As-Salam
Sedih Bila Kandungan 7 Bulan BFF Sendiri Tiba-Tiba Hilang ! | Uzu ada sorang BFF yang dah lama berkawan sejak 14 tahun lalu. So susah senang sama-sama, kasih sayang pun terjalin mesra gitu.
Kawan uzu ni umo 24 tahun juga, sama ngan uzu. Dah lama kahwin, dah 3 tahun kot rasanya. Tapi belum ada dikurniakan rezeki. Pernah mengandung tapi gugur sebab takde rezeki. Kesian dia.. Banyak kali ditimpa dugaan yang berat. Dengar cerita ada ganguan dotdotdot yang boleh buat dia susah nak mengandung.
Allah.. nak percaya pun susah tapi actually memang kena percaya jelah. Benda-benda macam tu memang masih wujud dalam zaman moden 2014 ni. Lepas tu, kawan uzu g berubat kampung, macam-macam orang dia jumpa, perubatan islam lah, itu lah ini lah, tak pernah erti putus asa.
Lepas tu, awal tahun ni, alhamdulillah kami dapat khabar gembira dari dia yg mana dia telah pun mengandung. Tapi dia tak nak heboh dulu sebab takut tak jadi. Lepas tu dia memang jaga kandungan dia sampailah ke 7 bulan.
Dah genap 7 bulan (last week), dia ada appoitment doktor dan nak checkup. Nak tengok baby sihat ke tak. Haaa pastu doktor scan. Eh..... doktor jadi pelik. Apa yang dia dan suami dia serta doktor nampak macam pelik..Apasal baby macam takde dalam perut walhal perut dia besar ?? Besar macam kandungan 7 bulan.
Doktor sahkan , baby dia dah takde. Allah... uzu yang dengar ni pun nangis tau ! Lagi-lagi dia yang mengandungkan selama 7 bulan. Dia jaga, dia rawat, dia morning sickness. Apatah lagi suami dia dan keluarga terdekat dia. Hmm cuba korang bayangkanlah :(
Dia tak puas hati, dia g cek/scan kat hospital berlainan tapi tetapi result yang sama. Hmm so kami suggest supaya dia p perubatan islam, cek dan usaha dulu sebelum give up.
At last, ustaz kat perubatan islam tu cakap, anak dia dah kena ambil.. Faham-faham je lah sapa yang ambil. Reasonnya? Sebab family husband dia ada something yang jaga. Tapi sebagai balasan, anak lelaki pertama akan kena ambik. Lepas tu, sedih la uzu dengar. Zaman camni pun masih ada lagi kan? Allahhh. Selama ni tengok kat tv je, tak sangka sangat berlaku kat kawan sendiri :(
Sekarang dia pun tengah trauma, nak kontek dan jumpa kawan dia pun, dia tak nak. Rasanya dia dah cuci perut kot dan tengah berubat. Yang sedih tu, dah beli baju baby . Huuuuuuu. Kau ngandung 7 bulan, pastu baby takde :( Kau rasa?
Korang semua, doakan supaya kawan uzu akan tabah melalui setiap ujiannya, doakan dia dijauhkan dari benda-benda yang tak diingini, murahkanlah rezekinya agar mudah mendapat zuriat selepas ni. dan bangkitkan semangatnya untuk teruskan kehidupan serta dia redha akan kejadian ini..Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih kera meng"amin"kan. Sekadar perkongsian. Semoga kita semua dijauhkan dari benda-benda macam ni. Amin.


