yang datang. Nampak tak fara fauzana jadi pengacara?
 Nasib baik ada baju kaler hijau. Hihi repeat baju review. Ops..
Cantiknya buaiian dia woi. Hahaha :D

Lepas event tu uzu terus balik.. Yang bestnya kan, semua yang datang pelancaran produk ni kan semua dalam goodies okeh! Haaa bila ambik goodies, eeee ni mesti syampoo ni kan? Haha teruja ler rasa.. Agak-agak apa lah dalam kotak goodies ni eh? Style betul kan event Sunsilk kali ni.. Tak macam sebelum ni.. Meriah betul hihi .. Suasana pun cantek.. Invitation pun unik.. Goodies? Agak-agak dalam dia ada apa? Mengharap ada cash hahahah :p
Harap-harap ada angpau raya :p Bila buka...Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!
wahhh banyak nya shampoo ! Macam-macam jenis..

Kesegaran dan Keharuman Berpanjangan Sehingga 48 Jam!
Sunsilk Hijab Recharge mengandungi Fragrance Release Pearls Technology™ yang memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam – produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa.

Sebaik sahaja rambut dibasuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut.  Kapsul ini kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum.  Tambahan pula, aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut.  Dalam erti kata lain, lebih banyak gerakkan kepala, rambut akan lebih berbau wangi.
Shampoo anti gugur, anti kelumumur & segar berhijab tak lupa ada conditioner

Segar Berhijab atau Hijab Refresh
Keajaiban dalam warna pastel hijau, yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan orang Islam.  Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan. 

Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall 
Penyelesaianang diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.

Anti Kelemumur atau Anti Dandruff
Kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui pengunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula.
Ni lah 3 jenis shampoo Sunsilk Hijab Recharge. Uzu dah hidu bau dia, perghh wangi beb!
Yang gambar atas ni pulak conditioner.


Usahasama Dengan AIDIJUMA
Selain dari memupuk keyakinan diri hijabster melalui rambut yang sihat dan segar bermaya, Sunsilk mempertingkatkan lagi penglibatan kami dengan menghiasi gadis-gadis di luar sana dengan hijab bergaya yang direka unik dan anggun serta boleh dipadankan dengan pakaian mereka mengikut trend terkini.  Menjalin usahasama yang rapat secara dengan jenama peneraju hijab AIDIJUMA, yang turut berkongsi visi yang sama iaitu untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk tampil lebih berkeyakinan, Sunsilk, bersama dengan jenama hijab yang menjadi bualan isi rumah ini turut melancarkan tujuh jenis skarf dengan corak eksklusif bersempena dengan pelancaran Sunsilk Hijab Recharge
Menampilkan corak yang menyeronokkan dan segar ceria dengan motif yang diminati oleh ramai gadis masa kini, gadis Sunsilk boleh mengumpul kesemua tujuh corak yang ada untuk memberikan lebih warna, lebih berkarekter dan lebih gaya terhadap pakaian seharian mereka. Empat corak kini telah berada di pasaran, di mana gadis Sunsilk boleh mendapatinya secara PERCUMA dengan setiap pembelian dua botol Sunsilk Hijab Recharge.  Untuk membawakan debaran yang lebih hebat untuk memiliki keseluruhan koleksi, AIDIJUMA dan Sunsilk akan melancarkan baki tiga corak dalam masa beberapa bulan yang akan datang

Review Dari Emas Putih Mengenai Sunsilk Hijab Recharge
Memandangkan uzu ni jenis rambut panjang dan setiap hari ada je rambut gugur sampaikan rambut dah nak nipis, so uzu ambik shampoo dan conditioner kaler oren.. Shampoo anti rambut gugur.. Uzu  juga suka bau wangi shampoo ni.. Rasa macam buah buah manis manis tu.. Hihik..Hari ni uzu pakai shampoo tu.. Sedapnya rasa main-main rambut dengan buah shampoo.. Belai slow slow , urut-urut kepala ala-ala cuci rambut kat kedai . hihi.. Lepas dah siap shampoo tu, wajib lah guna conditioner dia.. Shampoo yang uzu pakai buat masa ni kaler oren, so conditioner pun kaler oren ..Jangan silap ambik kaler pulak :p pakai conditioner tu tuk nak lembutkan rambut ni haaa. asyik kusut masai je kan..Dah lah tak reti nak sikat rambut uzu ni..Walau tak sikat, tetap lurus k. Apa rahsianya? Opkos lah selama ni uzu pakai sunsilk ! Tapi bila ada Sunsilk bagai shampoo baru, apa lagi tukar lah shampoo :p Btw u ols.... untuk shampoo ni uzu bagi 5/5 bintang.. !! :D

Harga Syampu dan Perapi
70ml – RM3.80 
60ml – RM8.50
320ml – RM13.85

Untuk Matlumat Lanjut

Review Simply Lynn : Nak Kurus? Dalam Masa Yang Sama Nak Cantik Luar & Dalaman?

$
0
0
Review Simply Lyn : Nak Kurus? Dalam Masa Yang Sama Nak Cantik Luar & Dalaman? | Salam. Review yang seterusnya.. uzu nak review produk yang uzu dapat last week. Produk ni ialah produk dari SIMPLY LYNN :) Untuk pengetahuan puan puan cik cik semua, ni kali pertama uzu dengar tentang produk Simply Lynn.. Korang camne? First time dengar juga? Tapi dari beribu pembaca uzu ni mesti ada yang kenal pasal Simply Lynn..Haa yang tak pernah dgr..meh lah kita berkenalan dengan produk dia ni..

Simply Lynn ni ada macam-macam produk tapi yang uzu nak review ada 5 jenis produk. Antaranya ialah Booster Glow Whitening + Detoxin , Slimming Gel, Glowing Gel Treament, Glow Day Cream dan Glowing Beauty Spray.

Booster Glow Whitening + Detoxin
Benda pertama yang uzu buka ialah booster glow untuk whitening. Lepas tu bukan takat whitening sekali eh, dalam booster ni adalah untuk detoxing ! Haa yg bab detox ni uzu suka sebab benda pertama yang patut kita buat dulu ada detox badan kita daripada badan yang toxic toxic. Tu sebab lah, uzu dah banyak kali ulang, kenapa kekadang produk tak sesuai dengan kita, kenapa kita pakai tak berkesan langsung? Haa sebab badan terhalang oleh toxic. Thats why lah kita wajib toxic dulu dari ambik produk-produk ni.. Faham? Hahahahaha
Camni ni lah botol booster tu.. Makan sesudu je sebelum breakfast dan waktu nak tido..
 Apa rasa dia? Rasa macam masam masam manis gitu.. Lebih kepada masam..Sedap!
BOOSTER GLOW WHITENING PLUS DETOXIN SIMPLY LYNN
Mempunyai kandungan vitamin c 2 kali lebih banyak daripada produk yang sebelumnnya . Serta bahan2 semulajadi dari extrak tumbuhan seperti lemon / strawberry/blueberry yang kaya dengan vitamin c , vitamin e , vitamin d yang membantu memproses penurunan berat badan , mencantikkan tekstur kulit / menguatkan anti bodi badan dan sebagainya .

ANTARA KELEBIHAN BOOSTER GLOW WHITENING PLUS DETOXIN
  • Mencerahkan badan , Muka dan Celah2 badan
  • Membantu menguatkan imunisasi badan
  • Menghilangkan parut / mencegah kemunculan jerawat dan jeragat
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Mengurangkan masalah magrain dan resdung
  • Membantu melawaskan pembuangan dan mengempiskan perut buncit
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Merawat kuku yang rapuh
  • Merawat untuk kulit sensitif
Dalam kotak booster ni, ada Slimming Gel. So yang ni sapa nak kurus, ambik gel mi dan sapu sapu lah kat celah peha yang sebesar alam tu ke, kat bawah dagu ke.. Kat mana-mana so gel ni jenis yang panas panas sejuk, macam gel kurus lah kekdahnya, gel panas panas je rasa bila sapu.. Tapi maaf ye nak tergur sikit, rasa macam kurang sesuai makanan dan gel ini digabungkan.. Makanan kena asingkan dengan makanan.. Kena pack lain dengan gel. Bayangkan sudu booster ada dalam kotak tu, pastu terkenal gel tu? Haaaa tak ke pitam? :D

 Step yang kedua kena pakai Glowing Gel Treatment(Moisturiser)
 Cantinya pacaking dia ni ha...
 Siapa nak muka glowing, kena pakai gel ni.. Yang ni pun uzu dah rasa tadi, gel ni wangi sikit..
 Moisturiser adalah pentiing untuk kulit ok..Guna glowing gel treatment sebagai pengganti.
Antara bahan yang terdapat di dalam Glowing Gel Treatment

  • Aloe vera
  • Vitamin E
  • Grape seed oil
  • Moisturizer gel
  • Bird nest collagen
  • Red ginseng
  • Xanthan gum

Antara kelebihan yang terdapat di dalam Glowing Gel Treatment

  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan bintik hitam (Jeragat )
  • Menghilangkan kedutan dan garis halus
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Membentuk dan menegangkan muka
  • Melembutkan muka
  • Membuatkan muka menjadi v shape
  • Menyejukkan muka selepas memakai gel
  • Mencerahkan kulit muka
  • Muka nampak lebih glowing 

 Next, guna lah Glow Day Cream..
 Day Cream ni macam biasalah penting nak elak muka kita hitam dari sinaran UV..
Bukan tu je, ni khas untuk whitening.. Day Cream memang ambik peranan penting untuk pulihkan muka kita..Kalau bukan day cream, night cream.. Tapi night cream takde buat masa ni..Apa yang bestnyaa tentang Simly Lynn Glow Day Cream ni? Bukan takat bagi muka nam glowingg tapi..

Kebaikan SimplyLynnGlowDayCream 

  • Tidak Melekit
  • Ringan di Muka
  • Tahan lebih 12jam
  • Kalau berpeluh cream tidak cair 
  • Makin berpeluh makin glowing
  • Tahan lama lebih 3 atau 4 bulan
  •  Harga mampu milik Rm30 Sahaja
Lepas pakai day cream tu boleh lah guna mekap sepeti biasa ye. Hihi.. Lepas pakai mekap tu, selalu kan kita pakai finishing spray? Haaa Simpy Lynn pon ade lah :p

 Beauty Spray  Lynn

KELEBIHAN DAN MANFAAT BEAUTY SPRAY

  • Make up tahan lama sehingga 24jam dan beri effect glowing & flawless
  • Boleh digunakan sebagai base make up
  • Boleh merawat masalah jerawat , jeragat dan resdung 
  • Melembabkan dan menegangkan kulit wajah
  • Menjadikan awet muda dan melambatkan penuaan kulit
  • Mengelakkan kulit kusam dan kering
  • Menghilangkan rasa mengantuk
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Membantu menghilangkan pigmentasi pada kulit muka akibat terdedah matahari
  • Mengurangkan kerengsangan pada kulit sensitif kerana glowing & flawless beauty spray bersifat sejuk
  • Sel kulit mati lebih cepat diperbaharui dengan meningkatkan tahap metabolisma kulit anda
  • Menstabilkan Ph untuk kulit yang lebih sihat dan cantik
  • Membantu mengurangkan migrain di kepala
  • Sangat sesuai untuk wanita , lelaki dan semua peringkat umur termasuk bayi juga


CARA GUNA BEAUTY SPRAY SIMPLY LYNN

  • Semburkan pada wajah 3 atau 4 kali sehari 
  • Guna selepas menggunakan krim siang dan krim malam 
  • Guna selepas make up untuk make up tahan lama 
  • Boleh digunakan sebelum make up untuk dijadikan base make up
  • Boleh juga disemburkan pada rambut untuk melebatkan dan merawat rambut anda
  • (Semburkan pada kepala jika kerak dikepala dan migrain )
Dah sprayy sprayy siap ! Hehh ! Kebetulan finishing spray uzu dah habis weii. Memang esok nak pakai p event.. Hihi.. Btw korang, kalau nak tau lebih lanjut mengenai Simply Lynn.. Korang check info kat bawah ye :) Ok lah salam..


Hashtag
#misiviral
#CalitCalitGlowingDanFlawless
#SimplyLynn
#SimplyGlowDayCream
#SimplyLynn
#GlowingGelTreatment
#ProductWajibCuba
#GelTegangAjaib

Detail cara beli whatsapp 0162430390/0172953447
Ig : Simply Lynn

BFF's Trip 2017 : Kali Pertama Kiterang Buat Trip Bersama Setelah 17 Tahun Bersahabat

$
0
0
BFF's Trip 2017 : Kali Pertama Kiterang Buat Trip Bersama Setelah 17 Tahun Bersahabat | Salam. Bukan tak pernah kami buat trip, pernah tapi yang dekat dekat area KK je.. Selalu yang kami buat, berbuka puasa bersama, raya bersama, p pulau sekitar KK . Tu je. Tengok wayang, main bowling tu semua perkara biasa..

Untuk 2017, mungkin semua sudah ada kerjaya memasing, so mampu lah diorang ni semua nak beli tiket flight datang ke KL. Kebetulan uzu dan BFF dela memang stay KL.. So... Diorang bertiga serta anak-anak mereka je naik flight jauh-jauh semata-mata nak merialisasikan impian nak keluar dari Sabah.. Perghhh bukan senang ni nak kumpul.. Huhu..

Sebagai yang bertanggungjawab buat itinerary perjalanan, uzu dah bincang dengan diorang lah, nak stay mana, naks sewa kereta ape? Nak p mana.. Nak makan kat mana.. Memang dah dalam kepala so takde lah buang masa nak fikir ..
Lepas je diorang sampai kat airport , terus uzu drive ke Melaka.. So dari pagi sampai petang lah kami jejelan Melaka.. Siap sesat lagi. Perhh stress.. Uzu bawak diorang p Melaka..

1) Klebang Original Coconut Shake

2) A Famosa Melaka

 



3) Makan Asam Pedas Melaka
4) Muzium Maritim
Lepas habis je p Melaka Tour, kami terus balik KL.. Lagi pun kat Melaka dah start hujan.. Tak dapat nak singgah beli Kuih Keria Antarabangsan Melaka yang famous tu.. Uzu dah pernah rasa sebelum ni, memang sedap giler giler... Banyak tempat kami pergi untuk kali pertama tapi takde gambar :D

Untuk hari kedua, uzu bawak  diorang p Colmar Bukit Tinggi.. Kalau dari Sg Besi nak nak 2 jam  baru sampai colmar..

5) Colmar Bukit Tinggi Pahang









6) Lunch Di Bawal Sempoi KL

7) Shopping Berjam jam di Kenanga Mall

8) Shopping berjam jam di Bangi Sentral

9) Lunch Di Wong Solo Bangi

10) Downtown Seri Kembangan

11) Supper Di MCD

12) Putrajaya Night Tour

Ok Time ni kami dah takde gambar dah.. Sebab penat sangat kat dalam kereta.. Uzu yang drive ni pun sangat penat. Tak larat nak pegang fon. HIhi. Tapi selagi ada masa, uzu akan penuhkan masa-masa yang ada supaya BFF uzu semua rasa berbaloi datang KL.. Tu je lah untuk trip kali ni.. Trip ni batar sendiri so caption pun sukahati nak taip apa. hahaha. Ok lah bye Salam :)

GIVEAWAY Ditunda Pada 7 May.

$
0
0
Salam

Short je nak tulis. Nak bagitau GIVEAWAY uzu yang sepatutnya start hari nampaknya tak dapat nak start lagi sebab ada beberapa sponser yang dah bank in duit tapi syarat nak follow tu dia tak bagi-bagi lagi.. Dah pm pm dia nampaknya tak reply .. Wuu sampai sekarang taj reply..
Kesian pulak kalau nak start sebab dia dah transfer duit cash..

So uzu nak minta maaf kepada semua sponser-sponser atas kelewatan ini.
InsyaAllah giveaway akan start selewatnya pada hari Ahad.

Thank you :)

Jom DIY (Do It Yourself) Perabot Kayu Pallet Di Rumah Dengan Menggunakan Metabo Power Tools

$
0
0
Jom DIY (Do It Yourself) Perabot Kayu Pallet Di Rumah Dengan Menggunakan Metabo Power Tools | Salam.. Tak lama lagi uzu akan berkahwin dan uzu idam-idamkan rumah yang cantik dan design adalah rare yang mengikut trending sekarang.. Lagi-lagi kayu pallet memang famous ketika ini.. Bukan setakat pelamin je ye yang guna kayu pallet, perabot kat rumah pun boleh guna kayu pallet.. Cuma rajin ke tak rajin sebenarnya? Haaaa .. Kalau nak upah orang, perghh mahal wei.. Better kita buat sendiri .. DIY perabot sendiri kat rumah guna kayu pallet.. Tapi idea kena kretif lah :)
Uzu dah ada buat beberapa survey DIY apa yang uzu nak buat nanti kat rumah baru.. Ada beberapa gambar yang membuatkan uzu ter-jatuh hati.. HIhi nak tengok ? Mesti korang tergoda juga :p
 Cantik giler kabinet kat atas ni :)
Kerusi untuk tetamu..

 style tak kerusi ni ?
 cantik pulak dapur dan kabiet ni :)
 Tak sangka cermin pun boleh DIY guna kayu pallet.. 
 Tempat letak minuman..kopi ke, milo ke, garam ke , gula , ajinomoto ke..
 Simple dan style :)
Cantik tak terkata idea-idea DIY perabot dengan kayu pallet. Macam-macma boleh jadi.. tapi kalau nak DIY kat rumah, kena ada power tools lah yang korang kena beli .. Tak kan guna paku dan tukul ke kan? Lambat lah siap DIY kita ni.. So.. nak bertukang kena ada Power Tools ni , Gergaji, pemutar skru, paku, kayu, logam, paip PVC dan macam-macma lagi dan uzu paling suka dan sangat suggest korang guna power tools jenama dari Metabo 

Jasa Kita adalah pengedar powertools jenama Metabo dan Metabo adalah selalunya digunakan oleh proffesional user tapi sekarang kat rumah pun boleh pakai Power Tool Metabo ni.. Sebab ada best kalau pakai di rumah? Sebab takde wayar.. Dia guna bateri.. Wahhh makin canggih eh :p  Jom kita kenal-kenal pulak mengenai Jasa Kita Berhad.

About Jasa Kita Berhad

Jasa Kita Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur sejak tahun 1993. Produk Jasa Kita boleh didapati di lebih 500 peniaga dan pemborong di seluruh Malaysia, termasuk sistem perkakasan dan peralatan, peruncit moden dan bekalan produk kejuruteraan syarikat. Mereka juga membekalkan kepada kontraktor, Original Equipment Manufacturers dan fabrikasi.

Perniagaan teras Jasa Kita adalah dalam pengedaran:
● Alat kuasa berkualiti Premium
● Motor aruhan elektrik
● Alat tangan
● Alat Air
● Bateri automotif dan bekalan perindustrian lain

Jasa Kita merupakan pengedar yang diberi kuasa di Malaysia untuk jenama terkenal seperti Devon, SATA, Kuani, Brook Crompton, Toshiba, dan bateri automotif GP. Excel & Feima Electric Motors juga dibangunkan sebagai jenama sendiri.

Menyaksikan kerjasama yang kuat antara Jasa Kita dan Metabo!

Dengan lebih daripada 40 tahun penubuhannya, Jasa Kita telah memperoleh reputasi kebolehpercayaan dan amanah di kalangan pelanggan dan rakan perniagaan. Jasa Kita merupakan pengedar yang diberi kuasa di Malaysia untuk jenama terkenal seperti Devon, SATA, Kuani, Brook Crompton, Toshiba, dan bateri automotif GP. Excel & Feima Electric Motors juga dibangunkan sebagai jenama sendiri.
Pada tahun 2017, Jasa Kita terus kuasa negara lebih awal dengan mendapatkan hak pengedaran daripada alat, alat Metabo, satu jenama terkemuka Jerman sebagai sebahagian daripada portfolio jenama.

Sebagai pengeluar alat kuasa berkualiti tinggi untuk pengguna profesional, Metabo menawarkan pelbagai pilihan alat profesional dan aksesori. Ini adalah selaras dengan matlamat Jasa Kita untuk menyediakan pengguna dengan produk yang berkualiti premium.

Menyedari kepentingan bateri alat kuasa dalam pelbagai industri, Jasa Kita telah membawa masuk sejumlah besar bateri model alat kuasa untuk membantu pengguna bekerja dengan kecekapan maksimum dan produktiviti. Untuk menyokong pengguna, Jasa Kita juga akan menyediakan tempoh jaminan yang luar biasa 36 bulan untuk bateri.


Untuk Matlumat Lanjut
Jasa Kita Laman Web: www.jasakita.com.my

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih

$
0
0
Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih | Salam. Alhamdulillah terima kasih kepada sponser-sponser yang telah memberi kepercayaan kepada uzu untuk menjalankan Giveaway ni setelah sekian lamanya uzu berehat dari buat Givaway ..Dah lama sangat tinggal kan dunia giveaway. Haa maafkan uzu atas kelewatan.. Sepatutnya dah start lama dah tapi hm hm ada problem sikit . So uzu dipetang Ahad ni nak ambik kesempatan nak buat cecepat Giveaway ni eh.. Kesian korang tertunggu-tunggu..

Hadiah
Cash RM 50 x 20 Pemenang 

Start
8 May 2017 - 8 June 2017

Syarat Wajib Giveaway

1. Tulis 1 entry yang bertajuk " Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih" . Just copy paste CODE HTML yang uzu sediakan di bawah. Paste kan ke ruangan HTML POST.



2. Follow blog : 

3. Follow instagram : 

4. Like Page :



7. G+ : 

Dah siap? Sila tinggalkan link Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih anda di ruangan komen. Thanks sesiapa yang sudi join.! Sayanggggg korang!! Btw, kalau ada problem mengenai GA ni, nanti korang komen eh kat bawah. Nanti uzu baca. Ok lah k bye Salam :)
Viewing all 2516 articles
Browse latest View live