Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Betis Lebam Dipukul Guru

$
0
0



Seorang pelajar tingkatan lima dari sebuah kolej di Port Dickson, lebam di kedua-dua belah betisnya selepas dirotan seorang guru lelaki tanpa sebab munasabah.

Abang kepada pelajar tersebut, Muhammad Kamaruzaman, 32, berkata, insiden itu berlaku pada 22 April lalu kira-kira jam 1.30 petang di padang kolej terbabit.

Menurutnya, ketika itu, adiknya masuk ke kelas bengkel elektronik seperti biasa, namun guru terbabit meminta membantunya menyusun barang mengikut prinsip amalan 5S (Sapu, Susun, Sisih, Seragam, Sentiasa Amal).

“Setelah selesai, adik saya pulang semula ke kelas yang diajar guru sama, namun secara tiba-tiba guru tersebut memarahi adik saya kerana lambat menyiapkan kerja elektronik yang diberikan.

“Walhal, pada awalnya, guru itu meminta adik saya menolongnya membuat kerja lain (susun 5S),” katanya.

Muhammad berkata, selepas itu adiknya dipukul menggunakan buluh panjang berukuran satu meter sebanyak tiga kali di bahagian betis di kedua-dua belah kaki di hadapan 60 pelajar lain.

"Bila saya mengetahui adik dipukul, saya pergi ke kolej dan membawanya ke hospital Port Dickson. Namun sebelum itu, saya sempat berjumpa dengan pihak pengurusan kolej dan mereka hanya memaklumkan akan menyiasatnya



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc