Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Nak Kawin Tapi Risau Dapat Rumah Mahal-Mahal Kat KL Selepas Kahwin? Jangan Risau.. Rumah Transit Kan Ada !

$
0
0

Nak Kawin Tapi Risau Dapat Rumah Mahal-Mahal Kat KL Selepas Kahwin? Jangan Risau.. Rumah Transit Kan Ada ! | Salam.. Uzu ni cerita lah pengalaman uzu duduk KL ni wei, bilik single pun terlalu mahal untuk uzu yang kerja biasa biasa ni , memang mahal lagi-lagi bila ko stay di kawasan yang berdekatan LRT.. Susah nak cari bilik yang mampu milik. Bilik uzu ni RM500 okeh. Kalau kat Melaka , RM500 ni mampu bayar sebijik rumah besar contoh macam sepupu uzu dekat Melaka, rumah sewa dia RM500 wei. Allahu... Uzu punya bilik RM500 juga tapi single room je punya kecik ya ampun... !

Stress..Dah dekat nak kahwin ni kan ... *ehemmm terbagi hint* , hewhew terfikir juga macam mana hidup  kat KL ni , kat mana nak tinggal lepas kawin..? Sebijik rumah kalau tak RM1000 ke atas tak sah lah.. Huhu .. Nak dekat kahwin ni, nak tanya tunang kat mana nak tinggal lepas kawin pun rasa segan :p Takut dia terbeban dengan persoalan uzu ni.. Kesian dia lelaki .. Macam-macam kena fikir sebelum dan selepas kahwin... Tu lah sebab diaa tak ready nak kawin awal kot :p We decided to get married after 2 years engaged , after 4 years relationship, and now i realized lah nape tunang uzu tak nak kawin cepat sikit sebab kos nak tanggung anak orang kat KL ni mahal nak mampuihhh  . Sekarang baru faham :) Maaf lah dinda :p.. haha 

Hmmm tapi kan dengar cerita ada rumah khas untuk pengantin baru terutama pasangan muda yang baru kawin dan kewangan tak berapa stabil.. Ada projek Pangsapuri baru yang siap tahun depan iaitu projek dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ada 1200 unit kekdahnyaa.. Pastu , lagi best tu kita just bayar RM800/sebulan je selama 5 tahun.. Fuh ! Macam berminat je hehehe.. Lepas tu, dari RM800, RM300 aakaan disimpan dan akan kembalikan selepas pasangan muda ni bila mereka dah mampu nak beli rumah sendiri then RM300 yang dikumpul-kumpul tu akan diberikan kepada penyewa untuk jadikaan deposit rumah pertama korang melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).. Wahhhh ! Sonok tak? Uzu berkenan gilerr bila dapat tahu.. hehehehe ye lahh mana nak dapat RM800 sewa bulan-bulan duduk di pangsapuri penuh dengan kelengkapan and then di area KL? What?! Jangan berangan :) 


Bagi uzu, walaupun rumah transit ini merupaakan rumah transit bersifaat sementara tapi terlalu banyak membantu kita lagi-lagi pasangan yang baru berkahwin yang masih student, kan ada kan student kahwin kan? Haaaa pasangan yang baru dapat kerja, lepasan ijazah ketika ini basic bukan semua dapat RM2500. Ada yang dia bagi RM1800 walaaupun ada ijazah tapi disebabkan takde pengalaman, terpaksa jugaa terima sebab nak cari pengalaman tapi tu lah kan... RM1800 nak hidup kat KL tak taw camne..  Nasib baik lah uzu ni perempuan.. Kalau lelaaki? Tak ke pening kat mana nak cari rumah tapi sekarang tak pening dah sebab ada rumah transit tuu!

Dengar cerita..untuk rumah transit ni , akan ada proses pemilihan akan dibuat daalam masa terdekat dan proses saringan akan dijalankan untuk memastikan pasangan pasangan yang benar-benar layak je boleh duduk rumah ni.. Projek Pangasapuri @ Sungai Udang dijangka siap pada Disember 2019 dengan pembinaan 1,251 unit merangkumi dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok setinggi 34 tingkat di tanah seluas 2.2 hektar.

Ia hanya layak untuk disewa kepada golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM10,000 yang bekerja di Kuala Lumpur. Setiap unit dibina dengan keluasan 807 kaki persegi mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Pangsapuri itu juga dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, kolam renang dan dewan serbaguna... 

Terbaik lah inisiatif yang disediakan oleh DBKL untuk membantu golongan-golongan muda di harap projek-projek seperti ini akan berterusan dan membuat lbanyak lagi projek-projek sebegini. Hehehe. Ehhh banyak lak mengomel.. Maklumlah tak tido lagi... Weekend kan :p Waktu ni je lah boleh tidur lambat :) Eh sekian lah entry ni.. Salam :) 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc