Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Aril AF7 & Puteri Erma Adlinda

$
0
0

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Aril AF7 & Puteri Erma Adlinda - Dengan sekali lafaz, penyanyi dan penyampai radio Era FM iaitu, Aril Pilus akhirnya bergelar suami kepada Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Padang Enggang, Pasir Hor, Kota Baharu, Kelantan.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan oleh imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa kira-kira pukul 3.20 petang Jumaat.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, menyerahkan wang hantaran yang juga dijadikan emas kahwin sebanyak RM15,000. Rombongan lelaki turut membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah cincin emas putih bertatahkan berlian, seutas jam tangan, beg tangan, senaskhah Al-Quran, sejadah dan telekung, sepasang kasut jenama Christian Louboutin, sepersalinan pakaian, pewangi Marc Jacobs dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut Dr Martin, pewangi, dompet, tali pinggang, beg lelaki, jaket, dan sebentuk cincin bertatah berlian.

Sementara itu, majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan sejurus selepas akad nikah di lokasi yang sama.













Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc