Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Gurauan Perwira Yang Gugur , Sarjan Abd Aziz Bergurau Senda Terakhir Dengan Isteri

$
0
0

PANGGILAN 'BOS' KEPADA ISTERI GURAUAN AKHIR SUAMI

Semporna, 4 Mac - Gurauan Sjn Abd Azis Sarikon yang memanggil isterinya Siti Banddorah Mahali sebagai 'bos' adalah gurauan terakhir antara pasangan itu sebelum anggota polis itu terkorban dalam kejadian serangan hendap di Kampung Simunul, di sini.

"Arwah kata selepas ini saya kena menguruskan keluarga sendiri, sebab itu dia panggil saya bos," kata Siti Banddorah kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya, di sini selepas solat Zohor. Jenazah tiba di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna kira-kira pukul 9.30 pagi.

Abd Azis, 48, yang telah berkhidmat dalam pasukan polis sejak tahun 1990 meninggalkan isteri Siti Banddorah, 39, dan empat cahaya mata Mohd Faridzulhelmy, 18, Nurul Liyana, 15, Nurul Syazwani, 12, dan Mohammad Aiman Hakimi, 7.

Abd Azis dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak malam Sabtu lepas di Kampung Simunul. Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam anggota kumpulan bersenjata itu terbunuh.

Sementara itu, Kompani Komander B Batalion 14 PGA Semporna ASP Ab Gani Ajirul menyifatkan pemergian anak buahnya itu sebagai satu kehilangan besar bagi pasukan.

Beliau berkata komitmen serta dedikasi arwah dalam menjalankan tugas pasti dirindui rakan seperjuangan yang turut menyifatkan Abd Azis sebagai insane yang berani.

"Saya bangga mempunyai anak buah seperti ini, komitmen beliau pada tugas amat dipuji," katanya.- BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc