Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Tempat Menarik Di Okayama Japan #Day2

$
0
0

Tempat Menarik Di Okayama Japan #Day2 | Salam. Untuk hari kedua uzu di Okayama Japan, selepas breakfast, kami diminta untuk pakai baju sejuk yang semalam kiterang pakai. yang baju merah tu. Haaa so uzu takde ootd lah pakai baju lain. Memang pakai baju sama dua hari hehe. Redha je lah tapi baju tu serius tak rasa sejuk walaupun suhu -7 okay.. Memang tahan salji betul lah! Respek lah ! 
sebelum mendaki..

Snow Shoe Mountain Climbing Experience

Aktiviti ni lah yang uzu excited giler ! Tapii ingatkan dia sekejap je dalam sepuloh dua puloh minit.. Hihi rupanya ya allah... 2 jam k 2 jam... Allahu sejuk terus perut memikirkan.. Dah lah uzu ni spesis gemok.. Tak taw camna nak mountain climbing waktu cuaca sejuk... Lepas tu guna snow shoe..Susah juga nak jalan kalau guna snow shoe tapi tu lah.. Best juga sebenarnya sebab tak licin kalau nak mendaki waktu ada salji..
Tengah mendaki..

Waktu tengah nak daki gunung tu kan, ada lahh singgah situ singgah sini, belajar itu belajar ini tentang arnab , pokok-pokok disekeling dan macam-macam lagi lah ilmu yang uzu dapat waktu tengah mendaki tu... Cuaca pagi tu -7 .. Nasib baik baju yang kiterang pakai tu betul-betul untuk snow. Fuh tak rasa sejuk cuma muka je beku sebab tak cover pape... Handphone atau camera pon tak sanggup nak pegang lelama. Sejuk yang amat ! Handphone uzu pulakk terus mati dek kesejukan.. Yang penting aktiviti macam ni kena ada heatpad. Nasib baik ada heatpad. Kalau tak....... haaa..

Tips Snow Shoe Mountain Climbing

  • Kena pakai kasut yang tebal dan bersesuaian.
  • Pakai stokin kalis air 
  • Cermin mata tuk halang salji kena mata
  • Kena pakai baju kalis sejuk, kalis air. Better pakai ski wear.
  • Bawa topi sebab topi boleh kurangkan kepala kita rasa sejuk
  • Kasut salji boleh sewa
  • Bawa coklat , air panas untuk tenaga.
Lepas mendaki.. Muka sembab!

Bila dah habis mendaki, ya allah macam tak percaya kiterang semua p hiking waktu salji turun dengan lebatnya.. Ni belum part angin tiup.. Membeku masing-masing. Tapi uzu rasa best sangat-sangat, macam-macam aktiviti kami buat , slide dari atas ke bawah fuhhhh, melintas sungai, fuhhh ha tak terasa sebenarnya 2 jam. Bagi yang tak pernah try montain hiking ni, kena try lah wei.. Time ni lah kita nak uji fizikal kita sampai tahap mana :D
Dik hasif dengan view gunung..
Uzu tinggalkan jejak kat kereta orang hahaha..
pemandangan di Hiruzen area
 view bukit bukau gunung ganang dipenuhi salji..
 Uzu suka sightseeing macam ni. Subhannallah..

Kami ke Yubara Onsen berjalan kaki selama 30 minit untuk menikmati kawasan perkampungan sekitar Yubara Onsen. Kat sini ada beberapa tempat yang famous untuk merendam kaki di dalam bekas air panas.. View kat sini pun cantik sangat-sangat tau ! View empangan..





Visit Yubara Onsen

Ini lah kawasan Yubara Onsen. Yubara onsen ni tempat mandi hotspring yang terbuka.. Haa terbuka tu bukan je open to public tapi diorang mandi tanpa pakai baju hahahhaha... Outdoor bath kekdahnya ! So lelaki ke perempuan ke semua mandi tanpa baju u ols ! Uzu memang tak boleh hahaha ! Uzu sanggp tak mandi okay dari kena mandi macam tu. Ya allah tapi bagi mereka, perkara biasa..


 


Yubara Onsen ni buka 24 jam.. Memang best mandi kat sini sebab dikelilingi dengan batu-batu empangan. Boleh jadikan massage okay.. Memandangkan yang ni open to lelaki dan perempuan, so wahai perempuan, dinasihatkan sewa baju khas sebelum mandi kat sini ye..

Lunch & Pray time at Yubara Onsen Hakkei

Makan tengahari kami adalah di Yubara Onsen Hakkei.. Sewaktu nak tunggu lunch siap, nak tunggu bebudak yang lain habis solat, sempatlah uzu lepak kat sini sambil tengok orang mandi hahahhaa gurau je lah ! Mana nampakkkk memandangkan uzu rabun :p *mohonpercaya*

View Yubara Onsen
 Makan tengahari di Yubara Onsen Hakkei

Michino Eki Kayou (Blueberry jam Experience)

Bab masak-masak ni kekadang malas juga kan masa kat rumah? Tapi kalau main masak-masak di luar negara ni hahaha dan dan je semua rajin.. Adoiii .. Apa pun kali ni, bukan main masak-masak menu biasa-biasa yee tapi uzu dapat belajar macam mana buat jam blueberry homemade! Awrrrr dapat lagi ilmu baru. Takpa, jadikan ilmu untuk bekalan masa dah kawin nanti.. Cubaaa dah sedia ke bakal suami i makan jam blueberry ini nanti ? :p Hehehe 

Untuk resepi blueberry jem. Sedap je.. Boleh tengok resepi uzu kongsikan kat bawah ni. Dengan bahan dan cara buat yang senang sangattt , semua pon boleh buat ! Haaa meh ah kita belajar sesama..

Resepi Blueberry Jam Homemade

Bahan - Bahan
  1. 200g Blueberry
  2. 25 cc Lemon Juice
  3. 50g gula
Sediakan bekas untuk didihkan blueberry..

Bahan-bahan untuk buat jam blueberry. Blueberry ni dari macam-macam jenis digabungkan sekali..
 panas kan api. Masukkan 200g blueberry.
 Gaul blueberry sehingga menjadi cecair. Masukkan gula..
 Bila blueberry dah nak cair, masukkan 20cc lemon juice. Gaul sehingga 30 -40 minit. 
 Bila dah siap, rendam bekas bluerry dlm bekas air panas yang mendidih. Biarkan selama 5-10 minit..
 Yeahhh siap !! Memang sedap weiii jam ni.. Huhuhu.. 

Yume Farm (Strawberry Picking Experience)

Kat Malaysia tak nak lak main petik-petik anggur.. Adoi lawak lah hehe.. Kalau kat luar negara lagi-lagi kat Okayama Japan ni, semua benda jadi excited. Ni kira first time juga lah uzu petik strawberry ! lagi syok petik kat Japan. Yeahhh teruja kejap sebab kiterang boleh petik dan makan sepuas hati sampai kenyang tapi diberi masa 20-30 minit tak silap.. Hahahaha teruslah memasing berebut cari strawberry.. Thank you Yume Farm :)
Yume Farm
 Ladang Strawberry tak banyak buah sebab bukan musim.. Hihi
 comel je gunting ada tali .. Haha mungkin kalau gunting hilang senang nak cari kot ..
Dapat lah sebekas. Yang ni first round hahaha
 Buah manis. Fresh sebab petik terus makan. Cuci pon tak.. haha lantak .. Sedap ok..

Okayama Station Shopping Mall







Dinner at Kidoairaku (Sushi making Experience)













Hotel Granvia Okayama











*uzu tak sempat nak update semua. Nak publish je dulu. Nanti uzu edit semula *

Untuk Matlumat Lanjut

"Okayama Health Fam Tour ini diadakan dan ditaja oleh Okayama City Government."

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc