Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

My Bff Keguguran Kerana Ku ! Kerana Sebuah Hadiah Ulangtahun!

$
0
0
My Bff Keguguran Kerana Ku ! Kerana Sebuah Hadiah Ulangtahun | Salam. I have no idea bila 1 of my bff said, she's misscarriage again ! Hmm my bff .. Lepas dia kahwin tahun 2015 , dia dah banyak kali dia gugur. Dia juga pernah mengandung 7 bulan tapi kandungan hilang.. (Pernah update dalam blog)

Rasanya dah 4 5 6 kali dia gugur. Kali terakhir dengar dia mengandung lagi, beberapa bulan lalu. Tapi kali ni, dia gugur sebab uzu. I dunno lah betul ke tak tapi sebab uzu.. Kawan uzu bagitau " dia gugur lagi lepas kejar ko p airport!" Uzu bergamam. Kaku. 

Terkenang 2 bulan lalu, kami janji nak jumpa sejurus uzu balik ke KK. Memandangkan uzu jarang nak balik KK, so dia excited nak jumpa.. Yaaaa kawan baik dia jarang nak balik, so dia pun nak jumpa sangat-sangat sebab actually dia nak bagi hadiah hari jadi tuk uzu yang dia dah lama beli untuk uzu (September2014) . Bayangkan tahun lepas punya hadiah birthday dia tak nak pos sebab dia nak bagi sendiri depan mata.. Hadiah pulak special requeat "aku mau rantai emas putih" anda she said "no problem"..

So kami pakat nak jumpa kat Airport waktu uzu nak balik KL dah.. Waktu tu lah dia terkejar-kejar drive kereta dari rumah dia ke Airport . Tapi malangnya, waktu tu jammed sangat-sangat. Tak sempat dia nak sampai Airport. Dan dia call..

Dia minta maaf sebab tak sempat nak jumpa, tak sempat nak bagi hadiah birthday ni kat uzu. Yang buat uzu sedih.. Dia menangis teresak-esak . Dia minta maaf banyak kali. Dia tak sempat nak jumpa. Waktu dengar dia punya tangisan, uzu terharu sangat-sangat.. Sampai macam tu sekali dia punya sedih. Hurm..

Dah lepas seminggu kejadian tu, dia buat checkup kat hospital. Sekali lagi Dr sahkand ia keguguran.. Allah... Ni berita yang baru uzu terima. Bayangkan dia keguguran dah sebulan lalu. Baru hari ni uzu dapat khbar..Patutlah dia senyap kat group whatapp, rupanya dia tengah menanggung sedih sorang-sorang. Dia menanggung kesakitan sorang-sorang. Dia tengah merawat jiwa dia sorang-sorang. Belum lagi pulih kes trauma kandungan 7 bulan dia hilang secara misteri, dia diduga lagi. Ya Allah.. besar sungguh ujian dan dugaan dia..

Kalau benar lah uzu penyebabnya, uzu minta maaf sangat-sangat. Moga dia tenang hadapi ujian Allah. Moga dia sabar. Moga dia tak putus asa dalam mendapatkan zuriat.

Mohon doa yang membaca, Doakan kawan uzu, kawan yang uzu sayangi sejak 2002. Kawan yang uzu sayangi sejak sekolah rendah lagi. Berlanjutan ke sekolah menengah. Kini usia persahabatan sudah mencecah 15 tahun . 15 tahun bukan satu tempoh yang pendek untuk menilai kasih sayang antara kami.. Pastinya kukuh tak terbelah bagi.. 

"Dear sahabat.. semoga engkau tabah Menjalani hari-hari sedihmu. I always love you."

Salam.

P/s : Harap takde yang memandai-mandai kontek dia. Memandai2 nak tnya khabar. Cukup sampai sini. Tak nak dia rasa terganggu. Tq.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc