Quantcast
Channel: UZU'S JOURNAL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Najwa Latif Kini Bergelar Pelajar Universiti

$
0
0
As-Salam

Penyanyi cilik yang popular melalui laman YouTube, Najwa Latif dikhabarkan bakal menyambung pelajarannya di UNITAR International University berdasarkan gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagram rasminya, Najwa Latif akan memulakan pengajian pada 24 Jun nanti.

Pihak kami mengucapkan tahniah kepada Najwa Latif dan semoga berjaya menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar Universiti. Berbekalkan keputusan SPM 4A, Najwa memilih UNITAR kerana berminat dalam bidang Foundation in Management.


Mungkin selepas ini Najwa dan kakaknya, Syafika Latif akan mencipta lagu mengenai kehidupan di kampus universiti pula, siapa tahu kan? Mesti meletopz lagu tu nanti.

Dalam perkembangan lain, Najwa Latif baru-baru ini telahpun melancarkan video klip untuk lagu terbarunya berjudul I Love You dan sambutan yang diperoleh amat memberangsangkan. Video klip tersebut juga merupakan sebuah short film yang amat menarik dan menyentuh hati..

Bagi pihak UNITAR pula, mereka berbesar hati dengan melantik penyanyi tersebut sebagai duta mereka dan sekaligus memilih Najwa Latiff sebagai ikon belia terbaik untuk mempromosikan jenama universiti berkenaan dikalangan remaja masa kini.


"Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran. Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini". – Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2516

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc