Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Penyamun Sempat Beri Nasihat Ketika Menyamun. Apakah?

$
0
0

Seorang daripada enam penyamun sempat menasihati salah seorang mangsanya supaya menjadi menantu yang baik selepas menyamun kediaman sebuah keluarga di Medoi, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, enam lelaki yang bersenjatakan sabit, besi dan batang kayu itu bertindak memecah masuk rumah berkenaan sebelum mengikat tangan seluruh ahli keluarga di rumah berkenaan. 

“Penyamun tersebut menutup mukanya menggunakan kain sambil mengacu sabit ke leher saya menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan. “Mereka meminta kami menyerahkan wang dan barangan berharga kononnya sebagai amal jariah sempena Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Dalam masa yang sama, penyamun yang lain menuju ke bilik isteri dan ibu bapa mentua Ibrahim sebelum mengikat kesemua mereka dengan menggunakan tali plastik dan wayar seterika. “Mereka turut menyelubungkan kami dengan kain hitam sebelum menggeledah bilik rumah ini. Saya meminta supaya mereka jangan mengapa-apakan ahli keluarga saya. “Mereka mengambil wang tunai dan komputer riba serta enam telefon bimbit serta barangan kemas yang bernilai RM7,000 milik isteri dan ibu mentua saya,” katanya. 

Menurutnya, sebelum kumpulan penjenayah itu melarikan diri, salah seorang datang kepadanya dan buka ikatannya di pergelangan tangannya dan berbisik supaya membuka pula ikatan pada ibu bapa mentuanya. “Apa yang tidak boleh saya lupakan apabila dia juga berbisik supaya menjadi menantu yang baik dan bukannya hantu macam mereka,” katanya. Kesemua penjenayah itu dipercayai menceroboh masuk rumah menerusi tingkap yang diumpil berhampiran ruang tamu rumah yang belum dipasang jeriji. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes