Tempat Menarik Di Setia Alam : Eco Ardense Setia Alam | Salam. Minggu lalu uzu banyak menghabiskan masa berjalan-jalan dengan family in law which is family faizal.. Jarang uzu dapat luang masa dengan family in law sebab sebelum ni sebab uzu busy dengan komitment kerja .. Hihi bila ada masa sikitt uzu bawak lah diorang jejalan ke satu taman rekreasi baru yang baru je lagi bukak.. Dah lama uzu saved post, kiranye dah beberapa bulan lalu waktu benda ni viral. hihi dan akhirnya... sampai juga :)
Mula-mula datang memang tak nampak kat mana. Sebab uzu waze Eco Park Setia Alam. Dia tak bawak uzu ke tempat tu.. Terpaksa uzu u-turn semula then cari kat mana lokasi sebenar. Kalau ikutkan, kalau waze Eco Ardense Park Shah Alam, susah nak jumpa. So korang waze je : Eco Ardense , haa dah sampai.. Tempat tu betul-betul selepas tol . Belah kiri... Akan nampak satu lot Jaya Grocer . Parking kat depan Jaya Grocer tu.. Pastu akan nampak lah Eco Ardense ni kat belah kanan :)
Bagi uzu, tempat ni cantik sangat-sangat ! Uzu suka lepak kat sini.. Sapa yang suka ambik gambar tu hehe macam uzu, dah dapat gambar untuk ootd dah happy sangat-sangat! Janji tempat baru. Hihi . Sini tak besar sangat so dont expect too much.. Apa pun hihi sila bawa makanan ye. Makanan sini mahal-mahal.. Uzu nak lepak makan pun tak jadi.. Lepak minum je. Itu pun harga jus yang uzu minum dapat RM10 macam tu. Haa bayangkan kalau 6 orang. dah berapa.. Pastu tak sedap. Serius huhuhuhu kecewa order makanan kat sini :( Makanan je spoil. Yang lain ok. Hehehe.. :)
Tiket Masuk : FREE
Waze : Eco Ardense












