Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Hospital Cuai ??!! Bayi 14 Bulan Meninggal Dunia

$
0
0



Sepasang suami isteri dari Taman Jaya, Kampung Jawa di sini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah hospital kerajaan sehingga menyebabkan bayi perempuan mereka meninggal Ahad lalu.

Lee Sing Loong, 40, dan isterinya, Lu Yan Hua, 37, mendakwa kecuaian pihak hospital merawat bayi mereka  Lee Ying En, 14 bulan yang pada mulanya disahkan demam dan batuk biasa sedangkan sudah sebulan mereka mendapatkan rawatan di hospital itu.

Menurutnya, walaupun pelbagai ujian telah dilakukan ke atas anaknya itu, pihak hospital masih mengatakan anak mereka demam biasa.

“Balik ke rumah dia demam semula sebelum dia dimasukkan semula ke wad pada 16 hingga 22 April dan 28 hingga 30 April dengan pelbagai ujian dilakukan termasuk pemeriksaan x-ray, darah dan air tulang belakang, namun saya hanya dimaklumkan dia demam biasa.

“Saya tidak sedap hati lalu membawa anak saya ini ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pakar dan doktor di sana mengesahkan sebahagian paru-paru anak ada jangkitan kuman,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

“Sejak ditempatkan di ICU pada Khamis lalu suhu badannya tidak pernah turun iaitu 39 darjah celcius dan akhirnya dia meninggal pada pukul 7.22 petang semalam (Ahad).

“Saya kecewa kerana jururawat dan doktor tidak profesional dan saya juga percaya masalah ini berpunca kerana isteri yang menjaga anak tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa
Melayu kerana berasal dari Shenzen, China.

“Isteri beritahu setiap kali dia panggil jururawat mereka tidak menghiraukannya kerana mungkin tidak faham apa yang diperkatakannya,” jelasnya sambil memberitahu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada jam 11.31 malam, semalam.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc