Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Aizat Mengaku Bercinta Dengan........??

$
0
0


Penyanyi Aizat mengaku sedang berkawan rapat dengan penyanyi Zee Avi. Bagaimanapun, Aizat atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 22, berkata, hubungan baik itu masih belum ke tahap serius, sebaliknya mereka sering berkongsi pendapat tentang muzik.

"Dari dulu saya memang minat dengan dia, lepas tu saya dapat tahu dia duduk berhampiran dengan rumah saya.

"Ya... kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hububungan kami rapat sejak tahun lalu,"

Aizat diminta mengulas khabar angin hubungan percintaannya dan Zee Avi selepas mereka dikatakan sering dilihat bersama ketika wanita itu berada di Malaysia.

Sementara itu Aizat memberitahu mereka turut bekerjasama dalam sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Aizat.

"Kami memang ada buat sebuah lagu bersama untuk dimuatkan dalam album saya nanti, namun belum ada tajuk lagi kerana ia masih dalam proses pembikinan," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap tentang imej yang dilihat semakin berisi penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini berkata dia sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan.

"Dulu berat saya 68 kilogram, sekarang sudah 80 kilogram. Ia berpunca kerana saya sibuk di studio dan tidak ikut rutin pemakanan yang betul.

"Selepas ini saya cuba nak kembali ke berat dahulu 70 kilogram pun sudah ideal buat saya," katanya yang selesa dengan imej bermisai.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc