Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

"Ayah !! Saya Dalam Gaung !! " - Jerit Mangsa Kemalangan Bas Masuk Gaung Genting Highland

$
0
0

SELAYANG - "Ayah, saya kemalangan. Sekarang ada dalam gaung,” jerit seorang mangsa, Nur Maizatul Syazana, 23, ketika menghubungi ayahnya.

Bapa mangsa, Ahmad Sharuddin Saidin, 53, berkata, dia sedang bekerja ketika itu dan tidak menyedari anak kedua daripada tujuh beradik itu menghubunginya dua kali antara jam 3.30 dan 4 petang.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi semula anaknya dan masa itulah anaknya memaklumkan bas dinaikinya jatuh ke dalam gaung.

“Saya hampir pitam mendengar tangisan anak yang dalam keadaan menahan sakit dan menyangka kecederaan yang dialami kritikal memandangkan kedalaman gaung tersebut.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kecederaannya tidak teruk selepas mendapatkan pengesahan daripada seorang yang membantu mengeluarkan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sehingga jam 7 petang, dia masih tidak mengetahui lokasi sebenar anaknya.

“Kami sekeluarga berpecah menuju ke Selayang dan tempat kejadian untuk mengetahui lokasi sebenar Maizatul.

“Semakan di Hospital Selayang mendapati nama anak tiada di sini dan akan menuju ke Hospital Kuala Lumpur pula,” katanya.

Maizatul bersama rakannya pergi ke Genting Highlands Ahad lalu dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc